Saya (bukan Roslan SMS) percaya bahawa setiap individu sewajarnya
diberi dan dijamin kebebasan mereka. Mereka tidak boleh dipaksa menerima
sebarang fahaman atau anutan, mereka berhak memilih termasuklah memilih untuk
tidak memilih apa-apa.
Dalam hal beragama sebagaimana sekiranya Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan menjamin kebebasan beragama, sepatutunya peruntukkan ini
digunapakai ke atas setiap warga Malaysia termasuk yang beragama Islam. Setiap
warga Malaysia yang mencapai umur dewasa sepatutunya berhak memilih mana-mana
agama yang disenanginya atau memilih untuk tidak beragama sekalipun.
Memaksa seseorang memilih agama , adalah pencabulan hak kebebasan.
Sebagaimana seorang Kristian boleh menukar agama kepada Islam begitu
juga seorang Islam sepatutunya berhak dan diberi kebebasan untuk menjadi
Krisitian atas kemahuannya.
Demikianlah juga seseorang perlu dijamin haknya memilih agama atau
anutan contoh bagi seorang anak yang bapa nya beragama Kristian dia berhak
menukar agama kepada Islam apabila dewasa sebagaimana anak yang bapanya
beragama Islam berhak menukar agama kepada Kristian apabila ia dewasa ataupun
tidak beragama.
Tiada siapa sepatutnya dikenakan tindakan apabila memilih untuk menukar
agama.
Begitu juga kebebasan itu sepatutnya meliputi bab nikah kahwin.
Perkahwinan tidak sewajarnya mengakibatkan agama dan kepercayaan seseorang
ditukar. Seorang Islam atas semangat kebebasan ini sepatutnya boleh berkhawin
dengan seorang Hindu tanpa mana-mana pihak menukar agama dan kepercayaannya
apalagi dipaksa berbuat demikian.
Kebebasan seumpama inilah mencerminkan kematangan dan kedewasaan kita
dalam berfikir dan berinteraksi sesama masyarakat lebih-lebih lagi yang
berbilang kaum dan agam diMalaysia. Konsepn universal ini perlu didik dan
disemai dalam masyarakat kita agar Negara kita berdiri sama tinggi dengan
Negara-negara maju yang lain.
Bolehkah anda menerima kenyataan
di atas?
Idea liberalisma bertunjang dari
contoh di atas. Perjuangan menuntut hak dan kebebasan mutlak merupakan dorongan
dari fahaman liberalisma.
Menurut Sulaiman Nordin dalam
“Islam Sekularisma dan Liberalisma” (1995):
“….liberalisma tercetus hasil
dari respon terhadap penguasaan Gereja (di Eropah) (di abad ke 15), lantas
tuntutan di buat bagi memberi hak kebebasan dari sudut agama, politik, ekonomi
dan nilai kemanusiaan.”
Menurut Munif, Suhanim, Marzalina
“Religious Liberalism in Islam Discourse: An Analysis on Identification” (UUM
Sintok):
“Liberalisma yang disokong dan
diperjuangkan oleh Sisters in Islam (SIS) bertujuan membawa perubahan dalam
pemikiran masyarakat Islam. Tetapi perubahan berkenaan adalah bertentangan
dengan fahaman masyarakt Islam di Malaysia”
Islam liberal merupakan suatu
fahaman yang sangat berbahaya dan menggugat kestabilan dan keutuhan pegangan
Islam dikalangan masyarakat Islam khasnya kebelakangan ini di Malaysia.
Menurut Hj.Mohammad Ariffin bin
Ismail (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri) dalam
kertasnya : “Cabaran akidah: Pemikiran Islam Liberal”:
“Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang
yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula
agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fikah.
Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai
agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran daripada
Rasulullah dan sahabat serta ulama mujtahid.
Bagi merekaagama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa ,
sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit
dengan nas- nas Syarak secara putus (qat’ie).
Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak
manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau
sebolehnya digugurkan.”
Berdasarkan kenyataan saya di
atas tadi, begitulah bahayanya fahaman liberalisma, yang menjuarakan kebebasan
mutlak dan pluralisma yang mendewakan kesaksamaan agama atas nama hak dan
kebebasan. Sisters in Islam, merupakan NGO yang memang diketahui umum tersohor
dalam bab tuntutan sebegini rupa.
