Sunday, May 16, 2010

DAP menang 398 undi!

10.53 – Jumlah undi pos sudah pun diumumkan. BN dapat 2,323, Bebas 36 dan DAP cuma 70. Namun keseluruhannya jumlah yang diperolehi oleh parti-partinyang bertanding adalah seperti berikut:

Barisan Nasional 18,447 Bebas 232 DAP 18,845

Bermakna calon DAP mewakili Pakatan Rakyat WONG HO LENG menang dengan majority 398 undi.

Syabas DAP, syabas Pakatan Rakyat, syabas para petugas PR, syabas para pengundi Sibu. AWAS BN!

2 comments:

  1. dikala mereka BN cuba melumpuhkah PKR diperingkat nasional, di sibu pula membuktikan PAS dan DAP sudah tidak dpt dilagakan. PR bukan menang untuk dpt kuasa kerana nak kaya, tapi menang untuk dpt kuasa kerana tekad untuk membawa era baru Malaysia yang lebih berintegriti, akauntabiliti, bersatu dan berjaya. Tahniah Pakatan Rakyat, dan para petugas.

    Semoga rakyat Malaysia di Sarawak dpt membuktikan mereka bukan lagi lubuk talian hayat BN, malah mereka adalah sebahagian kepada Malaysia merdeka yang berani untuk membawa Malaysia yang lebih berjaya bersama Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  2. Assalamu alaikum. Hari ini kita melihat suatu peristiwa yang sebenarnya amat manis untuk dikenang oleh bukan orang Sarawak semata-mata malah seluruh pencinta demokrasi dan keadilan di Malaysia (sebuah persekutuan yang tergabung di dalamnya Sabah, Sarawak dan Tanah Semenanjung). Laut China Selatan bukan pemisah kepada hasrat dan cita-cita rakyat lagi dalam menuntut kemerdekaan jiwa dan keadilan hakiki.

    Kemenangan DAP/Pr ini menunjukkan suatu pencapaian yang cukup mengejutkan bukan sahaja kepada DAP/PR malah kepada BN. Jumlah majoriti yang diraih sebelum sesuatu pilihanraya kecil (yakni dalam pilihanraya umum) bukan lagi satu jaminan yang mana-mana pihak akan terus mempertahankan kemenangan. Kalau sebelum hari penamaan calon UMNO-BN sering menggunakan angka majoriti 2008 sebagai modal kebanggaan mereka, hari ini andaian atau teori itu telah berjaya diruntuhkan dan kalau setakat memiliki majoriti 5,000 ke bawah tak perlulah mana-mana pihak mendabik dada.

    Hari ini, untuk orang-orang BN, mereka sepatutnya dapat meraikan dua kejayaan yang mereka idamkan. Berdasarkan promosi, hari ini mungkin pemimpin UMNO-BN akan bersorak gembira sekiranya pasukan badminton Malaysia mencapai kejuaraan dan ia akan ditambah lagi kalau BN menang di
    Sibu. Kita tak boleh bayangkan ketika itu bagaimana Najib dan Rosmah akan pasti mendapat liputan media yang hebat kerna dua kemenangan yang tak tercapai itu.

    Jadi, apa yang boleh difikirkan di sini adalah apa pun keadaan kita hanya boleh merencang sedang tuhan menentukan. Kita kalah di Hulu Selangor tiga minggu yang lalu, kini kita menang di Sibu dengan kemenangan yang sebenarnya lebih berharga. Bn menyangka tektik mereka di Hulu Selangor boleh diguna pakai di Sibu. Sebaliknya ia telah jelas ditolak oleh pengundi Sibu dan ternyata undi pos yang sebenarnya sedikit menyelamatkan maruah BN. Kalau tidak BN akan kalah dengan majoriti 3,944 seperti pada pukul 8.25 malam.

    Saya cukup bersetuju dengan pandangan seorang penjengok dalam blog MSO yang mencadangkan agar undi pos dikira dulu dan diumumkan awal. Mungkin ada baiknya undi itu dikira di hari pengundian bagi undi pos dan diumumkan pada hari itu juga agar ia tidak boleh dimanipulasikan. Satu perkara yang menghairankan, undian pos dijalankan dulu tetapi di Sibu ini ia merupakan peti undi yang terakhir dibuka dan dikira sedang peti undi ini adalah peti undi yang paling awal diterima. Keadaan inilah yang membuat kita mengesyaki sesuatu yang bertentangan dengan nilai moral dan demokrasi akan dilakukan oleh SPR dan BN.

    Apa pun tahniah buat DAP, Pr dan para pengundi. Rakyat Sarawak telah boleh menerima kehadiran PR di sana dan terpulanglah kepada pimpinan PR untuk menguruskan penerimaan ini. Ingat, sedikit kealpaan dalam mengurus penerimaan akan membawa padah yang cukup besar kepada PR. Terdekat, kita akan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak. Satu yang menarik, semua parti komponen PR ada cawangan, kawasan dan perhubungannya di Sarawak sedang UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dan lainnya dalam BN tidak mempunyai semua itu di sana termasuk di Sabah. Keadaan ini memang boleh memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat seandainya semua peluang dan harapan dimanfaatkan sebaiknya. "Selamat berjuang!".

    ReplyDelete