Thursday, May 01, 2008

Roslan SMS Corner menghampiri tahun ke 4

20 Mei ini genaplah 4 tahun usia blog saya Roslan SMS Corner. Saya mula menulis pada 20 Mei, 2004 sejurus selepas kekalahan besar PAS dan parti-parti pembangkang lain dalam PRU ke 11. Ketika itu PAS hilang semua kerusinya di Selangor, Pahang dan Perak, hilang kuasa di Terengganu dan hampir sahaja ditewaskan di Kelantan.

Dalam gundah-gulana dan seribu kekecewaan itu, seorang sahabat muda telah mencadangkan agar saya jangan terus begitu, kata beliau perjuangan perlu diteruskan dan anak-anak muda seperti beliau terus mahu mendengar dan menerima pandangan dan nasihat, bagaimana untuk terus memacu perjuangan ini dalam keadaan demikian. Beliau dirikan blog ini untuk saya, katanya "Tulislah Abang Lan, pasti ada orang mahu membaca tulisan abang."

Saya menegesan semangat baru menyala dalam jiwa saya melihatkan kesungguhan anak muda itu. Lalu saya pun pada tanggal 20 Mei 2004 mulalah menulis di blog ini.

Sempena ulangtahun ke: 4 ini, saya akan memuatkan beberapa komen, pandangan dan ucapan selamat dari sahabat-sahabat yang rapat dengan saya dan ada diantaranya saya mula kenali sejak mengendalikan blog ini.

Terima kasih atas sokongan anda semua, terima kasih Mamat, semoga Allah swt memberkati usaha kita.

12 comments:

Faizal R said...

ketika itu sy baru berjinak2 utk kenal dunia internet ... syabas bro! teruskan!

Anonymous said...

Happy Birthday in advance..

Anonymous said...

salam....

teruskan bro roslan..saya adalah salah seorang peminat Roslan SMS Corner sejak lebih 3 tahun dahulu lg, dan berbanding dgn blog2 yg lain, terus-terang saya katakan tulisan bro roslan lah yg paling terkesan ke minda & hati saya utk menilai isu2 semasa terutamanya bab2 politik tanah air...
semoga Roslan SMS Corner sentiasa "Segar" di khalayak pengikut blog..

Syabas!

Edyes said...

Assalamualaikum Abg Lan,

Masa tu, saya masih lagi mengundi BN, masih UMNO totok lagi. Kerana masing2 di antara kita memberi harapan kepada paklah yang pada waktu itu nampaknya begitu tegas dan efisyen.

"Marilah Bekerja Bersama Saya" = temberang

Namun, saya berterima kasih kepada paklah kerana telah membuka hati dan mata saya. Setelah mendapat mandat 190 kerusi parlimen pada 2004, BN menindas rakyat dengan sesuka hati kerana menyangka rakyat sentiasa bersama mereka.

Mungkin kerana suatu masa dulu saya pro TDM dan menganggap paklah akan meneruskan kesinambungan Mahathir. Tetapi jangkaan amat meleset.

salam reformist.

Anonymous said...

moga istiqamah... terus mendokong perjuangan murni ini. Takbir!! :-D

Anonymous said...

tahniah bro .. terus dan terus menulis selagi hayat dikandung badan ..

insyirah08 said...

Aslm

Tahniah !!!! Syabas !!!
Teruskan Perjuangan!!!!!!.

Tikaman Minda Lebih Lama Bisanya Daripada Tikaman Pedang
or KERIS (UMNO)

Anonymous said...

Tahniah Abg Lan..saya salah seorang peminat blog ini. Sudah lebih 3 tahun saya mengikuti perkembangan blog ini. Setiap tulisan abg lan saya ternanti-nanti setiap hari. Terima kasih kerana mewarnai kehidupan alam siber dengan tulisan yang penuh makna. Teruskan perjuangan

Cik Lee said...

Tahniah bro Roslan. 4 tahun sekejap sahaja, tetapi untuk istiqamah menulis tu - hanya org yg turun ke medan blogging sahaja yang tahu. Ramai yang tewas di medan juang. :). Anyway, good job bro. Kuatkan usaha untuk mendaulatkan Islam. Takbir!!

Anonymous said...

Salam...

Semoga Abg Lan terus diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk istiqamah terus menulis demi membawa panji2 Islam
We support Roslan SMS!!

TAKBIR!!!

Anonymous said...

CONgrats bro...i ve been following your blog since 2005 masa study kat UK, my friend introduce it to me.

sometimes, i even went to your blog first b4 going to any news site.

just be true to your purpose n principles, insya allah ur fight n effort will bring some success.

ill support in any way i can.

Anonymous said...

salam wbt

sekadar untuk memberi sokongan kepada saudara atas usaha saudara dalam maintainkan blog ini.

sy juga salah seorang pembaca setia blog saudara.

May He Accepts Our Deeds inshaAllah

salam dari bumi kangaroo