Tuesday, December 01, 2015

Jangan sombong jangan angkuh kata Azmin

Menurut akhbar Harian Metro Timbalan Presiden PKR semasa menggulung perbahasan dalam Kongres PKR Ahad lalu di Shah Alam menegaskan bahawa perbezaan pandangan sesama rakan dalam blok pembangkang khasnya antara Pakatan Harapan dan PAS merupakan sebahagian dari amalan demokrasi yang memerlukan kepada tolak ansur dan pertimbangan.

Metro memetik Azmin sebagai berkata:

“Memang benar kita ada pandangan berbeza tetapi ini demokrasi, ada tolak ansur, ada pertimbangan, jangan sombong, jangan angkuh. Kita kena menghormati rakan dalam pembangkang.”

Menurut Metro Azmin menjuruskan tegurannnya itu pada rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan khasnya DAP dan PAN.

Kesedaran kepada perlunya BN ditumbangkan saya percaya telah mendorong Azmin terbit dengan teguran sedemikian. Azmin sedar bahawa gergasi BN hanya boleh ditumbangkan apabila seluruh blok pembangkang bersatu dan menentang calon-calon BN satu lawan satu disetiap kerusi yang dipertandingkan.

Berdasarkan pengalamannya yang luas itu beliau menyedari bahawa PKR yang punya hubungan baik dengan kedua-dua PH dan PAS memikul amanah memastikan realiti satu lawan satu ini berlaku pada PRU akan datang dengan sasaran BN ditumbangkan. Ia bukan suatu tugas yang mudah tetapi ia wajar dilakukaan jika mahu melihat cita-cita besar tadi tercapai.

Atas kesedaran itulah maka semua pihak tidak boleh berlagak sombong dan angkuh.
Hari in ini kita lihat serangan politik yang sepatutnya dilancarkan terhadap BN yang tempang dan pincang itu sebaliknya bertukar menjadi serangan bertubi-tubi terhadap PAS pula.

DAP dan PAN bersatu dalam melancarkan serangan berkenaan masing-masing dengan agenda mahu menyisihkan terus PAS dari blok pembangkang.

Azmin telah menyatakan pendirannya yang telah diterima baik oleh seluruh perwakilan PKR. Kita harapkan penegasan Azmin itu nanti akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
PAS sudah sedia bersama membantu PKR menghadapi BN dalam PRU ini. 

Diharapkan DAP dan anak didiknya PAN akan segera menangkap dan tahu akan cara-cara menghormati kawan. PAS hanya punya hubungan dengan PKR, tetapi kiranya DAP dan PAN bernafsu mahu masuk ke dalam wilayah PAS, maka PAS bila-bila masa bersedia menghadapi mereka. Ketika itu tiada beza antara BN Umno, DAP atau PAN.


No comments: