Saya tak sangka posting saya bertajuk : “MB Selangor nanti
bukan dari BN tapi PR” telah menarik minat seorang pengikut, yang bukan
sebenarnya mengulas secara langsung kandungan posting berkenaan tetapi membawa
isu baru.
Beliau fokus pada isu : rumah urut di Selangor dan posting
yang buat pada bulan Febuari 2007 (ketika itu belum ada Pakatan Rakyat) http://n32.blogspot.be/2007/02/jangan-belai-iblis-tetapi-belailahlah.html
Terbaru beliau mengulas:
Salam Bro Roslan,
Jadi, bolehkah ayat dibawah ini dilontarkan kepada MB Khalid
pula?
"Soalnya mengapa MB tidak memiliki kekuatan untuk
mengharamkan sahaja rumah-rumah urut yang beroperasi seperti ini. Haramkan
terus kegiatan urut lelaki oleh wanita, susahkah?"
Jika Bro Roslan betul2 mempunyai kekuatan nak menghapuskan
rumah2 urut di Selangor, saya cabar bro Roslan membuat satu entry khas untuk MB
Khalid sepertimana yg bro buat utk Khir TOyo dulu ...
if and only if you have the guts!
Saya menghargai pandangan beliau dan berterima kasih kerana
beliau mengambil masa mengunjungi blog saya. Pengalaman saya lebih 9 tahun
dalam dunia blog ini mengajar saya memang aka nada sentiasa mereka yang tidak
sehaluan dengan kita, tak guna berbalah dan bertelagah. Terbaik kita
menghormati sahaja pandangannya sebagaimana kita mengharapkan orang lain juga
menghormati pandangan kita walaupun mungkin tidak setuju.
Ada blogger yang ringan mulut, kadang-kadang dikalangan
kawan-kawan juga, apabila berhadapan dengan situasi sebegini akan mudah melenting,
memaki hamun, merendah-rendahkan pandangan orang lain.
Kita biarlah beradab.
Berbalik kepada komen sahabat kita di atas. Bagi saya rumah
urut yang mengamalkan urutan yang melanggar syarak sewajarnya ditentang oleh
orang Islam lebih-lebih lagi pemimpin Islam, tak kiralah Umno kah dia, PAS, PKR
siapa pun. Itu pendirian saya.
Kuasa perlesenan aktiviti seumpama ini adalah kuasa kerajaan
negeri lebih tepat lagi di bawah PBT yang dikuasai negeri. Alhamdulillah MB-MB
PAS, samada di Kelantan, Terengganu mahupun Kedah tidak pernah menghalalkan industri
ini kerana ia jelas bertentangan dengan syarak.
Dalam pada itu kita juga berhadapan situasi masyarakat
berbilang kaum. Ada negeri-negeri yang punya perwakilan dan masyarakat
berbilang kaum yang tinggi tidak seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor
dan Terengganu.
Bagi masyarakat bukan Islam sebagaimana minuman keras adalah
merupakan sesuatu yang lazim bagi mereka. Di sini situasinya berbeza.
Apa pun kuasa negeri adalah pada MB. Dan bagi MB dalam
negeri-negeri yang didominasi umat Islam saya tidak dapat helah mengapa
aktiviti yang haram tidak boleh diharamkan, tiada sebab.
Dalam kes Khir Toyo ketika beliau MB beliau menyebut
sebagaimana saya sebut dalam posting saya itu:
Semalam dalam ruangan METRO akhbar THE STAR dilaporkan:
Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo said
at present most premises offered massage services in cubicles or rooms.
This is against the law. I dont see why massage services
must be conducted in rooms or compartments when the law says the premises must
be open, he said, adding that the government was intent on issuing closure
orders against centres that continued to provide services in rooms or cubicles.
We have come across outlets that claim to offer foot
reflexology services but the service is conducted in rooms. I dont know why
this is so, he said.
Dr Khir said he had made several spot checks on massage
parlours during the ongoing state-wide operation against massage parlours.
He said he was shocked to find out that most of the premises
did not comply with regulations.
One centre even hands out condoms to all their customers who
go there for a massage. What massage are they offering? I dont want massage
parlours to be turned into vice dens.
