Tuesday, December 15, 2015

"You are wrong Mr Kuppusamy"



Seorang wartawan apalagi penganalisa yang profesional memerlukan sumber dan fakta yang berasas sebelum ia mampu menghasilkan sesuatu laporan yang baik dan bermutu.

Tidak dinafikan beberapa wartawan dan penganalisa yang terlibat dalam media di Malaysia memang memiliki kualiti taraf profesional. Namun demikian ramai juga yang masih amatur dan terkadang sekadar menjual gelaran penganalisa sedangkan yang dihasilkan entah dipungut dari mana sumber dan faktanya.

Saya tertarik apabila di “forward” kan oleh seorang rakan sepotong keratan akhbar bertajuk “PAS divided on Najib’s offer for cooperation” ataupun “PAS berbelah bahagi terhadap tawaran kerjasama Najib”.

Ianya dilaporkan oleh seorang wartawan kanan iaitu Baradan Kuppusamy dari The Sun.

Menurut Baradan pimpinan PAS Pusat berbelah bahagi dalam rekasi mereka terhadap tawaran berkerjasama yang dibuat oleh Presiden Umno Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 baru-baru ini.

Satu pihak kata beliau diketuai Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang menyambut baik kerjasama itu manakala satu pihak lain menolaknya.

Beliau senaraikkan antara pimpinan yang menurutnya menolak kerjasama dengan Umno itu adalah Timbalan Presiden PAS sendiri Dato Tuan Ibrahim, Naib Presiden Dato Iskandar Abd Samad dan ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Beliau kemudian memetika pensyarah sains politik USM Dr Sivamurugan Pandyan yang mengesahkan bahawa kelompok Ulamak yang dikuasai Tuan Guru cenderong pada tawaran Najib itu.

Demikianlah mutu laporan dan analisa Baradan.

Bagi saya pertama beliau silap apabila meletakkan Mahfuz Omar dalam senarai pimpinan Pusat. Mungkin senarai pimpinan PAS tidak di “update” dalam bank maklumat Baradan.
Mahfuz boleh kata apa sahaja, tetapi beliau tidak mewakili suara PAS Pusat, oleh itu kalau sekadar mahu melaga-lagakan PAS memang  kenyataan Mahfuz bukan sahaja dalam hal ini tetapi banyak lagi yang lain memang sering kelihatan menongkah arus dan boleh digunakans esiapa sahaja yang punya agenda tersembunyi.

Bagaimana pula kenyataan Dato Tuan Ibrahim dan Dato Iskandar?

Sesungguhnya untuk memahami isu ini, kenyataan rasmi Presiden PAS yang menjawab tawaran Najib itu perlu dipertontonkan terlebih dahulu.

Tidak ada mana baris atau isinya yang menyatakan bahawa Tuan Guru menerima tawaran itu dan memutuskan untuk berkerjasama dengan Najib dan Umno.

Yang mungkin kelihatan ke arah itu adalah perenggan 3 kenyataan Tuan Guru yang menyebut:

“Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah swt dengan mana-mana pihak samada Islam atau kalangan bukan Islam”

Tetapi itu pun sebenarnya bagi mereka yang bijak adalah kenyataan umum tidak merujuk kepada mana-mana tawaran spesifik tetapi menghuraikan isu prinsip.

Bagaimana Baradan boleh membuat kesimpulan bahawa Tuan Guru seakan menerima tawaran Najib itu? Beliau menulis:

“One PAS faction wants cooperation with Umno with possible political understanding later…..”

(Satu kelompok dalam PAS (merujuk kepada Tuan Guru) mahukan kerjasama dengan Umno dengan kemungkinan hubungan politik kemudiannya….)

Sesungguhnya kenyataan Tuan Guru sangat jelas meletakkan sikap dan kedudukan PAS dalam isu ini. Bagaikan pintu tertutup tetapi tingkap terbuka. Dan penegasan paling kuat adalah pada perenggan terakhir apabila Tuan Guru menyatakan bahawa rakan Tahaluf Siyasi PAS adalah PKR dan PAS komited dengan kerjasama ini.

Adapun kenyataan Dato Tuan Ibrahim dan Dato Iskandar sekadar mendedahkan sikap dan perangai Umno terhadap PAS selama ini. Mereka tidak pula menolak apalagi menentang kenyataan 6 perkara yang dikeluarkan oleh Presiden mereka kerana PAS Pusat hari ini sungguh erat bersatu tidak seperti satu ketika dahulu apabila ada sahaja puak yang mendahului kenyataan Presiden dan malah menentangnya pula apabila kenyataan resmi sudah dikeluarkan.

Puak itu tiada lagi dalam kepimpinan PAS hari ini.

Kesimpulannya Baradan barangkali tiada lagi sumber dalam PAS setelah puak yang dimaksudkan telah hanyut keluar. Kerana itu beliau perlu kutip kenyataan sana-sini dan terpaksa meminjam pandangan orang luar untuk menggambarkan suasana dalam PAS.

PAS is clear in its stand. We are united and never divided in this issue. Umno will have to prove to us all that they are indeed inclined towards Islam in its true spirit and meaning. Meanwhile politically we are strongly with PKR.

PAS nyata dalam pendiriannya. Kami teguh bersatu dan tidak pernah berpecah dalam isu ini. Umno perlu membuktikan kepada semua bahawa mereka bersungguh mahukan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Sementara itu hubungan politik kami terus kekal erat bersama PKR.



No comments: