tag:blogger.com,1999:blog-7044494.post3455559762698462736..comments2023-09-08T18:56:37.804+08:00Comments on Roslan SMS Corner: roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-28683729236849104502010-05-08T03:04:30.126+08:002010-05-08T03:04:30.126+08:00Assalamu alaikum. Bila bercakap tentang almarhum a...Assalamu alaikum. Bila bercakap tentang almarhum adik yang ditembak itu, hati saya menjadi sebak kerana saya punya anak yang lebih kurang sebaya dengannya. Bimbang akan keselamatannya, risau akan kehidupannya masa depan dan berbagai lagi.

Bagi saya, di sini ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan:

1. Anak remaja memandu tanpa lesen, betul itu satu kesalahan, betul itu tak boleh dibenarkan, tapi sedarkah kita siapa yang mendorong anak kita keluar malam. Kalau ada hasrat pihak-pihak yang ingin mengurangkan aktiviti malam termasuk kedai-kedai makan 24 jam ada saja pihak yang membantahnya. Macam-macam alasan diberi. akhirnya aktiviti nalam terus berjalan dan keadaan ini telah mendorong anak-anak remaja keluar malam walau pun tanpa lesen.

2. Ibubapa harus mengawal atau mengambil tahu akan kegiatan anak-anak mereka; kata menteri, kata pak polis, kata pak professor. kalau menteri dah hebat sangat sehingga menegur ibubapa sampai kadang-kadang mereka bercakap seolah merekalah pemimpin yang paling baik dan sempurna, ingin saya tanya kepada pak menteri, kenapa hidup kami hari-hari dalam keadaan gelisah dengan bimbang tentang keselamatan, bimbang tentang akhlak anak-anak dan juga diri sendiri, risau tentang kedudukan pekerjaan apakah masih berkerja aku bulan dapan atau tahun depan. Samalah dengan polis, kadang-kadang bercakap umpama mengajar ketam saja. bila dilihat pada diri mereka rasanya ketam jalan lebih lurus dari mereka.

3. Sebenarnya apa yang berlaku ini menggambarkan betapa nipisnya kepercayaan dan harapan rakyat kepada pasukan polis. Sakit hati, tersinggung, marah, kecewa, geram, kesal dan entah apa lagi rasa rakyat terhadap polis telah lama tependam. Apa sahaja keadaan yang tidak menyebelahi rakyat maka rakyatlah jadi mangsanya. Tembakan gas, meriam air, dibelasah dengan belantan dan apa lagi, kecederaan yang melibatkan air mata dan darah rakyat telah lama berlaku. Itu belum lagi cerita tentang rasuah dan salah guna kuasa yang kadang-kadan nampak di mata tapi tak mampu nak dilapor kerana apa, hanya mereka yang tahu. Jadi, kesabaran rakyat ada batasannya. Apabila adik kita menjadi mangsa, mungkin sabar telah dipuncak lantas terjadi apa yang terjadi sekarang. Rakyat tak kan mudah untuk menerima apa saja yang dinyatakan oleh pihak polis lagi. Jangan salahkan kami kalau kami tak percaya pada kamu lagi kerana kamulah sendiri yang melunturkan kepercayaan kami kepada kamu. Kini, terserahlah pada kamu untuk mendapatkan kepercayaan kami kembali. Mungkin peristiwa ini adalah anugerah Allah untuk kamu polis agar kembali ke pangkal jalan sebelum negara benar-benar musnah.

Buat media, tak payahlah kamu mengada-ngada nak menggunakan istilah "tertembak" dalam kematian adik kami ini kerana rakyat telah menerima dari awal lagi kes ini bukan tertembak tapi ditembak.Nor Azman bin Sukermanhttps://www.blogger.com/profile/11144595223698249738noreply@blogger.com