Monday, May 12, 2008

Rakyat Sabah benar-benar rasa tertipu

Sejurus selepas Dewan Rakyat gawat mendengar dan melihat aksi ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berucap menjunjung kasih atas titah ucapan SPB Yang Dipertuan Agong, tiba pula giliran ahli Parlimen Kalabakan, Sabah, Datuk Ghapur Salleh (Umno-BN).

Ghapur sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila menolak tawaran Perdana Menteri Dollah Badawi untuk lantikkan sebagai seorang Timbalan Menteri. Ketika berucap tengahari tadi, Ghapur terus mencetuskan kontroversi dan pastinya memeningkan kepala Dollah dan lain-lain pimpinan Umno-BN.

Ghapur menyebut bahawa Sabah walaupun telah lebih 45 tahun merdeka melalui Malaysia, namun pembangunan di Sabah bagaikan langit dan bumi bezanya kalau nak dibandingkan dengan pembangunan di Semenanjung Malaysia. Menurut beliau banyka bukti menunjukkan betapa Sabah sebenarnya dipinggir dan dianak-tirikkan oleh kerajaan Persekutuan. Antara yang sempat beliau huraikan dalam masa 20 minit itu adalah isu bekalan air. Letrik, pembinaan jalan raya khasnya di luar Bandar, kenaikan harga barang yang hampir 1000% bebrbanding dengan di Semananjung dan isu keselamatan.






Ghapur ini adalah seorang tokoh politik veteran di Sabah dan seingat saya sewaktu saya tinggal di Kota Kinabalu dahulu (sekitar akhir 70an dan awal tahun 80an) beliau sudah pun menjadi wakil rakyat ADUN dan terlibat dalam kabinet Ketua Menteri ketika itu Datuk Harris Salleh. Beliau pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah dan ternyata seorang tokoh yang sangat disegani di Sabah.

Oleh itu apabila beliau yang berhujah dan menyingkap kelemahan dan diskriminasi kerajaan terhadap rakyat Sabah sudah pasti beliau akan diberi perhatian oleh seluruh rakyat Sabah, ini sesuatu yang tidak boleh dipandang kecil oleh BN. Kata Ghapur selama beliau menjadi ahli Parlimen nampaknya masalah rakyat Sabah tidak difikirkan atau diselesaikan dengan efektif oleh kerajaan Pusats eolah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lalu beliau menegaskan kalau pada PRU ke 12 lalu “tsunami politik” melanda Semenanjung sehingga menghanyutkan beberapa negeri ke tangan pembangkang, tidak mustahil jika isu Sabah terus tidak dipedulikan tsunami berikutnya akan berlaku di Sabah pula dan ketika itu tidak mustahil kerajaan Persekutuan pun boleh jatuh!

Ghapur mendedahkan betapa wakil-wakil BN di Sabah dan Sarawak lah yang sebenarnya telah menyelamatkan kerajaan BN Persekutuan. BN dapat bertahan dengan 140 kerusi berbanding dengan 82 kerusi pembangkang kerana 54 darinya datang dari Sabah dan Sarawak.

Tetapi kata Ghapur selepas bersusah membantu kemenangan BN peringkat Persekutuan wakil-wakil Sabah khasnya telah diberi layanan “double standard”. Apabila PM membenuk kabinet cuma 3 wakil Sabah dilantik menjadi menteri penuh, itupun pada portfolio yang menurutnya tidak penting termasuklah tambahnya portfolio menjaga muzium dan daling-daling (tarian Bajau) serta menjaga awan (Menteri Sains), kesemuanya kata beliau tidak ada makna dan memalukan rakyat Sabah.

Malah tambah beliau, wakil Kimanis dan beliau sendiri menolak jawatan Timbalan Menteri kerana kemarahan diperingkat akar-umbi yang menanggap tawaran itu sebagai satu penghinaan kepada mereka.

Saya melihat sepanjang ucapan Ghapur itu, wakil-wakil BN senyap membisu kecuali rakan-rakannya dari Sabah antaranya dari Kota Belud, Putatan dan Tuaran yang telah menokok-tambah melalui permohonan penjelasan. Kata Ghapur layanan kerajaan Persekutuan terhadap Sabah menjadikan warga negerinya itu sebagai “second class citizen”!

