Friday, December 02, 2005

Pak lah minta kerajaan Islam Kelantan SURRENDER

Sebelum ini para pemerhati politik mengulas bahawa taktik kempen Annuar Musa, Ketua Perhubungan Umno Kelantan di Pengkalan Pasir dikira sungguh bongkak, angkuh dan sombong.


Annuar pernah mendesak agar DUN Kelantan dibubarkan atas alasan kononnya kerajaan negeri semakin lemah. Kemudiannya Annuar mencabar pula ADUN-ADUN Kelantan meletak jawatan kerana ADUN-ADUN Umno kononnya bersedia berbuat demikian supaya mandat diserahkan kembali kepada rakyat.

Tak cukup dengan itu Annuar juga menawarkan pelbagai jawatan dari Timbalan MB, ke EXCO dan Timbalan Speaker kepada mana-mana ADUN PAS yang bersedia untuk melompat menyertai UMNO.

Kesemua taktik-taktik ini bagi para pemerhati politik sebenarnya dipandang lebih akan merugikan Umno dalam meraih sokongan bagi pilihanraya kecil ini.



Memang Annuar dikenali memiliki stail yang robust dan kasar dalam berpolitik. Umpamanya di persidangan DUN Kelantan sebelum ini ketika tegang bertikam lidah dengan Annuar Tan, anggota EXCO dari PAS dari keturunan Tionghua, Annuar telah tergamak memuntahkan perkataan BARUAH yang ditujukannya kepada Annuar Tan, seorang pemimpin masyarakat Tionghua yang disegani dan dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat di Kelantan.

Demikianlah Annuar Musa.

Semalam semasa mengunjungi Pasir Mas dari pagi ke petang, Presiden Umno yang juga PM pula seolah-olah dijangkiti penyakit yang sama dihidapi Annuar.


Kain rentang di Pengkalan Pasir

Pak Lah diberitakan oleh akhbar The STAR di bawah tajuk:

Surrender Kelantan PAS told/ PAS disuruh serahkan Kelantan

Dalam laporannya akhbar tersebut menyebut Pak Lah sebagai berkata:

If PAS says it is the responsibility of the Federal government alone to bring development to Kelantan it shows it is not qualified to govern. SURRENDER the state to the Federal government then.

Jika PAS mengatakan tanggungjawab membawa pembangunan hanyalah tanggugjawab kerajaan persekutuan maka ianya membuktikan yang mereka tidak mampu memerintah. Oleh itu SERAHKAN sahaja negeri kepada kerajaan persekutuan.

UTUSAN MALAYSIA pula melaporkan Pak Lah sebagai berkata:

Kalau begitu Pas nampaknya tidak berminat hendak membawa pembangunan di Kelantan. Boleh berhentilah tak payah jadi kerajaan lagi, serah kepada BN untuk menjadi kerajaan di Kelantan.

Berdasarkan laporan diatas kita ingin bertanya:

Benarkah PAS tidak mampu memerintah kerajaan Kelantan, benarkah PAS tidak berminat membawa pembangunan ke Kelantan?

Soalan ini penting kerana ia dieprolehi berdasarkan pemehaman terhadap kenyataan seorang Perdana Menteri yang juga Ketua Umno. Jika jawapannya YA PAS tidak mampu memerintah Kelantan, YA PAS tidak berminat membawa pembangunan ke Kelantan, maka benarlah telahan PM itu( tetapi benarkah demikian?)

Tetapi sebaliknya jika rakyat Kelantan khasnya, memperakui kemampuan kerajaan PAS yang diketuai oleh kumpulan individu yang berkelayakan, cinta pada agama, bersih, tidak rasuah, peramah dan jujur maka sah Pak Lah telah berbohong. (masalahnya adalah kekangan dan sekatan peruntukan dan kewangan dari kerajaan persekutuan bukannya tidak layak)

Telahan Pak Lah mengatakan PAS tidak berminat membawa pembangunan di Kelantan itu saya kira jelas keterlaluan, bohong dan fitnah belaka!

Dalam hal ini kehadiran Pak Lah di Kelantan jelas telah menyinggung dan menganggu kewarasan, kerharmonian dan kestabilan rakyat Kelantan.

Mengapa tiba-tiba seorang bertaraf PM boleh singgah ke sebuah negeri dan dengan sombong mengarahkan agar kerajaan negeri itu SURRENDER kekuasaannya kepada beliau, samseng tak samseng bunyinya?

Wahai Pak Lah sedarlah, rakyat Kelantan tidak seperti rakyat di negeri-negeri lain di bawah Umno/ BN, berbeza sama-sekali hidup mereka. Pemimpin-pemimpin mereka walau Pak Lah mungkin nampak lekeh dan selekeh (berbanding dengan kehebatan kekayaan, pakaian dan kenderaan pimpinan Umno contohnya) namun mereka dicintai dan disanjungi bukan kerana mereka kaya dan hartawan tetapi kerana mereka berakhlak mulia dan tidak menipu rakyat dan membolot harta.

Kerajaan PAS membawa slogan Membangun Bersama Islam sejak tahun 1990 lagi dan slogan inilah yang diguna-pakai membangun negeri dan membentuk rakyatnya, insyallah rakyat Kelantan bukan sekadar akan terus menyokong malah kita yakin akan mempertahankan bermati-matian keutuhan dan kelangsungan kerajaan negeri ini, yang patut SURRENDER adalah Annuar Musa dan rakan-rakan ADUN Umnonya yang tidak bersedia malah menetang kerajaan yang berhasrat Membangun Bersama Islam!

(Kerajaan Pak Lah : MAS rugi, Proton rugi, Bank Islam rugi, AP disalah-guna, AP King lahir, minyak naik, diesel naik, NGV naik, harga barang naik, rakyat sengsara, pemimpin rasuah, kroni kaya, taraf IPTA turun: JADI PAS ATAU PAK LAH YANG PERLU SURRENDER?)

No comments:

Post a Comment