Friday, June 02, 2017

Tun Dr M PM lagi?

Bersediakah Malaysia mengangkat seorang warga emas berusia 91 tahun sebagai PM?

Sekurang-kurangnya penyokong PH kena bersedia kerana dalam akhbar-akhbar tempatan pagi ini meluas mendapat liputan bahawa bekas PM selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir menyatakan jika diusulkan beliau mungkin terpaksa menerima semula jawatan itu.

Apa lagi yang boleh disumbangkan Tun sebagai PM atau adakah kita akan dipaksa kembali ke zaman 1981 ketika beliau PM dulu untuk dipaksa mengulangi "kehebatan" beliau yang lampau.

Apa istimewa sangat Tun ini sehingga kita perlu beri peluang semula padanya?

Seingat saya dizaman beliau:

* kita diasak dengan projek-projek mega dan mewah sehingga negara menanggung hutang besar tetapi kehidupan rakyat tidak banyak berubah

* ada mendakwa kita punya PM 10 persen ketika itu yang didakwa mengamalkan "korupsi, kronisma dan nepotisma" KKN

* Raja-raja Melayu ditekan dan dicabut satu persatu kuasanya

* negara menanggung kerugian berbilion angkara transaksi matawang asing yang kini sedang disiasat

* Rasulullah s.a.w dihina dan Islam diperleceh angkara pegangan dan sikap ultra liberal sekularnya

* I.S.A iaitu undang-undang lapuk lagi zalim menahan tanpa bicara para pengkritiknya diperguna seluas-luasnya

* bekas Ketua Hakim Negara dan 5 orang Hakim kanan lain dipecat lantaran bangkit bersuara menegurnya

* kebebasan bersuara dikekang seketat-ketatnya sehingga akhbar dan semua saluran media dikawal

* Peristiwa Memali dimana 14 orang ditembak mati kononnya atas alasan keselamatan negara

* Rakyat yang memilih PAS di Kelantan dan kemudiannya Trengganu dianak-tiri sehingga segala peruntukkan kewangan disekat dan hak royalti minyak rakyat Trengganu dinafikan

* mengancam Negeri Kelantan apabila mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah yalng diluluskan secara demokratik di Dewan Negeri

* memecat TPM Dato Seri Anwar dari jawatannya, memfitnah beliau kononnya meliwat, membelasah beliau semasa dalam tahanan

Mahukah kita memberi lesen percuma kepada beliau untuk kembali sebagai PM?

Kalau mereka dari DAP, PKR dan Pan bersedia dan sanggup, maaf kami yang lain langsung tak berselera.

Kalau dalam akhbar The Star pagi ini Tun berkata:

" I may be forced to consider"
( Saya terpaksa untuk menimbangkannya)

Saya yakinn suara ramai akan berkata:

"We may be forced to block you (and your party)"

Cukuplah 22 tahun menderita.

No comments: