Selepas membuat posting “Kagum dengan Kit Siang” yang mana
saya mengulas keberanian Kit Siang bertanding di Gelang Patah dalam PRU ke 13
ini satu kawasan baru yang majoriti pengundi Cina nya di bawah 55%, saya
tertarik satu artikel dalam Utusan Malaysia online yang mengulas isu yang lebih
kurang sama.
Penulis Hassan Mohd Nor menulis: “Kit Siang kerana namanya,
jawatan atau roket….” http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130325/re_03/Kit-Siangkerana-namanya-jawatan-atau-roket
Menghuraikan panjang lebar perjalanan politik Kit Siang dari 1969, tidak pula
mengkritiknya, saya rasa lebih kurang saya juga tampak macam kagum pada
pencapaian Kit Siang.
Yang menariknya beliau menulis:
Situasi dalam pakatan pembangkang ini seolah-olah
menunjukkan siapa juga calon di pihak sebelah sana sama ada DAP, Pas atau PKR,
peluang mereka untuk menang ada walaupun berasal dari negeri lain.
Memang tepat, malah sebelum Kit Siang menyertai DAP dan
bertanding dalam PRU 1969 lagi pimpinan PAS dan malah bekas Presiden Umno, Dato
Onn Jaafar pun pernah begitu.
Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi (anak Perak), Presiden PAS
ketika itu bertanding dan menang di parlimen Besut, Terengganu pada PRU pertama
1959, begitu juga Khatijah Sidek (dari Johor) parlimen Dungun, Prof Zulkifli
Mohammad (Perak) menang di parlimen Bachok, Kelantan, Tuan Hj Ahmad Abdullah
Perai (Pulau Pinang) di parlimen Kota Bharu Hilir (Kelantan). Dao Onn sendiri
menang di parlimen Kuala Terengganu.
Realitinya bagi calon-calon bukan BN seakan tidak ada
masalah bagi rakyat menerima mereka walaupun bertanding di negeri bukan
kelahiran mereka.
Malangnya bagi BN khasnya Umno, perkara seumpama ini sering
mencetuskan masalah. Penulis berkenaan sendiri akui:
Keadaan seperti ini jarang berlaku dalam parti komponen BN.
Kenapa jika di pihak BN, apabila orang luar
atau calon payung terjun diturunkan, macam-macam reaksi diberi, lebih-lebih lagi
mereka yang ada di dalam parti. Begitu cepat, mereka terasa dipinggirkan
apabila pucuk pimpinan tidak menamakan pemimpin utama dalam bahagian. Apabila
mereka sendiri menolak calon yang dinamakan pemimpin, maka apa lagi
pengundi-pengundi yang berada di atas pagar dan penyokong-penyokong tegar.
Kerana itulah hujah saya bahawa hanya pemimpin yang seumpama
Kit Siang, mampu membuktikan yang mereka adalah pemimpin nasional. Tidak
berselindung di sebalik kekuatan parti semata-mata, tetapi pada kewibawaan dan
ketokohan peribadi yang secara langsung meneguhkan kedudukan parti di satu-satu
tempat.
No comments:
Post a Comment