Monday, March 07, 2016

Bila yang menuduh bangang itulah sebenarnya si bangang

Ada seorang ahli Parlimen yang menang atas tiket PAS tetapi kebelakangan ini bagaikan “lone ranger” ikut haluannya sendiri, dengan sombong melabel Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai bangang.

Bagi beliau kenyataan Khairy yang menyatakan pertukaran PM perlulah ikut saluran pilihanraya sebagai tidak tepat.

Kata beliau yang tidak memiliki ijazah dari mana-mana IPT itu, pertukaran PM tidak perlu tunggu pilihanraya. Cukup dalam mana-mana tiga keadaan iaitu samada PM tadi letak jawatan, hilang sokongan majoriti ahli parlimen atau meninggal dunia.
Memang dalam hal itu beliau benar.

Namun saya bukannya mahu menyokong Khairy akan tetapi dalam kemelut deklarasi Dr Mahahtir dan kumpulannya supaya Najib letak jawatan sebagai PM kita kena cerdik dan memahami situasi, berpijak pada bumi yang nyata bukannya melonjak di awang-awangan.
 
Realitinya hari ini BN punya majoriti di Dewan Rakyat, selagi begitu, tuntutlah dengan berjuta tandatangan sekalipun, pertukaran PM tidak boleh berlaku. Barangkali itulah maksud Khairy, dengan situasi yang ada, ikutlah saluran pilihanraya.

PAS sendiri menyedari realiti itu kerana itu PAS lebih selesa menunggu sehingga pilihanraya dipanggil dari “membangangkan” diri seumpama ahli parlimen tadi.

Kadangkala kita tampak orang lain bangang, rupa-rupanya kita tidak sedar yang bangang tu kita bukan orang lain.

Si ahli parlimen tadi ghairah bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir mahu jatuhkan Najib sebagai PM. Ada ura-ura berkata jika Najib jatuh PM baru boleh jadi Tun sendiri, atau Azmin, mungkin juga Muhyuddin. Pasti jika begitu si ahli Parlimen yang nampak orang lain “bangang” tu boleh lah melobi untuk dilantik ke kabinet, menjadi menteri.

Walaubagaimanapun diketika beliau melabel orang lain “bangang”, bekas MB Kedah Mukhriz Mahathir pula menyatakan bahawa:

"Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai PM sebelum PRU14,"

Mukhriz membayangkan kehendak ayahnya yang disokong “membangang buta” oleh ahli parlimen tadi.

Dan lebih tepat lagi Malaysiakini melaporkan:

Mukhriz mengulangi bahawa deklarasi itu tidak akan membawa kepada kejatuhan BN dan pembangkang faham dan menerima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU.

Jika begitu siapa yang sebenarnya “bangang”?

No comments: