Tuesday, April 08, 2008

Wajah baru..................

Roslan SMS Corner berwajah baru mulai hari ini. Kawan-kawan, anak-anak muda dari jurusan graphic design mahu sangat memperkenalkan wajah baru untuk blog ini, lalu saya kata silakan. Terima kasih saya ucapkan.

Mulai hari ini juga saya akan sediakan link dengan blog anak-anak muda yang dinamik dan futuristik, namun berkongsi minat dengan saya, bagi memberi peluang kepada kawan-kawan lain untuk mengunjungi blog mereka dan memberikan sokongan.

Bagi para pengunjung yang sering memberikan komen, mulai hari ini juga saya kembali menggunakan ruangan komen blogspot dan tidak lagi Haloscan, bagi memudahkan kerja-kerja kemaskini komen. Teruskan dengan komen dan pandangan anda yang bernas itu.

Perjuangan mesti diteruskan.

20 comments:

  1. tahniah..wajah baru dan nampak lebih ceria...sedap mata menengok kaler hijau tu..

    ReplyDelete
  2. Tahniah bro... cantik gile theme baru ni. Semoga tema baru tapi semangat tetap sama.

    All the best!

    ReplyDelete
  3. Molek lah dah ada rss feed. Senang nak refresh update. Saya ada lebih 25 blog terpilih untuk dibaca. Tanpa rss, susah nak kena semak setiap blog untuk tahu dah ada berita terbaru atau tidak.

    ReplyDelete
  4. tahniah saudara roslan.

    theme baru lebih nampak user friendly dan mudah nak membaca. nak post komen pon dah makin senang.

    cayok! teruskan usaha.

    ReplyDelete
  5. tahniah, baru senang nak komen

    ReplyDelete
  6. salam...

    wajah baru...

    cuma boleh tak kalau ruangan komen ni dibuat pop-up window, jadi tak mengganggu page asal bila pembaca nak baca komen... sekadar permintaan.

    ReplyDelete
  7. salam~

    secara peribadi tak berapa selesa dgn design baru ni. mcm ada "roh" lain plak + mcm terasa org lain plak yg menulis.

    tp kalau majority setuju, teruskan jelah.

    whatever it is, yg penting isinya kan, apa kata org putih, don't judge a book by its cover? lebih kurang gitula.

    okla, semoga terus istiqamah.

    ReplyDelete
  8. Rasa mcm dah hilang identiti Roslan SMS...ana lebih suka pd blog abang roslan yg lama...itu dah mcm identiti roslan sms...

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum Saudara Roslan,

    Tahniah di atas rekabentuk dan wajah baru. Disebabkan saya antara peminat setia blog anda, maka saya pun mengubah wajah baru kepada blog saya.

    Ada masa terluang lawatilah 2kali5.blogspot.com

    Pandangan anda amatlah saya hargai

    ReplyDelete
  10. pop up window for comment

    Dashboard > Setting > Comments > Show comments in a popup window? YES!

    Saya suka template ini, bersih dan kemas

    ReplyDelete
  11. masuk je n32.blogspot tetiba nampak benda lain kluar. Then sy semak balik kut2 tersalah masuk link ke... hehehe...memang wajah baru. Tp secara jujurnya, identiti Roslan SMS tak de dalam 'wajah baru' :)

    ReplyDelete
  12. Pernah dengar tak REBRANDING? Tak semua pembaharuan itu disukai semua orang.Takkanlah blog Roslan dok begitu sahaja selamanya.

    Perlulah ada evolusi.

    Selama ini pun, blog roslan didesign dan dicetuskan oleh orang yang sama aka 'orang lama'.

    Kini, 'orang baru' yang mengambil alih tugas designer lama itu.

    Orang lama dan orang baru itu sahabat rapat roslan.Nak kata adik beradik pun iya jugak.

    p/s:takkanlah asyik dok terkenang filem lama P Ramlee dan acapkali mengatakan tiada yang setandingnya.Buatlah satu filem baru yang mengatasinya atau AT PAR!


    -romeo-

    ReplyDelete
  13. komen ikhlas aku..

    1. cleaner tapi.. x de identity. cuba pakai kaler scheme yg dulu atau modified sket supaya pada jauh org dah nampak.. oo tu mesti n32.

    2. page komen nie mmg aa best. sbb dah standard. tapi kalau bleh modified aa sket. x de aa nampak sangat drpd blogger.com. kalau boleh pakai color scheme yg sama ngan main page.

    aku nie, nak komen reti aa sbb org mintak komen. sendiri buat x reti.. hehe..

    ReplyDelete
  14. baru la comel skit blog Datuk ni...
    Apa pun, selamat ber blog dan tahniah atas improvement ini

    ReplyDelete
  15. bagus guna theme ni. theme ni asalnya dr theme wordpress, namanya cutline theme. sapa2 yg nak theme mcm ni leh amil disini http://cutline.tubetorial.com

    ReplyDelete
  16. congrats..layout baru...baru lah fresh membaca..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum,
    Progresif dan mesra rakyat blog baru ni alhamdulillah! Baru nk komen semlm tp ingat tuan asaja nk "test market" format baru ni.. Selamat berjuang!

    ikhlas
    ZAiDi

    ReplyDelete
  18. cik ros, bila nak letak adsense?
    ni saya bagi link utk setup adsense kat blogspot. Senang je sbb blogspot dgn google tu dah jadi mak dengan anak.

    http://help.blogger.com/bin/answer.py?answer=42281

    ReplyDelete
  19. Tahniah... jangan lupa pastekan Ukhwah.com TopBlog sebab blog ini sentiasa Top 5 dalam Carta Ukhwah.com Topblog

    ReplyDelete
  20. wajah baru x lawa.. yg dulu punya best..

    ReplyDelete