Seluruh rakyat Malaysia masih dalam keadaan tertunggu-tunggu
tarikh pembubaran Parlimen. Saya sendiri terpedaya semalam apabila ribut khabar
angin mengatakan ia telah dibubarkan. Demikianlah betapa berdebarnya jantung
rakyat Malaysia menantikan saat seakan seorang bapa menunggu isterinya dalam
bilik bersalin melahirkan anak.
Pengajaran dari pengalaman ini adalah pastikan dimasa akan
datang tempuh pembubarannya serta tempuh pilihanraya telah ditetapkan:
Election Day in the United States is the day set by law for
the general elections of public officials. It occurs on the Tuesday after the
first Monday in November, which is usually also the first Tuesday in November.
The earliest possible date is November 2 and the latest possible date is
November 8.
Disaat ini masing-masing parti yang bertanding sudah hampir siap
sedia dengan senarai calon dan kawasan bertanding.
Cuma satu fakta menarik yang ingin saya kongsi di sini
adalah ketika Almarhum YTM Tunku menjadi PM Malaysia, selepas Parlimen
dibubarkan Tunku tidak duduk sebagai “cateraker PM”, dan menyerahkan
tanggungjawab itu kepada Timbalannya. Beliau turun berkempen seluruh Negara sebagai
Presiden Umno tidak sebagai PM. (Bolehkah BN dan PR contohi langkah ini?)
Juga saya pernah hadir suatu forum sekitar tahun 1990 di KL
International Hotel dimana bekas SETPOL Tunku pernah memaklumkan pada PRU 1964,
PRU pertama bagi Malaysia (sebelumnya Malaya) Tunku sangat bimbang akan
kekuatan pembangkang di Sarawak. Dan memang tepat DUN Sarawak didominasi parti
yang tidak sehaluan dengan Tunku. Menurut bekas SETPOL beliau itu demi memujuk
hati Tunku beliau dan rakan-rakan telah terbang ke Sarawak “membeli” sokongan
beberapa ADUN pembangkang dan mengemukakan senarainya kepada Tunku.
Disangkanya Tunku akan melonjak gembira, rupanya sebagai
seorang democrat Tunku naik berang dan memberi amaran kepada beliau jangan
melakukannya. Terima dan hormati keputusan rakyat, lalu “pembelian” tersebut
terbengkalai begitu sahaja.
(Begitu juga ketika PAS kalah dalam PRU Negeri Kelantan 1978
dan di Terengganu dalam PRU 2004, tiada rusuhan, peralihan kuasa berlaku dengan
aman dan tenteram. Pimpinan PAS demi menghormati keputusan rakyat melepaskan
kuasa dengan tenang.)
Mengapa saya bangkitkan cerita-cerita lama ini? Sekadar mahu
mengingatkan kita semua agar kita jadikan pilihanraya kali ini medan demokrasi
sebenar. Jangan diganggu rakyat dalam membuat keuputan dan apabila keputsan
telah muktamad, terimalah semuanya dengan hati terbuka.
Yang menang perlu akur memikul amanah rakyat dan patuh akan
ketentuan Allah swt, yang kalah cuba lagi dan kaji dimana lemah kita
masing-masing.
Biarlah “excitement” rakyat menunggu tarikh pilihanraya dan
kemudiannya menyertai pilihanraya ini menjadi satu contoh kepada dunia betapa
aman dan bebasnya rakyat Malaysia dalam menentukan nasib dan masa depannya.
Jangan kalah jadi abu menang jadi arang.
jangan bila bertanding rasa tak boleh kalah nak menang memanjang masa dulu pembangkang boleh juga ceramah kat radio.ni nampak sangat macam takut kalah adat betanding mesti ada kalah menang.yang takut kalah sangat ni bukan takut hilang kuasa takut terbongkar
ReplyDelete