Campuratangan asing diketuai Soros didedah

Monday, October 31, 2016

Sebentar tadi di Dewan Rakyat ahli Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng (BN) telah memetik satu laporan dari portal berita Malaymail Online berkenaan George Soros, seorang yang pernah dicap oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “penyagak mata wang” yang telah menyerang mata wang dunia termasuk Ringgit Malaysia ketika beliau PM dulu.

Menurut Malaymail Online, DC Leaks (yang menjadi popular apabila terlibat dalam menggodam dan mendedahkan email calon Presiden dari parti Demokrat Hillary Clinton) telah mendedahkan minit mesyuarat antara OPEN SOCIETIES FOUNDATION (OSF) dan kumpulan atau NGO tempatan tertentu.

OSF ini diasaskan oleh George Soros yang matlamat utamanyanya adalah menyalurkan bantuan dan dana kepada kumpulan dan NGO yang bernaung di bawahnya bagi maksud mempengaruhi politik tempatan satu-satu buah negara.

Menurut DC Leaks, di dalam minit mesyuarat berkenaan, dinyatakan antara lain:

1. Usaha untuk memobilisasi rakyat menjelang Pilihanraya Umum Malaysia yang dijangka pada tahun 2018

2. Pilihanraya Umum 2013 lalu dilihat penting buat Soros dan beliau telah memberikan perhatian peribadi mengenainya. Beliau mahu pengajaran dari PRU 2013 itu nanti digunakan pada PRU 2018.

3. Rakyat Muslim di Malaysia perlu lebih digembeling dan dilibatkan dalam usaha mobilisasi ini kerana penyertaan mereka masih ditahap rendah

4. Perhatian juga perlu diberikan untuk penyertaan lebih dari kalangan kumpulan minoriti, wanita, orang Asli dan belia-belia di luar bandar.

Mesyuarat antara OSF dan wakil-wakil tempatan itu dikatakan telah diadakan pada 22 Jun 2015 lalu.

Menurut laporan lain antara mereka yang terlibat dan turut serta dalam mesyuarat itu adalah Presiden OSF Christopher Stone, Timbalan Pengerusi wakilnya di Malaysia Mary Agnes James dan Pengarah Eksekutif Merdeka Centre Ibrahim Suffian.

Selain Merdeka Centre, portal Malaysiakini dan sayap videonya KiniTV turut dikaitkan menerima dana dari OSF ini.

Apa yang didedahkan ini sungguh membimbangkan kiranya ia terbukti benar.

Jika benar ini bermakna sejak PRU 2013 lagi telah ada usaha pihak asing khususnya dalam kes ini yang melibatkan George Soros (seorang yang pernah terlibat dalam mensabotaj ekonomi negara kita – sebagaimana didakwa Tun Dr Mahathir ketika beliau PM dulu), yang telah camputangan dalam politk Malaysia sehingga mempengaruhi pilihanraya berkenaan. Dan minit yang didedahkan itu menyatakan bahawa Soros terus mahu mempengaruhi PRU berikutnya.

Sementara itu, berikutan pendedahan ini juga, akhbar NST telah mengaitkan gerakan BERSIH dengan badan asing yang diketuai Soros ini.

Malah menurut NST penggerak BERSIH Maria Chin Abdullah mengakui menerima dana dari OSF dan sebuah lagi badan asing iaitu National Democratic Institute sejak 2010 dan 2011 lagi.

Pendedahan ini perlu disiasat dan dibuktikan.

Kerana jika benar, ternyata terdapat pihak dan agen asing yang mahu campurtangan, terlibat dan mempengaruhi politik dan pilihanraya dalam negara kita.

Jika benar, walau siapa pun terlibat, ia ternyata suatu pendurhakaan terhadap kedaulatan dan kemerdekaan negara kita yang tercinta.

Semoga pihak yang bertanggungjawab segera menyiasat perkara ini, sebagaimana kita tidak mahu elemen pengganas seumpama ISIS wujud dalam negara kita, kita juga tidak mahu talibarut asing menjadi perkakas terlibat dalam hal ehwal negara kita.

Kekal Malaysia berdaulat dan merdeka!





Lantang DAP menentang RUU 355

Saturday, October 29, 2016



Semasa ahli Parlimen Marang Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang membahaskan Bajet 2017 Rabu lepas di Dewan Rakyat, ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chien Jen  telah bangkit memohon penjelasan dengan berkata antara lain:

“ Saya  ingin bertanya  Yang  Berhormat  Marang,  atas  usul  pindaan  persendirian  rang  undang-undang Akta 355 iaitu usul hudud. Kenapakah Yang Berhormat Marang merelakan diri dan parti PAS diperalatkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan Perdana Menteri dalam hal  ini?  Adakah  Yang  Berhormat  Marang  sedar  bahawa  tindakan  Yang  Berhormat telah memecahkan perpaduan pembangkang dan juga memusnahkan harapan rakyat yang hendak menyelamatkan negara ini daripada genggaman UMNO dan ia juga telah menggugat   asas   pembentukan   Malaysia   yang   termaktub   dalam   Perlembagaan Persekutuan?”

Tiga perkara dapat dikesan dari persoalan Chong yang penuh muslihatdan niat jahat itu iaitu:

1) Marang kononnya telah diperalatkan oleh Pekan (Perdana Menteri) kerana membawa RUU355 ini

2) Tindakan Marang telah memecahkan perpaduan pembangkang dan memusnahkan harapan rakyat yang mahu menyelamatkan negara ini dari tangan Umno

3) Kononnya RUU355 ini menggugat asas pembentukan Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya percaya Chong bangkit bukan atas dorongan peribadinya semata-mata tetapi munculnya beliau itu mewakili suara DAP. Begitulah DAP hari ini.

Tindakan Chong itu sesungguhnya menggambarkan sikap DAP sebenarnya dan ternyata DAP bersungguh mahu memusuhi PAS semata-mata kerana PAS memperjuangkan Islam.

Bagi DAP segala usaha membawa atau memperkenalkan Islam walaupun untuk sekadar amalan sesama umat Islam adalah sesuatu yang menggugat dan mengancam mereka. Mereka kelihataan tidak senang jika ada sebarang usaha untuk memartabatkan Islam di dalam masyarakat.

Berbalik kepada apa yang dibangkitkan oleh Chong di Parlimen.

Pertama, benarkah ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS telah diperalatkan oleh ahli Parlimen Pekan yang juga Perdana Menteri dan Presiden Umno kerana membawa RUU355 ini?

Ternyata Chong tidak peka dan prihatin akan perjuangan Islam dan matlamat perjuangan PAS atau senagaja memilih bersikap demikian.

RUU355 ini sebahagian dari tuntutan perjuangan PAS iaitu untuk memartabatkan Islam dalam negara. Kebetulan RUU355 ini diberi laluan dan sokongan oleh kerajaan yang dipimpin ahli Parlimen Pekan, adakah itu bermakna Marang dan PAS diperalatkan?

Asas atau semangat RUU355 itu bukan ciptaan atau bikinan PAS tetapi ia merupakan satu terbitan usaha untuk memperkasakan Islam agar amalannya bergerak ke arah menepati tututan syariat Islam. Semangat ini wajar disokong dan disanjung oleh setiap individu Muslim. Tidak hairan jika Umno yang merupakan teras dan tulang-belakang kerajaan menyokongnya kerana kehalian mereka Muslim belaka, malah begitu juga sepatutnya bagi setiap Muslim yang lain dalam negara lebih-lebih lagi dari kalangan ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam termasuk dua dari DAP.

PAS tidak perlu diperalatkan oleh sesiapa untuk membawa Islam kerana Islam adalah prinsip perjuangannya. Yang jelas sebelum ini DAP lah yang telah cuba memperalatkan PAS agar memberi tafsiran baru terhadap Islam agar menepati kehendak dan nafsu politik mereka, mujurlah PAS tidak pernah tunduk dalam bab prinsip dan dasar. Yang termakan dengan gula-gula politik DAP dalam PAS hari ini telahpun angkat kaki keluar dan bernaung di bawah DAP dalam parti baru yang kononnya mahu menggantikan PAS.

Kedua, Chong mendakwa tindakan Marang telah memecahkan perpaduan pembangkang dan memusnahkan harapan rakyat yang mahu menyelamatkan negara ini dari tangan Umno.

Apa yang Chong tidak sedar atau tahu bahawa usia PAS lebih tua dari beliau yang setahun jagung dalam politik itu. PAS sudah hampir 65 tahun bergiat dan berkecimpung dalam politik tanahair, meresai pahit-getir dan susah payah dalam membawa perjuangannya. PAS berjuang disaf pembangkang sejak sebelum Chong ada di dunia lagi. PAS pernah berjuang berkerjasama dengan rakan-rakan pembangkang dan pernah berjuang bersendirian tanpa bantuan sesiapa.

Perpaduan pembangkang mestilah bermula dengan sikap hormat-menghormati antara satu parti dengan yang lain. Apabila ada satu pihak mahu bersikap dominan dari yang lain, mahu memaksa parti lain mengendur dan menggugurkan prinsip perjuangannya, tatkala itu perpaduan sudah menjadi satu ancaman.

Dalam kes perpaduan pembangkang sebelum ini, DAP lah yang telah memilih untuk menguasai dan mengawal PAS. Sikap tidak toleran dan keras kepala DAP lah yang telah memecahkan perpaduan PAS sehingga berkuburnya Pakatan Rakyat, adakah Chong sudah terlupa?

PAS istiqamah mahu menyelamatkan rakyat dan negara, tetapi tidak sekali-kali dengan berkompromi atau menggadaikan prinsip dan dasar perjuangannya

Ketiga, kononnya RUU355 ini menggugat asas pembentukan Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Chong perlu sedar bahawa di Sabah dan Sarawak juga punya penduduk Muslim yang tertakluk pada peraturan dan undang-undang syarak di negeri masing-masing.

Di Sabah terdapat lebih 60% penduduk Islam manakala di Sarawak ada lebih 23%.

RUU355 ini adalah berkaitan pentadbiran dan pengurusan mahkamah syariah yang masing-masing terdapat juga di Sabah dan Sarawak.

Malah undang-undang dan perturan Islam di Malaysia yang terkena pakai hanya ke atas rakyat Malaysia yang beragama Islam, adalah juga termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia tidak pernah menganggu dan mengancam pembentukan Malaysia kerana peruntukkannya tidak terpaka kepada agama dan kepercayaan lain di Sabah dan Sarawak melainkan rakyat yang beragama Isla,

Chong sesungguhnya cuba menimbulkan kekeliruan, cuba menghodohkan RUU355 seolah-olah ia suatu pemusnah kepada perpaduan negara.

Sikap Chong ini sangat dikesali kerana ia langsung tidak menghormati hak umat Islam, warganegara Malaysia untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka.

Jika DAP berterus-terusan berpegang kepada sikap seperti yang digambarkan Chong ini, tidak mustahil DAP akan ditolak oleh rakyat yang beragam Islama, malah saya percaya kaum Cina dan India pun sudah mula tidak selesa apabila ada pihak yang mengadu-domba antara kaum-kaum dan penganut dalam negara kita sebagaimana dilakukan DAP.

RUU355 akan terus diusahakan oleh PAS didukung oleh 1 juta keahliannya dan berjuta lagi umat Islam di Malaysia yang tidak berparti. PAS tidak bermaksud mahu mencetuskan huru-hara atau ketegangan dengan membawa RUU ini tetapi sekadar memperkasakan Islam.

Moga Allah swt membantu kita semua.

roslansms@gmail.com
 

Teresa Kok dan DAP terus menyerang RUU 355

Thursday, October 20, 2016

Dalam Pemberitahuaan pertanyaan, Mesyuarat ketiga, penggal keempat Parlimen ke 13 (2016) Dewan Rakyat”, bertarikh 20 Oktober 2016, di bawah nombor soalan ke 43, pertanyaan lisan dicatatkan soalan lisan dari ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok yang ditujukan kepada Perdana Menteri.

Teresa minta PM menyatakan:

“…. samada kabinet pernah mengadakan perbincangan yang menyeluruh tentang RUU Pindaan Akta 355 oleh YB Marang sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat dalam sidang yang lepas. Apakah kerajaan akan mempertimbangklan reaksi yang kuat daripada anggota kabinet dan juga masyarakat yang membantah pindaan Akta 355.”

Ternyata DAP masih tegar mahu menentang dan menggagalkan RUU 355 ini.

Menyedari terdapat tentangan dari segelintir anggota kabinet khasnya dari parti komponan BN selain Umno, Teresa cuba menyalakan api kemarahan dan kebencian agar RUU 355 terus gagal.

Penentangan segelintir anggota kabinet itu mahu beliau gunakan sebagai senjata mematikan RUU 355. Selain itu beliau turut membayangkan kononnya terdapat bantahan besar-besaran rakyat terhadap RUU 355 ini.

Terganggukah kehidupan Teresa dan rakan-rakannya dari DAP kiranya RUU 355 ini diluluskan?

Pada dasarnya RUU 355 ini merupakan usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah, Mahkamah syariah hanya membicarakan kes dan masalah yang berkitan penganut Islam sahaja.

Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu, mengapa DAP masih menentang?

Ini urusan masyarakat majoriti yang beragama Isla. Mereka mahu memperkasakan mahkamah syariah yang bertanggungjawab ke atas mereka agar menepati syarak. 

Mengapa perlu dibakar api kekeliruan dan kebencian?

Saya yakin umat Islam boleh memahami jika masyarakat bukan Islam termasuklah Teresa dan DAP tidak dapat menerima hukum dan peraturan Islam , itu hak mereka.

Tidak dapat menerima itu satu hal, tetapi jangan sampai menentang dan membakar api kebencian. Tindakan sebegitu memberi maksud Teresa dan Dap samada disedari atau tidak sesungguhnya menyerang dan membenci Islam.

Dalam keghairahan penentangannya terhadap RUU 355 dan Islam ini, Teresa turut menjolok kononnya terdapat bantahan besar-besaran terhadap RUU 355 ini. Kalau di sana ada bantahan kita boleh akur, tetapi tidak pula Teresa dan DAP sedar bahawa selain bnatahan dari golongan minoriti bukan Islam itu, majoriti umat Islam sesungguhnya menyokong RUU 355 ini. Bukankah demokrasi meraikan suara majoriti?

Ternyata samada disedari atau tidak, DAP berusaha menghalang umat Islam dari mengamalkan agama mereka, suatu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Haruskah kita terus memberi undi pada penentang Islam seumpama mereka selepas ini?