PAS dan beberapa badan serta NGO
Islam memang telah lama menuntut agar SIS tidak lagi dibenarnkan menjuarai
faham bathil yang sesat itu. Bagaimana mungkin PAS boleh diam apabila SIS NGO
yang kononnya Islamik tetapi menentang perlaksanaan syariat Islam, ia menentang
penguatkuasaan berhubung hukum murtad malah berjuang agar hak diberikan kepada
orang Islam untuk murtad, ia memandang kerja-kerja nahi mungkar sebagai sesuatu
paksaan yang di luar kononnya ajaran al Quran.
PAS konsisten dalam penentangan
terhadap SIS sehinggalah pernah lulus usul dalam mukatamarnya pada tahun 2009
menuntut agar kerajaan mengambil tindakan terhadap SIS.
Tiba-tiba bukan sahaja orang PAS
tetapi saya percaya seluruh masyarakat Islam di Malaysia terkejut apabila
melihat beberapa orang ahli Parlimen (yang sepatutnya mewakili) PAS, Mujahid
Yusoff, Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah, kebelakangan ini begitu
bersungguh mempertahankan SIS ini.Tiada bukit, kononnya SIS membawa fahaman yang dihukum haram oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor. SIS kononnya tidak dibawa berbincang sebelum fatwa dikenakana ke atasnya. Bersungguh-sungguh beberapa kerat nama-nama ini menonjol diri mepertahankan SIS dari dipalitkan dengan fatwa berkenaan.
Saya tidak tahu adakah mereka
yang berkenaan sedar bahawa bukan sahaja orang-orang PAS malah masyaralat Islam
seluruhnya di Malaysia sangat kesal dengan tindakan mereka itu. Apakah agenda
mereka menyokong dan mempertahankan SIS sedangkan PAS sudah punya pendirian
terhadap NGO berkenaan sejak sebelum mereka menentang fatwa MAIS secara terbuka
lagi.
Sekarang ini ekoran isu hangat itu
sedang “viral” sepotong Hadis berkenaan “Ruwaibidhah”.
Siapakah “Ruwaibidhah itu?
Imam Ibnu Majah meriwayatkan di
dalam Sunannya, Rasulullah saw bersabada :
حَدَّثَنَا
أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي
شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ
حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ
قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ
أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ
خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ
فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ
فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ
وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ
فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
“Akan datang kepada
manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan
sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan
orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu
Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”.
Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.” (HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam
as-Shahihah [1887] as-Syamilah).
Peringatan akan bahaya berbicara tanpa landasan ilmu. Allah ta’ala
berfirman (yang artinya), “Janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak
punya ilmu tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, itu
semua akan dimintai pertanggungjawabannya.” (QS. al-Israa’ : 36). Allah ta’ala
juga berfirman (yang artinya), “Hai umat manusia, makanlah sebagian yang ada di
bumi ini yang halal dan baik, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah
syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kalian. Sesungguhnya dia
hanya akan menyuruh kalian kepada perbuatan dosa dan kekejian, dan agar kalian
berkata-kata atas nama Allah dalam sesuatu yang tidak kalian ketahui ilmunya.”
(QS. al-Baqarah : 168-169).
Maka barangsiapa yang gemar berbicara atas nama agama tanpa ilmu,
sesungguhnya dia adalah agen-agen Syaitan, bukan Hizbullah dan bukan pula
pembela keadilan atau penegak Syari’at Islam!
Hadits di atas menunjukkan bahwa jalan keluar ketika menghadapi situasi
kacau semacam itu adalah dengan kembali kepada ilmu dan ulama. Yang dimaksud
ilmu adalah al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman salafus salih. Dan yang
dimaksud ulama adalah ahli ilmu yang mengikuti perjalanan Nabi dan para sahabat
dalam hal ilmu, amal, dakwah, maupun jihad.
Ya Allah lindungi dan jauhilah
kami dari menjadi atau menyokong RUWAIBIDHAH itu….
Cadangan SIS diharamkan
ReplyDeletePada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.
Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.[5]
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sisters_in_Islam