Sunday, April 03, 2016

Percayakah mereka pada "Deklarasi Rakyat"?

Tun Dr Mahahtir kita tahu mahu menjatuhkan Najib apa cara sekalipun. Kalau boleh sebelum pilihanraya lagi, biar Najib digulingkan melalui kebangkitan rakyat.

Tetapi apakah halnya pula dengan blok pembangkang yang menyokong dan kini menjulang Tun? Apakah yang mereka harapkan dari Tun? Lim Kit Siang dan Mat Sabu contohnya kita tahu dahulunya menyerang, mengkiritik dan memaki Tun semasa beliau PM, kini boleh berpelukan dan bermesra dengan “orang tua “ politik ini, apakah muslihatnya?

Menurut penganalisa kanan akhbar The Star, Joceline Tan:

But generally very few people think the Citizens Declaration will unseat Najib

(Pada umunya hanya segelintir rakyat yang merasakan bahawa Deklarasi Rakyat itu mampu “mengguling” kan Najib)

The opposition leaders are aware of that but they are on board because they believe Dr Mahahtir, Tan Sri Muhyuddin Yassin and Datruk Seri Mukhriz Mahathir can help swing Malays votes to Pakatan Harapan

(Para pemimpin pembangkang sedar perkara ini namun mereka merelakannya kerana percaya bahawa Dr Mahahtir, Tan Sri Muhyuddin dan Mukhriz akan dapat meraih sokongan pengundi Melayu buat Pakatan Harapan)

Rupanya itulah gunanaya Tun buat Kit Siang, Mat Sabu dan Rafizi iaitu membawa undi Melayu buat blok mereka.

Ternyata ketiadaan PAS bakal menghilangkan sokongan pengundi Melayu dari tangan mereka dan ternyata juga Pan yang baru dan mentah itu tidak mampu menggantikan PAS dari segi sokongan. Oleh itu mereka tiada pilihan selain menyokong dan menjulang Tun dan konco-konconya.

Mereka sedar agenda Tun tidak akan ke mana. Kerana itu walaupun Tun bertegas bahawa Najib akan digulingkan tetapi Umno akan kekal berkuasa, mereka berpura-pura sokong kerana bagi mereka yang penting dengan menyokong Tun orang-orang Melayu akan buta-buta sokong mereka.

Barangkali itulah yang bermain di kepala mereka. Kita tunggang Tun untuk dapat undi Melayu. Yang dibimbangi mereka tidak sedar bahawa mereka juga sedang ditunggang Tun untuk tujuan yang hanya Tun ketahui.

Maka tunggang menungganglah masing-masing, tidur atas bantal serupa rupanya mimpi lain-lain dan masing-masing sebenarnya bersedia untuk menerkam satu sama lain bila tiba peluangnya.

Selamat bermimpi.

No comments: