Akibat sikap yang tidak menghargai rundingan itu dan percaya pada keganasan dan kekerasan seramai 10-12 anggota kumpulan Sulu itu telah terkorban dalam suasana haru-biru di Kg Tanduo Lahad Datu Sabah itu.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham
Inspektor Zulkifli Mamat dan Allahyarham Koperal Sabaruddin Daud dari pasukan
komando Polis Vat 69 yang terkorban dalam kejadian tersebut.
Bagi saya tiada pihak yang untung dalam kejadian tragis ini.
Kita kesal kerana pihak Sultan Sulu enggan berunding untuk menyelesaikan
konflik sebaliknya merestui tindakan ganas ini. Keupayaan mereka yang terlibat
dalam rundingan dipihak Malaysia juga perlu diteliti dan disemak kepakarannya.
Malaysia perlu melahirkan pasukan perunding yang pakar dalam situasi cemas
seumpama ini supaya kejadian tragis seumpama ini dapat dielak dimasa hadapan.
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh yang
terkorban.
2 comments:
tangkap Najib & Hishamuddin yg mengarahkan sandiwara ini....
Konflik ini sesuatu yang sangat malang buat negara dan buat rakyat Filipina. Saya percaya ia tidak kena mengena dengan politik tempatan. Anggota keselamatn kita telah terkorban....tak perlulah kita politikkan.
Post a Comment