Ternyatalah apabila kita mendengar rintihannya, memang kerajaan Pusat ketara mendiskriminasi rakyat Sabah. Beliau berkata rakyat Sabah di luar bandar masih ada yang minum dari air perigi dan berhadapan dengan masalah bila timbul musim kemarau, bekalan elektrik bukan hanya di kawasan luar Bandar malah di Bandar sentiasa terputus-putus dan beliau memarik perhatian dewan bahawa tidak seperti di Semenanjung, di Sabah masih ada rakyatnya yang menggunakan didnding daun atap untuk rumahnya.

Dan Sabah adalah negeri yang 24% rakyatnya berada di bawah paras kemiskinan, angka ini kata Ghapur bukannya berkurangan tetapi bertambah dari tahun ke tahun.

Bagi saya ucapan Ghapur ini adalah petunjuk betapa rakyat Sabah telah hilang keyakinan kepada kerajaan BN Pusat. Ini menyemarakkan lagi harapan Pakatan Rakyat untuk melihat ahli-ahli Sabah dan Sarawak yang merasakan diri mereka tertipu agar menyertai PR dan bila cukup bilangan bersama membentuk kerajaan Persekutuan yang baru!

Ucapan Ghapur ini adalah isyarat bahawa wakil-wakil Sabah dan Sarawak memberikan kata dua kepada Pusat, samada memperbaiki kedudukan mereka dalam waktu yang terdekat ini atau menerima padah yang paling malang dalam sejarah mereka.

Kata Ghapur mereka (wakil Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati) tidak perlu lompat parti, tetapi kalau mereka bersama membentuk parti baru, maka atas merekalah nanti untuk “join” sini atau “join” sana. Katanya lagi waktu wakil Kimanis berucap dia sebuit banglo dan rumah teres, kita sanggup malah tinggal di rumah kampong pun.

Dipenghujung ucapannya Gha[ur berkata:" Jika hasrat ini (segala tuntutan dan rintihan beliau) tidak tercapai tsunami akan sampai ke Sabah dan saya sendiri pun akan tergulung dalam tsunami itu". Itulah bagi saya petanda bahawa nasib kerajaan Pusat bawah BN semakin gelap, malap dan harapan untuk melihat perubahan yang lebih besar dan bermakna pada lanskap politik Malaysia semakin hampir.

11 comments:

Edyes said...

Video Ucapan YB Kimanis ada di blog edyesdotcom

http://edyesdotcom.blogspot.com/2008/05/video-klip-yb-kimanis-rumah-banglo-dan.html

untuk tatapan semua.

infogue said...

Artikel di Blog ini bagus dan berguna bagi para pembaca.Anda bisa lebih mempromosikan artikel anda di Infogue.com dan jadikan artikel anda topik yang terbaik bagi para pembaca di seluruh Indonesia.Telah tersedia plugin/widget.Kirim artikel dan vote yang terintegrasi dengan instalasi mudah dan singkat.Salam Blogger!!!

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/rakyat_sabah_benar_benar_rasa_tertipu

mat terab said...

Datuk dah tahu macam mana BN layan datuk dan rakyat sabah masih lagi datuk nak sokong BN....buang masa saja datuk, apa tunggu lagi Join saja PR saya jamin kalau datuk masuk PR dan PR dapat memerintah rakyat sabah juga senang saya jamin kalau DS anuar jadi PM dia pasti bantu rakyat sabah.
ini saja peluang yang Datuk ada setelah tunggu lebih 40 tahun untuk membantu rakyat sabah.
saya percaya rakyat sabah sokong tindakan datuk itu nanti.
apa sangat perinsip yang datuk pegang atau pertahankan kalau rakyat sendiri hidup melarat......

insyirah08 said...

Tunggu DGS ni kotakan apa yang dikatakan tu.....

Harris said...

Nampaknya kemasukkan UMNO ke Sabah bagi menggantikan parti-parti seperti BERJAYA , USNO dsb hanyalah untuk meletakkan MP-MP dari Sabah sebagai spare tyre didalam memastikan UMNO baru di Semenanjung terus memegang teraju pemerintahan negara . Rasanya tidak salah jika membuat andaian disini bahawa MP-MP UMNO dari Sabah tidak dapat menahan diri lagi bila melihat mereka dilayan lebih teruk daripada anak tiri berbanding dengan MP-MP UMNO di Semenanjung .

Adakah mereka sanggup berhijrah ke barisan Pakatan Rakyat pada masa terdekat ini ?. Hanya ALLAH SWT sahaja yang Maha Mengaturkan perjalanan hidup setiap makhluk ciptaan NYA dan bukan PM Malaysia dan UMNO !

Anonymous said...

