Friday, November 21, 2008

Industri arak tidak mendapat tempat di Negara Buddha

Di Malaysia industri arak mewah dan makmur. Ia bukan sekadar dikilang dan dijual, malah syarikat-syarikatnya diapungkan di bursa saham. Mereka mengaut untung besar dan antara syarikat korporat yang paling aktif dalam negara. Ini berlaku walaupun Malaysia dikatakan sebuah negara Islam. Demikianlah toleran dan baiknya budi orang Malaysia.

Thailand adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha. Mereka kuat berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan mereka dan malah saya merasakan rakyat Thai adalah antara penganut agama Buddha yang kuat dan ini ketara dari istana sehinggalah ke rakyat biasa.

Arak yang diharamkan oleh Islam juga turut diharamkan oleh agama Buddha. Bezanya bagi rakyat Thai mereka bukan sekadar akur dengan hukum itu tetapi sanggup bangkit mempertahankannya. Baru-baru ini usaha untuk mengapungkan sebuah syarikat arak, Thai Beverage PLC (pembikin “beer chang” yang popular di negara berkenaan) di Stock Exchange of Thailand (SET) telah menerima tentangan dari rakyat Thai dan sebuah protes telah dianjurkan oleh sami-sami Buddha negara berkenaan.

Menurut laporan hasil dari tentangan berterusan dari komuniti Buddha itu akhirnya SET membuat keputusan menolak permohonan syarikat berkenaan.

Menurut “The Thai Buddhist Channel” sekiranya syarikat ini diapungkan bermakna rakyat Thai bersubahat mengizinkan syarikat yang menghasilkan produk haram ini membuat lebih keuntungan. Negara berkenaan menurut saluran berita Buddha itu tidask memerlukan syarikat seperti ini dalam pasaran saham Thai.

Untuk makluman tidak ada syarikat arak yang tersenarai di SET. Malaysia bagaimana?

8 comments:

Seladang said...

Ini negara Islam Hadhari - Ada Had Ada Hari!

http://tokperan.blogspot.com
http://rp-semantan.blogspot.com

Anonymous said...

Sana bolehlah sebab sana sana tak de NGO yang menentang sami-sami tu ...

Anonymous said...

Arak ? Ooooo itu wine, wisky minuman rasmi dalam penerbangan malaysia. Ditanggung halal. mana dia mufti - kenapa tak buat fatwa arak haram dalam penerbangan malaysia ?

Anonymous said...

Kat malaysia. Dua-dua kilang arak dok kat negeri Pakatan Rakyat.

Satu di Shah Alam ibu negeri dan satu lagi kat PJ.

YAB Tan Seri Khalid apa komen?

pemanduteksi said...

Salam..
2 kilang arak tu lahir sebab BN yg beranakkannya. Skang kilang tu dah jadi anak yatim, MB S'ngor dalam dilema sbb kalau ditutup kilang tu nanti takkan YB Beruk nak tunggang samsu haram kat Heritage House pulak.! Apa class.!!

Anonymous said...

NH Shah Alam dah tak ada apa benda nak komen ke? Kalau otak dah kering beku, pergilah rendam kepala dalam tempayan arak tu dulu. Mudah mudahan cair sikit. Kalau tak cair juga, tunggulah kalau kalau mati kelak mungkin boleh cair dengan bahang api neraka.

Mesej yang Sdra Roslan sampaikan bukan nak suruh fikir berkenaan kilang arak terletak di negeri mana. Tetapi berkenaan pendokong agama Buddha di Thailand yang tegas menolak budaya memuja arak.

Sebaliknya pemimpin beragama Islam di negara kita sejak dulu, kini dan selamanya mempertahankan semua urusan yang berkaitan dengan arak. Bukankah Umno/BVN yang berkuasa selama lebih 50 tu yang memuliakan arak?

Pertama, mana mana kerajaan negeri pun bukan ada kuasa sekat arak walaupun kilang arak ada dalam negerinya.

Kedua, masyarakat peminum arak telah terdidik sejak sekian lama memuja arak sehingga isu arak tidak boleh disentuh. Sehingga kalau ada usaha menyekat penggunaan arak ada saja pihak yang bangkit mempertahan atas nama hak asasi peminum arak. Orang Cina yang ketagih arak pernah menyanggah arahan kerajaan PAS Kelantan menghadkan tempat jualan arak. Yang peliknya orang Umno pula yang jadi batu api menghasut orang Cina. Malah ada yang berkata, "Tengok, kalau biar PAS memerintah, mereka tidak akan menghormati hak orang bukan Islam untuk minum arak". Itulah baiknya Umno.

Bayangkan, itu baru cerita nak hadkan tempat jualan arak, belum lagi cerita nak tutup kilang arak.

Kerajaan yang menggalakkan urusan arak ini, tanggunglah dosa mereka di akhirat kelak. Itupun kalau mereka mereka itu akan menemui kematian. Rasa rasanya mereka tidak akan mati sampai bila sebab tu mereka berani melanggar peraturan Allah.

Anonymous said...

HAHA...BERKESAN SUNGGUH AYAT EN.MAIPIKIAQ....RASANYE LA MEMANG MEREKA2 TU KEBAL OR IMMORTAL KOT..TU YANG X PIKIR NEGARA AKHIRAT...HAHA..ORG2 ISLAM PUN JANGAN LAH DOK KAYAKAN SHOPING2 COMPLEX YANG JUAL ARAK NI..BANYAK LAGI PENIAGA MUSLIM,BIAR MAHAL SKIT ASALKAN TAK MENGKAYAKAN PENJUAL ARAK...

Ab Razak Hj Ahmad said...

Dah tahu lama story pasal MAS hidang arak on board. Pengalaman masa naik KUL - SIN, tergezut beroks bila steward lelaki of course Muslim serve arak. Bukan upon request tapi jaja dan tayang kat passanger. Tak kira la arak ke, samsu, wine or wiski...

Pelik dah 50 thn merdeka pun tak boleh nak beza mana halal haram . No wonder MAS asyik record rugi memanjang je...

Sama macam F1, tak boleh ke buat law kata lepas bagi hadiah jgn dok tonggang botol tu dan pancut air. Malu weh sebagai negara Islam Hadhari.

Kalau Bahrain boleh buat, lepas bagi hadiah, nyanyi lagu kebangsaan, pastu belah.... OK, gak, F1 tak komplen atau tarik balik hak penganjuran.

Apa-apa pun rakyat dan pemimpin kena sensitif. Kat BB malam minggu, siapa yang masuk 7-11, majority orang Melayu yang beli arak....