Nak laksana Islam pun diserang (31/10/14)

Friday, October 31, 2014


“Operation Aurat attack” atau “ Operasi gempur aurat”demikianlah tajuk utama akhbar The Star hari ini.
Seluruh mukasurat tiga akhbar berkenaan hari ini dipergunakan untuk menggambarkan betapa “ganas” dan tidak berperikemanusiaannya tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BI) dalam menguatkuasakan peraturan yang mensyaratkan semua pemilik premis yang menggajikan pekerja wanita Islam, agar memastikan pekerja berkenaan menutup aurat sebagaimana garispanduan yang disediakan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan saman dikeluarkan kepada pemilik premis.

Jurucakap MCA dan Sisters in Islam diberi ruang oleh akhbar berkenaan untuk menyerang dan memperlekehkan tindakan MPKB-BI itu dan sekaligus menyerang kerajaan PAS Kelantan.
Kata Naib Presiden MCA Chew Mei Fun, tindakan berkenaan adalah mendiskriminasi dan menekan para pekerja wanita. Di mata PAS katanya mendedahkan lengan dan buku lali dikira salah dan tidak sopan. (Malang sungguh seorang pemimpin kanan BN seorang Senator dan Timbalan Menteri Kerajaan Persekutuan tidak tahu menahu darihal peruntukkan Islam, aurat bukan bikinan PAS tetapi peraturan Islam)

Menurut SIS (yang jelas sesat Islamnya) pula wanita sewajarnya diberikan kebebasan untuk memilih jenis pakaian mereka.
Sesungguhnya Kelantan melalui MPKB-BI telah memperkenalkan peraturan ini dan beberapa peraturan lain dalam usahanya melaksanakan program “Membangun Bersama Islam” sejak 1990 lagi iaitu lebih 20 tahun lalu.

Seorang pengusaha kedai kopi Cina, Wong dilaporkan berkata bahawa :
These rules have been enforced for as long as I can remember and I have been doing business here for the past 15 years.

(Peraturan-peraturan ini telah dikuatkuasakan sejak sekian lama dalam ingatan saya dan saya telah berniaga sejak 15 tahun lalu)
Jangalah pandang pelik dan penuh negatif sesuatu yang dilaksanakan oleh sebuah kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyatnya. Tambahan pula apa yang dilaksanakan adalah sesuatu tuntutan dalam agama, dan Kelantan sebagaimana akhbar itu sendiri laporkan 96.8% penduduknya beragama Islam.

Rakyat Kelantan bvukan sekali tetapi 6 penggal telah mengundi dan memberi mandat kepada PAS untuk memerintah negeri berkenaan. Segala program dan rancangan Islam yang dilaksanakan adalah lantaran mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepadanya.

Sebagaimana ditegaskan oleh ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz:
It is a routine exercise as a reminder on the need to cover the aurat. The people in Kelantan understands this.”

(Ianya suatu tindakan rutin sebagai peringatan darihal kewajiban menutup aurat (dalam Islam). Rakyat Kelantan faham perkara ini)
Yang tidak faham MCA yang tidak ada wakil dalam Dewan Undangan Negeri, yang tidak faham adalah SIS yang memang menyeleweng dan sesat pegangan Islamnya.

Sewajarnya tindakan MPKB-BI ini tidak dilihat dari perspektif politik tetapi suatu tuntutan dalam Islam. Alangkah cantiknya jika semua PBT  seluruh Negara tidak kira dikuasai Pakatan atau BN turut memperkenalkan peraturan ini, kerana bukankah ianya suatu langkah bertanggungjawab untuk mendidik dan menyelamatkan khasnya umat Islam dari murka Allah swt.
Ini mungkin bukan “standard” Barat, tetapi ia piawai dalam Islam. Melaksanakan Islam adalah tuntutan ke atas semua penganutnya tambah-tambah lagi  bagi mereka yang diberikan kuasa oleh Allah swt. Apabila kuasa sudah di tangan, peringkat berleter dan beretorik sudah sepatutnya digantikan dengan pendidikan dan perlaksanaan.

Peraturan ini tidak diwajibkan ke atas pekerja bukan Islam, di Kelantan yang cuma 3% dari 1.4 juta penduduknya bukan Islam, mereka ini terpelihara dan tidak dipaksa.
Oleh itu sebarang kenyataan membidas dan menyerang serta memperlekeh peraturan Islam seumpama ini seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang anti Islam. Maaf tetapi kenyataan Chew Mei Fun itu sesungguhnya berbaur anti Islam dan begitu juga dari SIS.

Rukunegara menyebut “Kedaulatan Undang-undang” dan “Kesopanan dan kesusilaan”, peraturan MPKB-BI ini adalah berasaskan kerajaan yang berdaulat yang diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyatnya. Peraturan ini juga pada pandangan kerajaan Kelantan adalah demi menjunjung apek kesopanan dan kesusilaan rakyatnya.
Hormatilah Kelantan. Hormatilah Islam.

 

Bersungguhlah membenteras judi siber (30/10/14)

Thursday, October 30, 2014


Saya terpanggil untuk mengulas sebuah laporan dalam akhbar NST hari ini berhubung cadangan pihak polis agar diperkenalkan satu undang-undang yang lebih ketat untuk mengawal dan membenteras “online cyber gambling” ataupun judi siber.
http://www.nst.com.my/node/47375

Menurut Ketua Polis Negara tiada undang-undang yang spesifik waktu ini bagi mendakwa kesalahan di bawah judi siber ini. Menurut beliau:
“The existing law does not specify or include online gaming. This makes it hard for us to nab those involved. This is why we are pushing for an amendment so that those involved can be brought to justice,” he said, adding that the current law against gambling was a short-term solution. "

(Undang-undang kini tidak merujuk atau menjelaskan judi siber. Ini menyusahkan pihak kami untuk mendakwa mereka yang terlibat. Kerana itu kami mendesak agar diperkenalkan satu pindaan supaya mereka yang terlibat boleh dibawa ke pengadilan, kata beliau dengan menambah bahawa undang-undang yang sedia ada hanyalah sekadar satu penyelesaian jangka pendek)
Khalid said he hoped the law would be drawn up soon, thus giving police the power to eradicate illegal cyber-gaming activities.

(Menurut Khalid beliau berharap agar satu undang-undang diperkenalkan dalam waktu terdekat, memberikan polis lebih kuasa untuk membenteras aktiviti judi siber ini. Kami juga sedang menimbang untuk mendakwa pemilik premis judi haram ini
Sesungguhnya judi siber pada hari ini sudah menjadi satu penyakit sosial yang sangat serius. Tekanan hidup, dan hambatan untuk hidup mewah dengan cara segera, mengakibatkan premis judi siber ini menjadi tumpuan dan tumbuh bagai cendawan pagi.

Bukan hanya anak muda, mereka yang dewasa dah berusia malah warga asing Indonesia , Bangladesh dan lain-lain turut terjerumus dalam aktiviti haram ini.
Di sini ada dua punca, pertama kafe siber yang berlesen yang turut menjadikan sebahagian atau sepenuhnya aktiviti mereka dengan perkara ini dan kedua kafe siber yang tidak berlesen.

Lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Dan sering lesen untuk aktiviti kafe siber ini dikenakan pelbagai syarat oleh pihak PBT. Dalam hal ini PBT perlu lebih proaktif dalam mengawal lesen dan penguatkuasaan.
Saya pernah mengusulkan agar kafe siber ini dikendalikan benar-benar menepati tujuan asalnya, iaitu tempat dimana kemudahan komputer internet disediakan. Komputer berinternet ini digunakan oleh mereka yang mahu berhubung dan membikin kajian melalui internet, mecetak turun, bersantai iaitu samada bagi tujuan “chatting” dan bermain dengan “software” games.

Bagi memastikan ianya benar-benar menepati tujuan itu, pengusaha perlu disyaratkan hanya menggunakan “software” yang berlesen. Penggunaan “software” cetak rompak, apalagi yang ada unsur judi yang salah di bawah undang-undang perlulah diambil tindakan.
Hari ini kita melihat kafe siber sudah menjadi seakan pusat hiburan. Ini menunjukkan tiada penguatkausaan serius oleh pihak PBT.

Itu bagi kafe siber yang berlesen, yang tidak berlesen pula jelas telah melanggar undang-undang dan peraturan. Malangnya yang tidak berlesen inilah yang bersepah dimana-mana lorong, berleluasa dan bermaharajalela.
Pengusaha-pengusaha ini perlu diambil tindakan. Mereka seakan tidak peduli dan mencabar undang-undang kita. Pihak polis, PBT dan lain-lain agensi perlu adakan operasi serentak seluruh Negara bagi membuktika keseungguhan mahu membenteras aktiviti haram ini. Pihak SPRM pula perlu buat susulan terhadap semua premis yang telah diserbu bagi memastikan tiada elemen rasuah, jika mereka berani buka semula premis setelah diserbu pasti ada sesuatu yang tidak betul disana.