Terus terang saya katakan saya sebagai rakyat sabah sendiri tidak berpuas hati dengan tahap kehidupan orang Sabah. Pembangunan di Sabah tidak menjanjikan kehidupan yang lebih selesa. Apalah ertinya pembangunan kalau masih ramai rakyat sabah yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Bagi saya kemiskinan di Sabah mencapai tahap 50% bukan sekadar 24%. Hakikatnya keadaan sekarang menjadikan kos lebih tinggi di Sabah.

Anonymous said...

Mungkin tuan pernah berkunjung ke Sarawak. Tidak payah jauh jauh di sekitar kawasan Kuching dan Samarahan tuan boleh berjumpa dengan orang yang kaya terlalu kaya dan orang yang miskin terlalu miskin.

Malahan saya amat sedih kerana setiap kali di ajukan soalan kepada penduduk di pesisir ini mereka menjawab bila PRU yg itu yg dipilih.

Apa yg saya nampak penduduk pesisir telah dipulas dan dikunci oleh parti yg ada dengan pelbagai cara. Orang kampung tahu tapi alternatif yg baik belum lagi menonjolkan diri.

Bagi saya prestasi terbaik pembangkang semasa 1999 dahulu dimana ramai pemimpin yg berkaliber muncul tetapi selepas itu mereka disenarai hitamkan oleh BN sama ada mereka, isteri dan keluarga.

Memang betul jika ada orang Semenanjung atau Malaya (panggilan org Sarawak) datang bekerja disini mereka akan merasakannya seolah olah berada didunia yg lain.

Bumi Borneo ini sangat luas dan penduduknya berselerak dan hasilnya banyak tetapi yg kaya hanyalah BN dan sekutu mereka. Kalau duit 20% nak diberikan kepada Borneo saya mahu tukarkan wakil ini dahulu terutama yg diSarawak kerana mereka ini dajal utama yg akan kenyang dengan 20% itu.

Apapun saya tetap berusaha meneruskan ingatan kepada keluarga, rakan dan orang kampung supaya cuba untuk berubah. Mungkin dalam masa 10 tahun lagi dengan generasi baru ini keadaan akan bertambah baik.

Wahed Jobli

Anonymous said...

memang benar, rakyat di sabah memang menderita. Saya kasihan dan kadang-kadang mengatakan bangang betui orang sabah nie pasai masih lagi sokong laknat BN.

Malah, kawan saya seorang pensyarah kek UMS pun berfikiran cam tuh..sokong BN bawa pembangunan. Ye lah dah kaya! itu saje lah modal dia!

Kalu sesiapa naik pun, dia akan bawa pembangunan dah dol! Mentaliti golongan akademik di sabah yang tolol! Namun begitu tak semua cam tu! Bukalah minda anda, wahai rakyat Sabah! Bile laih nak humbankan BABI NEGARA kek Rombau tuh!

Lil Noorie berkata said...

pejuang2 utk negeri sabah nampaknya sudah terbuka mindanya dan mahu rakyat2 dinegara mereka berjaya dan tidak berada ditakuk lama! teruskan pejuanganmu Datuk! dan bertukarlah ke parti yang sepatutnya!atau berjaga2 lah wahai pejuang2 UMNO dgn uacapan dari datuk ini!pk pk kan lah!

Anonymous said...

pkr dan pas boleh masuk ke negeri kami di sarawak bumi kenyalang tetapi tidak akan sekali2 menghalalkan umno menjadi pengacau di sini.

kami juga seperti rakyat di sabah sentiasa dijaja dengan kemajuan. apa lah erti kemajuan sekiranya ditayangkan di tv sahaja dan bukan ditempat kami. hasil perut bumi kami di borneo telah dilapah oleh kerajaan persekutuan. tiada apa yang perlu dibangga oleh kami di sini.

jika jiran diseberang semenanjung meraung kenaikan harga beras apa lagi kami di sini.

justeru kepada kerajaan, jangan ingat kami diam bermakna kami sokong anda. kalau melayu boleh bersabar kami di sini 2 kali lebih sabar. fikirkanlah...

Anonymous said...

hakikat ini bukanlah sebuah retorik dan sekadar menampakkan kepada media bahawa SABAH adalah negeri yang termiskin...

sudahlah hasil mahsulnya di rompak oleh kerejaan perekutuan,pengurusan BN peringkat negeri pun kacau bilau dengan rasuah...wahai MP sabah, jangan tunggu2 lama,nanti lama2....