Tuesday, November 10, 2015

Husam ambil duit taukeh judi kata Raja Petra

Dalam sibuk kita memperkatakan darihal pelbagai tuduhan, tohmahan dan fitnah yang ADUN Salor, Datuk Husam Musa lemparkan terhadap PAS termasuk Presiden dan kerajaan negeri Kelantan, tiba-tiba perhatian saya di bawa ke satu posting yang dimuat naik oleh Raja Petra Kamaruddin di dalam portal beritanya Malaysia Today.
Di dalam posting tersebut Raja Petra mendakwa:
On another matter, Husam Musa has made all sorts of allegations against the PAS President, Abdul Hadi Awang. Can Husam prove that all these allegations are true or does he expect Hadi to prove that the allegations are false?
If that is how Husam wants to play the game then we can also allege that a Chinese gambling towkay is financing his political activities. He also doctored the Minutes of the Kelantan EXCO meeting that rejected the granting of a timber concession to the two DAP cousins from Perak. Furthermore, Husam was involved in negotiating with Tengku Razaleigh Hamzah for him to take over as Prime Minister.

(Dalam hal yang lain, Husam Musa telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Bolehkah Husam membuktikan kebenaran kesemua pertuduhannya itu atau adakah beliau mengharapkan Hadi pula (yang terpaksa) membuktikan samada (pertuduhan Husam itu) benar atau tidak?

Sekiranya begitulah caranya Husam memetik permainannya, maka kita juga boleh menuduh bahawa seorang taukeh judi berbangsa Cina merupakan (individu) yang menanggung segala perbelanjaan politiknya. Beliau (Husam) juga telah menggodam minit mesyuarat EXCO Kelantan yang menolak penganugerahan konsesi balak kepada dua (pimpinan) DAP bersaudara dari Perak. Malah Husam terlibat dalam perundingan untuk melantik Tengku Razaleigh mengambil alih jawatan Perdana Menteri.)

Saya tidak percaya seorang bekas Naib Presiden PAS boleh membenarkan dirinya dibiayai oleh seorang taukeh judi, apatah lagi pula seorang seperti Husam yang baik akhlak dan budi pekertinya, anak didik Almarhum Tok Guru boleh terlibat dalam kerja-kerja menggodam minit mesyuarat EXCO.

Tetapi itu tuduhan Raja Petra, dan ia dimuat naik dalam portalnya sejak 6 November lalu. 

Anehnya Husam membisu seribu bahasa tidak memberi sebarang ulasan pun sehingga kini.

Raja Petra menyudahi posting beliau itu dengan menyebut:

Over to you, Husam, the ball is now in your court.

(Sekarang giliran anda Husam, bola di dalam gelanggang anda)

Raja Petra seakan mencabar Husam, dan Husam perlu memberikan penjelasan, ya atau tidak.
Dalam pertuduhan beliau terhadap Tuan Guru Presiden PAS dan kerajaan negeri Kelantan saya percaya kedua-dua pihak telah pun membuat penjelasan, barangkali tidaklah sampai ketahap memuaskan hati Husam yang sememangnya tidak pernah puas-puas itu.

Tetapi sekurang-kurangnya mereka telah memberikan respon.

Dalam kes pertuduhan Raja Petra ini bagaimana?

Takkanlah kerajaan Kelantan sejak Almarhum Tok Guru yang telah bersusah-payah mengharamkan aktiviti judi di negeri Serambi Mekah itu akan tetapi ADUN nya senang-senang menerima duit hasil judi untuk membiaya belanja dan aktiviti politiknya?

Jahatkah pertuduhan Raja Petra ini atau lebih jahatkah Husam?

Saya tidak tahu dan saya yakin ramai tidak tahu termasuk para pengundi di Salor. “The ball is now in your court” Datuk, mohon berikanlah kami penjelasan.

No comments: