Telah lama saya perhatikan kepimpinan Republik Filipina di
bawah Presiden Aquino atau nama penuhnya Benigno Simeon Cojuangco Aquino III.
Datang dari keluarga ahli politik yang terlibat dalam membebaskan Filipina dari
cengkaman kuku besi mendiang Presiden Marcos, ibunya pernah menjadi Presiden
dan ayahnya mendiang Senator Aquino dibunuh oleh Marcos pada tahun 1983 sebaik
tiba di Manila untuk menentang Marcos dalam pilihanraya Presiden.
Mungkin dari pengalaman beliau dan keluarganya Aquino
berjaya mempamirkan kepimpinan “statesman” yang luar biasa. Dalam hal
perjuangan rakyat Moro di Selatan Filipina beliau kehadapan dalam mahu melihat
perdamaian di sana. Setelah berdekad-dekad Bangsa Moro di Selatan yang
majoritinya beragama Islam berjuang untuk pembebasan, akhirnya dizaman Aquino
perjanjian damai termetrai yang menjanjikan autonomi menjelang 2016.
Konflik yang telah mengorbankan lebih 150,000 nyawa
dikedua-dua belah pihak itu akhirnya bakal meyaksikan penyelsaian ditangan
Aquino.
Walaupun memimpin kerajaan yang majoritinya rakyatnya Roman
Katolik, Aquino sedar akan tuntutan rakyat Islam di Selatan dan merupakan
satu-satunya Presiden yang sanggup mengalah demi mencetuskan perdamaian buat
rakyatnya.
Dan kini dalam konflik Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Aquino
terserlah mengiktiraf kedaulatan Malaysia khasnya Sabah yang dituntut Sultan
Sulu, dengan mengarahkan saki-baki penyokong Sultan Sulu itu agar menyerah diri
tanpa syarat.
Menurut Aquino apa sahaja tuntutan kumpulan ini sepatutnya
dilakukan dengan cara damai, cara mengugut, “menawan” bumi berdaulat seperti
ini adalah salah.
Aquno dipetik menyebut:
To our citizens in Lahad Datu, from the very start our objective
has been to avoid the loss of lives and the shedding of blood. However, you did
not join us in this objective. Because of the path you have taken, what we have
been trying to avoid has come to pass.
Beginilah seorang diplomat, seorang pemimpin terbilang bagi
saya.
No comments:
Post a Comment