Thursday, May 08, 2008

Lagi berkenaan kes murtad Siti Fatimah

Menurut BERNAMA Ketua Hakim Mahkamah Syariah Perlis Othman Ibrahim, yang mendengar kes murtad Siti Fatimah di Mahkamah Syariah Pulau Pinang kesal dengan beberapa eprkara yang mengakibatkan beliau tiada pilihan selain membenarkan permohonan Siti FAtimah untuk kembali ke agama asalnya.

Yang pertama adalah suami beliau, warga Iran, Ferdoun Ashanian, yang menurut Othman gagal membimbing wanita berkenaan yang baru menerima Islam, malah menurut keterangan saksi, Ferdoun sendiri menemani wanita ini ke kuil apabila beliau ke tempat ibadat Buddha itu.

Keduanya Majlis Agama Islam Pulau Pinang sendiri. Menurut Othman pihak MAIPP lah yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Ternyata MAIPP gagal dalam menjalankan tugasnya dan mengabaikan kepentingan dan kebajikan mereka yang baru memeluk Islam, sebagaimana dalam kes ini.

Othman memberi amaran kiranya tiada sebarang langkah diambil selepas ini, banyak lagi yang akan mengambil kesempatan meninggalkan Islam.

Inilah masalah sebenar yang berada di hadapan kita. Kalau kita tidak insaf, sedar dan bangkit melakukan perubahan dan penstrukturan semula, kebimbangan Othman ini akan menjadi kenyataan. Mudah-mudahan Allah swt melindungi kita dari bahan dan musibah ini.

6 comments:

Anonymous said...

Saya cadangkan disini supaya Mahkamah Syariah terus di pantau oleh Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Agama Islam .... kes2 yang berlandaskan agama islam diboleh dibicara ke Mahkamah lain selain Mahkamah Syariah .... sedihnya hati ini seorang beragama Islam tidak Islam lagi

Iklan!!
Untuk Rakan Kita Raja Petra
United Blogers
Bebaskan Raja Petra …. Saksikan pictures pada malam semalam yang sempat aku snap di Penjara Sungai Buloh dalam blog aku….. Disebalik perjuanganmu tersirat keikhlasanmu ……. Ya Allah Kaulah Maha Besar, Selamatkanlah Raja Petra dari segala ketidakdilan dan kekejaman ini, Berikanlah Raja Petra keteguhan dan kesebaran iman beliau dalam ujianMu ini Amin ….
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

Muda said...

Apakah Islam Hadari yang menghidangkan Jom Heboh sebagai acara tahunan disetiap negeri dan membazirkan khazanah negara demi kepentingan keluarga dapat menjadi penawar kepada gejala murtad yang menjadi-jadi sekarang ni ? Benarlah kata bijak pandai ... iman tu bukan diwarisi daripada datuk dan ayah yang bergelar ulamaq !

Anonymous said...

Amar Makruf Nahi Munkar.

Terima kasih Saudara Roslan kerana mengingatkan kita semua akan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam.

Wassalam.

Abu Qamar.

Anonymous said...

Saya dah lihat gambar2 yang dipaparkan di blog AnakMudaParlimenBatu.

Saya cuma ada satu pertanyaan :

Adakah amalan memasang lilin sebagai tanda perjuangan itu amalan Islam ataupun amalan kaum majusi?

Alangkah lebih elok sekiranya umat Islam yang berkumpul pada malam itu telah membaca Al-Qur'an dan bersolat Hajat dan bermunajat.

Ikutlah amalan yang diajar oleh YAB Tok Guru MB Kelantan kita.

Wassalam.

Abu Qamar

Anonymous said...

Saudara Abu Qamar,
terima kasih atas teguran anda, saya amat berterima kasih ... saya pergi sana sekadar tanda sokongan kepada Raja Petra dan saya tidak merestui perbuatan tersebut ... ini mungkin dari pihak penaja .... kalau ada ada yang nak buat solat hajat... saya juga akan menyertainya ....

Anonymous said...

anakMudaParlimenBatu

Alhamdulillah. Terima kasih atas penjelasan anta. Ana cuma khuatir dalam keghairahan kita terikut ikut amalan majusi dan nasrani. Nauzubillah.

Saudara Roslan lebih mengetahui sokongan padu ana kepada Raja Petra.

Wassalam.

Abu Qamar (RIK)