Khir ketika itu seakan bersungguh mahu mnegawal dan
mengahramkan aktiviti ini, tetapi sehinggalah tamat penggal beliau sebagai MB
apabila tewas dalam PRU 12 aktiviti ini tetap di lesenkan.
Sahabat kita mempertikaikan adakah saya berani membuat
teguran yang sama terhadap MB Tan Sri Khalid kini, saya jawab INSYALLAH bukan
hanya saya malah semua umat Islam di Selangor termasuk sudah pasti ahli-ahli
PAS dan pemimpinnya akan berani malah telah pun dalam beberapa peristiwa
membuat teguran.
Dalam kes Selangor kini pengawalannya lebih ketat, warisan
lesen dari zaman Khir kini melalui proses tapisan kerana dalam PBT di Selangor
kini sudah ada wakil-wakil PAS dan atas mereka ini wajib memncetuskan idea
bagaimana mengawal aktiviti ini, mungkin bagi masyarakat bukan Islam kita tidak
boleh wajibkan pengharamannya tetapi ke atas masyarakat Islam tidak ada sebab.
Tak perlu cabar saya, tetapi cabar semua kita yang Muslim
apabila dipinjamkan Allah kuasa, gunakan kuasa itu untuk Islam, itu sebenarnya
lebih mulia. Ini dah dekat pilihanraya ini, jadi tanggungjawab kita menaikkan
pemimpin yang seumpama ini, ayuh.
4 comments:
kerajaan pusat dikuasai oleh siapa bukan orang islam juga, pasai apa tak mau cabar suruh bendung perkara mungkar disemua negeri. nak cegah mungkar ikut perintah Allah bukan duk pi main cabar cabar apa punya koman pemikiran
Sejak tahun 2006, saya pengunjung setia blog Bro Roslan dan mengkagumi setiap idea yang dilontarkan.
Bila bro Roslan beria-ia mahu rumah urut dihapuskan, saya berkata di dalam hati inilah dia pemimpin yg kita nak di Selangor. Berani mengkritik MB dan pastinya, jika PR menang di Selangor, rumah2 urut bakal dihapuskan dengan adanya orang seperti Bro Roslan ni.
Oleh kerana saya mengundi di Parlimen Puchong, DUN Kinrara, maka saya tidak dapat untuk mengundi PAS kerana hanya ada DAP vs MCA. Pada tahun 2008, saya pangkah DAP.
Harapan saya sebagai rakyat Selangor, yang amat yakin dengan PR dan juga orang2 seperti Bro Roslan, lambat laun rumah urut ini bakal dihapuskan sepenuhnya.
Setahun dua menanti, mungkin PR masih baru. Banyak kerja perlu dilakukan. Saya masih bersangka baik.
Namun sekarang dah nak habis penggal bro.
Lihat kawasan sekitar Puchong terutamanya Bandar Puteri. Rumah urut sedia ada masih tersergam indah dengan billboard berlampu, ditambah lagi dengan rumah2 urut baru yang selalu diserbu oleh rancangan 999!
Yang saya risaukan, bila ada ahli PAS seperti Hassan Ali yang menegur , beliau dipecat!
Saya nak lihat jika Bro Roslan berani menegur secara terbuka, adakah bro Roslan akan dipecat dari PAS atau tidak?!
Kepada saudara Anon di atas, saya tak mencabar kerajaan pusat kerana diorang ni dah tak leh buat apa dah! Dah takde harapan nak sembuh macam kanser tahap 5.
Ni, kerajaan PR yang baru ni ... jika sekarang tidak ditegur, lagi 5 tahun bakal menjadi kerajaan BN sekarang. Nak ke???
Bro... Kalau ada statistik bilangan rumah urut yg di lesen sepanjang pemerintahan PKR dan BN kan cantik
Tidak perlu hendak berstatistik, hendak membanding zaman mana yang lebih banyak timbul, yang lebih banyak kekal.
Ada kuasa, ada keinginan, maka terhapuslah perkara buruk tersebut.
Yang pentingnya, jika ada keinginan yang kuat untuk kita melihat pusat urut yang shady2 itu ditiadakan, adakah kita benar2 berkuasa nak berbuat sedemikian.
Menang pilihanraya, satu hal.
Dapat bentuk kerajaan, hal lain.
Nak jalankan kuasa dan tanggungjawab, hal yang lain pulak.
Post a Comment