Isu bahasa Melayu tak selesai sehingga hari ini
Isu ini sudah lama dibicarakan. Banyak pihak telah mengeluarkan pandangan dan pendapat termasuklah golongan profesional, karyawan, NGO dan tenaga akademik serta guru-guru. Isu yang dimaksudkan adalah pengajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Selain itu isu identiti bahasa kebangsaan kita samada seharusnya dikenali sebagai bahasa Melayu atau bahasa Malaysia masih dibuai ke sana ke mari.
Isu ini tenggelam timbul, tidak mendapat perhatian yang sewajarnya sedangkan Umno sebagai parti tulang belakang yang membentuk kerajaan Persekutuan, berjuang pula untuk kebangsaan Melayu.
Realitinya kita mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris, ia adalah bahasa global yang digunakan secara meluas disemua peringkat dan urusan. Kalau benar penguasaan bahasa ini lemah dikalangan anak-anak kita maka usaha yang konstruktif dan serius perlu diambil untuk menangani dan mengatasinya. Banyak usaha boleh dilakukan untuk memperkasakan pengajaran bahasa ini, tambah waktunya, perkenalkan kaedah yang lebih mudah dan berkesan, impot tenaga asing sebagai pelatih atau guru-guru tambahan. Masalahnya jika kita serius mengapa subjek teknikal seperti matematik dan sains yang menjadi mangsanya?
Perkasakanlah subjek bahasa Inggeris itu sendiri, tetapi tidak, sebaliknya subjek teknikal yang ternyata anak-anak Melayu rata-rata masih diperingkat lemah itu pula yang dijadikan mangsanya. Akibatnya bukan sahaja penguasaan bahasa Inggeris terus lemah, kini anak-anak Melayu yang sederhana dan cemerlang dalam subjek matematik dan sains pula menghadapi masalah kerana bahasa yang digunakan seolah menghalang penguasaan mereka. Angka-angka dan kajian telah pun dibuat oleh NGO dan badan-badan pendidikan. Tapi ia sepi begitu sahaja.
Hari ini bergema lagi Dewan Merdeka di PWTC dengan isu ini. Apalah yang susah sangat bagi Umno untuk mengatasinya? Pertama mereka perlu mengakui bahawa merobah kaedah pengajaran kedua-dua subjek ini dalam bahasa Inggeris dari bahasa Melayu adalah satu kesilapan. Dan seterusnya merombak balik arahan itu, tetapi dalam waktu yang sama tangani secara serisu isu bahasa Inggeris ini dengan kaedah yang lebih efektif.
Bila saya baca laporan berkenaan perhimpunan Umno di PWTC ini barulah saya faham, mungkin isu ini sengaja dibiarkan kerana sebelum ini tidak lagi dikenal-pasti siapakah yang akan menjadi juara untuk menjuarainya. Cari punya cari, akhirnya anak emas Umno, yang sedang diprojek seluas-luasnya, sejak kebelakangan ini, dijulang untuk menjadi juaranya. Siapa lagi jika tidak jaguh lulusan Oxford, menantu Presiden dan PM, Khairy Jamaluddin.
(Semalam saya bersama Tan Sri Khalid Ibrahim di Kg Jaya Setia, Kuala Selangor. Tan Sri berkata Khairy ni belajar di Oxford tetapi saya mengajar di sana. Siapa lebih hebat ya?)
Bila Khairy yang memperkatakan isu ini, pasti ianya diterima, kerana bukankah Khairy menantu kesayangan Dollah. Kalau polis pun tunduk pada Khairy ini kan pula lain-lain yang lebih kecil. Untuk makluman dalam Utusan hari ini berlonggok-longgok wakil dan pimpinan Umno berdiri di belakang Khairy atas isu ini. Siapa yang tidak mahu berdiri bertuduh di bawah pohon yang rendang! Seorang sahaja yang nampa tidak bersetuju, iaitu anakanda bekas Presiden Umno, Mukhriz Mahathir.
No comments:
Post a Comment