Sebuah portal berita tempatan memetik sumber dari Filipina
yang kononnya pihak keselamatan kita bertindak kejam terhadap pendatang Suluk
di Sabah. Dari Zamboanga City, sumber Filipina, The Inquirer memetik seorang
pendatang Suluk:
“They dragged all the men outside the houses, kicked and hit
them,” 32-year-old Amira Taradji said on Friday as she recounted her family’s
ordeal in Sandakan, which started when Malaysian security forces launched a
crackdown on suspected supporters of Sulu Sultan Jamalul Kiram III in Sabah.
Taradji said
Malaysian policemen ordered Filipino men to run as fast as they could and shot
them.
Among those killed on
Monday night during the police sweep of a Filipino community in Sandakan was
her brother, Jumadil, she said.
Sementara itu adik perempuan Sultan Sulu, Jamilulu Kiram
bernama Jacel Kiram pula berkata:
“[The Malaysians] claim they are enforcing maximum
tolerance, but there’s no truth to that. Instead, maximum violence is what’s
happening. Even women, pregnant women, and children are being fired upon by
Malaysian forces,”
Ternyata pihak “musuh” akan berkata apa sahaja demi menagih
simpati khasnya dari dunia antarabangsa. Malangnya tak sehabuk bukti pun
dikemukakan oleh mereka. Di Lahad Datu, Semporna, pemberita termasuk dari media
antarabangsa sentiasa membuat liputan, jika benar seorang awam “bukan pengganas”
walaupun warga asing ditembak kering begitu sahaja pasti akan mendapat liputan
media. Tambah (sebagaimana didakwa anak raja “pengganas” itu) perempuan, wanita
mengandung dan kanak-kanak pun ditembak.
Yang pastinya kita tahu kejam adalah “pengganas” Suluk.
Betapa anggota keselamatan kita ditembak mati dan ada antara mayat wira kita diperlakukan
dengan penuh kejam sehingga ada yang dipotong-potong dan biji matanya dikorek
buang sebagaimana dilapor oleh akhbar The Star Jumaat lepas.
Yang anehnya mengapa perlu portal berita kita memberi ruang
untuk fitnah dan berita palsu seumpama ini. Bolehlah kalau mahu petik tetapi
siarkan juga penafian agar tampak jelas fitnah mereka. Kecuali jika kita pun mahu jadi ejen pemfitnah.
kejam ada dimana mana jangan nampak satu sudut saja depan mata pun apa kurang
ReplyDeleteYang paling selamat jika kita tak nak tercalit dosa, sebut jer WALLAHU'ALAM. Boleh jadi betul dan boleh jadi fitnah. Sebab itu dalam islam ajar jika kita dapat berita kena siasat. Tunggu sehingga ditubuhkan pasukan penyiasat kes berkaitan. Sebab itu juga kita tak boleh kata BN dalang pencerobohan atau Pembangkang ( DSAI) hanya berdasarkan cerita di alam maya. Last sekali tup tup orang bergelar MAT BOM yang tinggal di LD yg berkerabat dgn Sulu ditahan atas alasan dalang pencerobohan, diberitakan alam surat khabar metro pd 8/3/2013 kalau tak silap. Itu pun kita tak wajar menuduhnya sehingga siasatan dibuat, kes dibicara dan mahkamah memutuskan. Begitulah kaedah islam memelihara umat dari gejala fitnah lebih-lebih fitnah di akhir zaman. Inilah bahaya para penulis/pemberita jika melaporkan berita palsu/fitnah akan tanggung dosa sebanyak mana org percaya kepada fitnah tersebut. Wallahu'alam.
ReplyDelete