Tuesday, February 02, 2016

Jangan diputuskan hubungan PAS dan PKR



“Cracks between PAS and PKR in Kelantan” demikianlah tajuk kolum Sulaiman Jaafar di dalam akhbar NST hari ini.


Ternyata pimpinan PAS dan PKR Kelantan (sebelumnya PKN) mempunyai hubungan yang baik sejak parti berkenaan ditubuhkan dan diperkenalkan di negeri berkenaan sejak pasca reformasi 1998 lagi. Dalam PRU lalu PAS memberi laluan buat PKR bertanding beberapa kerusi Parlimen dan DUN. PKR bertanding di dua parlimen iaitu Tanah Merah dan Machang serta 3 DUN iaitu Guchil, Pengkalan Kubor dan Paloh. PKR Cuma menang satu iaitu DUN Guchil.

Namun ini tidak bermakna PKR disishkan sebagaimana PAS di Pulau Pinang dahulu yang punya 1 kerusi juga.

PKR diberi layanan sebagaimana layaknya seorang rakan tahaluff siyasi dan duduk dalam jentera kerajaan dipelbagai peringkat.

Keretakkan jika ada pun ianya sekadar kelihatan apabila parti pengkhianat PAS mula diberi nyawa dan cuba meletakkan asasnya di negeri ini.

Inilah kerumitan PKR sebenarnya bukan hanya di Kelantan malah di negeri-negeri lain termasuklah di Selangor. Di telan mati mati emak diluah mati bapa.

Kerumitan di Kelantan bermula apabila Pan terkial-kial mahu mencari kekuatan. Pimpinan PKR tertentu dari KL yang memang diketahui lembik tengkuk dengan Pan ini kerana kawan-kawan rapat mereka di sana turun membantu dengan memenuhi program-program Pan yang hidup segan mati tak mahu itu.

Maka timbullah kesulitan buat PAS Negeri.

Bukannya PAS Kelantan takut sangat pada Pan yang diyakini akan berkubur tanpa tanda selepas PRU nanti, tetapi kehadiran pimpinan tertentu PKR dari KL menimbulkan keraguan dan malah kemarahan ahli-ahli dan jentera akar umbi PAS di Kelantan. Berdiri sepentas dengan mereka yang menyerang dan mengkritik parti tunggak dalam kerajaan negeri adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Biarlah Pan mencuba nasib mereka, berlukut di tepi gantang tanpa dibantu sedemikian rupa.

Bagi sesetengah pimpinan PKR mungkin kehadiran mereka sekadar membantu rakan kerana Pan merupakan anggota komponan PH. Akan tetapi bagi rakyat Kelantan ianya tidak dapat diterima, kerana tindakan sedemikian memperlihatkan seolah PKR pula mengkhianati PAS.

Pan telah pun isytiharkan mahu menumbangkan PAS di Kelantan walau dengan kekuatan yang entah datang dari langit mana, jadi hadir bersama dalam majlis Pan di Kelantan bermakna mahu tumpang menumbangkan kerajaan yang Membangun Bersama Islam ini.

PKR kena semak semula perkara ini.

Tulis Sulaiman:

“Kelantan PAS officials said PKR was part of the state government, and so, its leaders should not sit down with Pan (diubah oleh penulis) speakers when the state government has been whacked by the PAS splinter party in the ceramah.

They said supporters of both parties would get a negative picture and at the ame time PAS members would loose faith in the state PKR leaders for organaising the ceramah”

Di Selangor mungkin berbeza kerana Pan pandai sekadar menyerang PAS dan bukan kerajaan negeri, tetapi di Kelantan ianya suatu ancaman dan tidak boleh dibiar atau didiamkan.

Semoga pimpinan kanan PKR khasnya Datuk Seri Anwar, dirujuk dan memberi panduan dalam hal ini, agar melalui kebijaksanaan dan pandangan jauh Datin Seri Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Azmin Ali, hubungan PAS dan PKR dapat kekal dan bersama kita menghadapi BN sepasukan dan sekata di seluruh negara.


No comments: