Sunday, November 06, 2016

Perwakilan DAP umpamakan Dr Mahahtir bagai "ular"

Tun Dr Mahathir wajar berwaspada.

Dalam Konvensyen DAP Pulau Pinang siang tadi seorang perwakilan Shamsher Singh Thind, telah mengumpamakan bekas Perdana Menteri itu sebagai seekor “ular” dan “bapak ayam” (pimp).

Beliau berhujah: “Seorang budah terjumpa seekor ular yang tercedera lalu mengutipnya dan membawa pulang ke rumah untuk merawat ular tadi. Setelah pulih ular berkenaan telah mematuk budak berkenaan. Pada nafasnya yang terakhir (akibat dipatukmular itu) budak tadi bertanya pada si ular, mengapa kamu mematuk aku. Jawab ular tadi kerana aku seekor ular. Memang kerja ular mematuk manusia jawab ular itu”.

Tambah Shamsher kenyataan paling bodoh yang pernah beliau dengar mengenai Tun adalah apabila ada yang  berkata kononnya “musuh kepada musuh saya adalah kawan saya”

Tegas Shamsher Mahathir bukannya musuh kepada musuh saya beliau adalah musuh saya.

Shamsher mempertikaikan mengapa hari ini Mahathir datang ke DAP dan Bersih. Jawapnya kerana beliau takut, kerana jika pembangkang menang dalam PRU, kita akan mendedahkan segala-galanya.

Shamsher menambah: “Ianya bagai seorang bapak ayam yang mahu menyelamatkan pelacur, sedang dialah yang menyebakkan si pelacur tadi menjadi pelacur.”

Walaupun Shamsher kemudiannya ditegur SU Agung DAP, Lim Guan Eng, tetapi isunya terserlah bahawa di sana ada sentimen walau di dalam DAP yang mempertikaikan kehadiran Tun Dr Mahathir dalam blok pembangkang.

Mungkin ada puluhan lagi Shamsher Singh Thind dalam DAP, mungkin?

No comments: