Sayu hati saya apabila membaca artikel ini dalam akhbar The
Star hari ini. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/14/focus/12802511&sec=focus
Adik Amir, 13 tahun dari SMK Dato Syed Esa Batu Pahat Johor,
dilaporkan terlihat semasa berbasikal ke kedai, seorang wanita yang dalam
keadaan terlupa telah meletakkan beg tangannya di atas bumbung kereta dan
memandu pergi. Beg tersebut jatuh lalu dipungut oleh Amir. Di dalamnya terdapat
wang tunai 15,000 dolar Singapura atau RM37,500.
Amir memungut bag tersebut dan memecut basikalnya untuk
mengejar kereta wanita berkenaan. Setelah memecut kira-kira 200 meter Amir
berjaya merapati kenderaan wanita itu di simpang tiga dan mengembalikan beg itu
ke tuannya.
Wanita tersebut menyerahkan RM25 kepada Amir kerana
menghargai jasanya. Namun Amir menolak dengan sopan.
Dipenghujung laporan ini disebutkan dari pengakuan Amir
bahawa beliau diajar oleh ibunya sejak kecil: “Jangan mengambil barang yang
bukan hak kita”.
Dalam dunia hari ini tak ramai seperti Amir. Tak ramai
ibu-bapa yang mendidik anak mereka serupa ibu Amir sehingga boleh menolak
keinginan apabila terjumpa wang sebesar jumlah itu.
Alangkah aman dan bahagianya dunia ini kiranya ramai seperti
Amir dan ramai seperti ibu Amir.
Tak kiralah siapa pun kita, anak-anak kita, saudara dan
kawan, pemimpin, orang atas, kalau semua memiliki kualiti sebagaimana Amir,
bahagia dunia ini.
pemimpin Bn kena belajar dr amir
ReplyDeletesaya walau ahli umno tetap ikuti blog ini....saya kira blogger seorang yang berfikiran terbuka.
ReplyDeleteTUNAGULANA jangan lah pemimpin BN saja.....meminjam posting roslan sms "tak kiralah siapa pun kita" makna BN, PR bukan parti semua sekali lah ambil pengajaran
Tak tahu plak yang bukan BN tu malaikat ???!!!
manusia memang diperintahkan oleh Allah supaya amanah tapi sekarang berapa banyak kes pecah amanah berapa kerat yang akur dengan perintah Allah lagi berat pegang amanah ialah pemimpin..awas azab dari Allah menunggu
ReplyDeletetakpela sdr anony, kat tv3, rtm utusan asyik pemimpin PR je yg kena hentam, kat sini BN la pulak, kalau tak blh takkan la sdr roslansms publish komen saya, minta maaf ye
ReplyDeletekita perlu lebih ramai ibu bapa macam ibu bapa amir..
ReplyDelete