Saturday, February 14, 2015

Kereta terbakar kepimpinan Presiden dipersoal (14/2/15)


Berita kereta Dr Hatta Ramli, yang sebelum ini dituduh terlibat dalam kes pengkhianatan terhadap Presiden PAS dan Majlis Syura PAS, dibakar orang yang tidak dikenali, telah tersebar di media perdana dan alternatif. Kejadian “jahat” itu sangat dikesali dan diharap pihak polis akan segera menyiasat dan memberkas mereka yang bertanggungjawab.
Dalam portal The Star Online, ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah diminta mengulas insiden tersebut dan beliau menafikan ada orang PAS yang terlibat dalam insiden berkenaan. Khalid sebaliknya menuduh musuh-musuh politik PAS yang terlibat, berkemungkinan mahu mengambil kesempatan terhadap perbalahan yang berlaku dalam PAS.

Namun resam Khalid ni beliau tidak akan berhenti setakat itu. Kalau itu sahaja komen beliau, bukan Khalid namanya.

Dalam laporan yang sama Khalid terus mengambil kesempatan dengan menyebut:
Even the demonstration last week was very silly.They are just trying to portray themselves as defending the leadership of the ulama and president, since it is election year (for the party),

(Malah demonstrasi minggu lepas (merujuk kepada demonstrasi diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan terhadap pengkhianat dalam parti) juga dianggap “bodoh” Mereka kononnya mahu mempertahankan kepimpinan ulamak dan Presiden, memandangkan ini adalah tahun pemilihan (dalam parti))
Dari isu kereta terbakar beliau terus memanjangkan lidahnya:

Khalid, who is Shah Alam MP, said the “ball is in the president’s court” and urged him to step in to handle the situation. 
“Since this group claims to be staunch supporters of Abdul Hadi, they may listen to him if he instructs them to stop.

“But this is not the president’s style, so we will have to wait and see. In a way, it is a challenge to his leadership as well,” added Khalid.
(“Bola” sekarang dalam “gelanggang presiden” dan menggesa beliau (Presiden) masuk campur untuk mengawal keadaan. Memandangkan kumpulan berkenaan (Ketua Pemuda Kuantan dan rakan-rakannya) adalah penyokong kuat Abdul Hadi, mereka mungkin ikut arahannya kiranya disuruh berhenti. Namun ini bukan “style” Presiden, jadi kita perlu tunggu dan lihat. Sebenarnya ini (insiden demo berkenaan) merupakan cabaran terhadap kepimpinan (beliau))

Demikianlah politik Khalid. Dan dari kenyataan beliau itu tampak jelas Khalid ini memang punya prejudis terhadap Presiden PAS kini.
Tidak hairan apabila diberi kesempatan bercakap dari inisden bakar kereta, Khalid boleh panjang-panjangkannya sehingga mengaitkan insiden lain dan terus kait pula dengan kepimpinan Presidennya sendiri.

Tetapi hairan kenapa Khalid mahu Presiden PAS arahkan isu demo ini dihentikan? Kenapa Khalid yang selalu dilihat ke hadapan dalam isu-isu keadilan dan hak bersuara, malah terlibat juga dalam banyak demo sejak usia muda lagi boleh dalam hal ini punya sikap yang berlainan?
Kenapa tidak Khalid arahkan Presiden segera tubuhkan jawatankuasa penyiasat, siasat dakwaan Ketua Pemuda PAS Kuantan itu. Jika benar ambil tindakan disiplin terhadap yang dituduhnya atau jika tidak benar bertindak terhadap Ketua Pemuda itu.

Mengapa hak Ketua Pemuda Kuantan untuk mengemukakan kesnya mahu dinafikan dan dihentikan begitu sahaja?
Atau mungkinkah kerana yang dituduh kawan-kawan belaka, maka lebih baik jangan dipanjang-panjang begitu?

Dalam insiden ini Presiden tidak langsung mengeluarkan sebarang kenyataan, tetapi Khalid dengan mudah menuduh mereka yang berdemo itu sebagai penyokong kuat Presiden, apakah beliau bukan penyokong kuat Presiden? Beliau sokong siapa?
Kenapa Khalid dari insiden bakar kereta boleh pula “twist” kenyataannya sampai membangkitkan “style” kepimpinan Presiden PAS pula? Apa kena mengena “style” Presiden dengan insiden bakar kereta ni?

Mungkinkah “style” beliau lebih hebat dari Presiden lantas cuba menyatakan sesuatu?
Kalau beginilah layanan dan sikap seorang pemimpin kanan PAS terhadap Presidennya sendiri, kemanakah PAS selepas ini?

PAS baru sahaja kehilangan seorang Tok Guru. Dalam PAS rata-rata cuma ada dua orang tokoh Tok Guru besar, seorang Tok Guru Nik Abd Aziz dan seorang Tok Guru Hj Abd Hadi Awang. Perginya Almarhum Tok Guru Nik Aziz diratapi  dan dirasai kehilangannya oleh kawan dan lawan, demikianlah tingginya martabat mereka yang ikhlas berjuang kerana Islam.
Saya yakin Tok Guru Hj Abd Hadi turut disegani dan dihormati sedemikian rupa oleh semua apalagi akar umbi, ahli-ahli dan pendukung PAS.

Meletakkan beliau sedemikian rupa, rasa saya sangatlah kurang manis, Sedih yang meletakkannya begitu rakan pemimpin dari parti yang sama.

 

 

2 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Berkenaan dengan Khalid Samad ni... saya perhatikan niat jahat terhadap ulama dan kepimpinan PAS Terengganu memang sudah bermula dari kegagalan PAS mempertahankan kemenangan pada 2004 lagi.
Orang PAS Terengganu (termasuk UMNO Trg) memang tahu punca kekalahan PAS akibat dari tektik kotor proses pengundiaan yang bermula dari hari-hari sebelum pengundian lagi. (dengan bantuan wang ehsan dsb).
Khalid JAHIL tentang ini, atau buat-buat BODOH.
Khalid Samad terus hentam PAS Terengganu dari hari itu hingga sekarang.
Bukan payah untuk memahami tektik Kalid Samad ini.
Artikel tuan adalah sangat berkaitan dengan strateji Khalid Samad ini.
PAS Terengganu tetap ingat tentang sikap BODOH SOMBONG Khalid Samad ini.

Kita mengharapkan Khalid Samad akan "terjun dengan labu-labunya".

Anonymous said...

Patutlah allah taala tak bagi pas menang besar...rupa2nya pas dicemari barua2...semoga allah membersihkan bahtera pas dari pasma2...ahli2 lahum dan ajk pusat pas (pkr) dan yg seangkatan dgnnya. Dan mudah2an mereka yg menanam barua2 ni...dihina allah atas dunia ni lagi