Dalam akhbar NST hari ini EXCO Kerajaan Tempatan Kelantan Datuk
Abdul Fattah Mahmood menjelaskan bahawa para pekerja wanita yang beragama Islam
yang bekerja di restoran-restoran makanan segera dan hypermarket di negeri
berkenaan akan diwajibkan mengenakan pakaian menutup aurat bermula tahun
hadapan.
Menurut EXCO berkenaan para pengusaha di industri ini
telahpun mengadakan sesi perbincangan dengan kerajaan negeri dan bersetuju
dengan syarat baru ini. Mereka akan diberi peluang merancang jenis pakaian yang
bersesuaian untuk para pekerja wanita Islam masing-masing namun tidak
diwajibkan ke atas para pekerja wanita bukan Islam.
Yang bukan Islam dinasihatkan agar berpakaian sopan.
Langkah seumpama ini akan menjadikan kerajaan negeri
Kelantan sebagai kerajaan yang pertama yang memelihara kebajikan para pekerja
Islamnya agar menepati peraturan agama.
Sudah pastilah langkah yang baik ini wajar diberikan
sokongan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Semoga langkah ini
dapat dituruti oleh kerajaan negeri yang lain kerana isu dan permasalahan agama
adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing.
Sementara itu NST turut mendapatkan pandangan rakyat negeri
berkenaan yang rata-rata bersetuju dengan peraturan baru ini.
Ia melaporkan:
Shop assistant Mohamad
Hafiz Shukri, 22, said some female workers had been seen wearing tight and
“sexy dresses”. “I support the move by the state government. It will stop men
from gawking at the workers and committing sin.” Housewife Siti Aisyah Saifuddin,
30, said the state government should have enforced the ruling a long time ago.
“After all, it is in line with the state motto of moving forward with Islam
(Membangun Bersama Islam).” A convenience store worker, who declined to be
named, lauded the ruling, saying that currently, workers at the store had to
put on arm sleeves to cover their aurat as the uniforms provided were
short-sleeved. “It is not only troublesome to wear the arm sleeves, but we have
to fork out our own money to buy them,” she said.
Yang penting seluruh masyarakat Islam tidak kiralah samada
di Kelantan mahupun luar Kelantan perlu mengalu-alukan langkah ini disamping
mempertahankan hak majoriti umat Islam untuk mengamalkan agama mereka
sebagaimana yang terjamin di dalam Perlembagaan Negara.
Jangan ada mana-mana pihak yang mempertikaikan inisiatif ini
kerana ia merupakan tuntutan agama dan hak umat Islam.
Syabas kerajaan negeri Kelantan.