Pemilik-pemilik premis yang menyewa premis mereka untuk aktiviti seumpama ini juga perlu diambil tindakan sebagaimana cadangan Ketua Polis Negara itu. Mereka inilah yang menangguk diair keruh, meneyewakan premis walaupun tahu ia digunakan untuk tujuan yang haram.
Pokok-pangkalnya adalah kejujuran dan kesungguhan kita. Bertepuk sebelah tangan sahaja tak jadi.

Oleh itu cadangan memperkenalkan undang-undang yang lebih ketat ini sangat dialu-alukan dan diharap semua pihak dan agensi juga seirus dan rakyat juga dilibatkan dalam operasi membenteras sama sekali aktiviti yang meruntuhkan institusi keluarga dan masyarakat ini.
Hendak seribu daya tak hendak……

 

Berhati-hati mengkritik Hudud (29/10/14)

Wednesday, October 29, 2014


Penolakan Hukum Hudud terus dilaungkan secara terbuka oleh parti-parti tertentu demi menggagalkan usaha PAS khasnya Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 yang telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri sekian lama.
Dalam akhbar The Star hari ini dilaporkan bahawa MCA mendakwa perlaksanaan hukum ini kelak bakal menyaksikan ramai, bukan Islam dan Islam, berhijrah keluar dari negeri berkenaan.Menurut Ng Chok Sin Timbalan Pengerusi Biro Agama MCA, Kelantan akan menyaksikan rakyatnya berhijrah keluar berami-ramai sebagaimana di Timur Tengah dimana penduduk di sana lari meninggalkan Negara mereka apabila berhadapan dengan keganasan kumpulan militant IS, Islamic State.

Ng turut mendakwa perlaksanaan hukum ini kelak juga akan menakutkan para pelabur dan pelancong dari datang ke Negara kita.
Sekali lagi kritikkan terbuka dilaungkan oleh mereka yang tidak senang dengan perlaksanaan hukum ini. DAP juga pernah mengkritik, begitu juga Gerakan dan beberapa pimpinan dari BN dan PR sendiri sedikit pun tidak sedar bahawa mereka secara terang-terangan menyinggung hati dan perasaan penganut Islam.

Sesungguhnya hukum ini telah melalui proses undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negara dan Negeri. Rakyat telah mengundi PAS dan memberi kuasa kepada mereka untuk mentadbir Kelantan sejak 1990. PAS adalah sebuah parti Islam, rakyat Kelantan memilih PAS kerana mereka mahukan Islam yang diperjuangkan oleh PAS itu menjadi reality sekurang-kurangnya di negeri mereka.
Melalui mandat berkenaan kerajaan Kelantan telah membawa rang undang-undang ini ke Dewan, ianya telah dibahaskan dan akhirnya diluluskan. Ianya kemudiannya telah memperolehi perkenanan Tuanku Sultan dan jadilah ia sebagai sebuah undang-undang yang sah.

Menolak dan mengkritiknya samalah seperti menyekat hak rakyat negeri Kelantan.
Malah sekiranya tidak berhati-hati tidak keterlaluan jika kita mengatakan kritik yang tidak munasabah dan kadangkala tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam ini hampir sama seperti merendah dan menghina Islam dan penganut Islam.

Kelantan bukan Syria, rakyat Kelantan bukan militant Islamic State!
Langkah seterusnya sebagaimana ditegaskan oleh MB Kelantan dan terbaru ahli Parlimen Kota Bharu, adalah membentangkan Private Bill di Dewan Rakyat bagi membenarkan Kelantan melaksana dan menguatkuasakan hukum ini.

Parti-parti lain seharusnya menggunakan proses undang-undang untuk menolak hasrat rakyat Kelantan. Di Parlimen nanti apabila Private Bill nanti dibawa, gunakanlah forum berkenaan untuk berbahas dan jika mahu undi menolaknya.
Mengkritik secara terbuka diperingkat ini sangat tidak bertanggungjawab dan jika tidak berhati-hati akan dilihat sebagai anti Islam.

 

Syabas Kelantan terus martabatkan Islam (27/10/14)

Monday, October 27, 2014


Akhbar The Star hari ini melaporkan Kelantan berjaya menganjurkan Kejohanan Bolaring “Wanita Sahaja” yag melibatakan 14 kawasan Parlimen seluruh negeri berkenaan. Kejohonan Bolajaring Beliawanis Kelantan itu adalah yang pertama dimana semua peserta, pegawai dan penonton hanya dibenarkan dikalangan wanita dengan pesertanya menutup aurat menurut kehendak Islam.
Menurut EXCO Belia dan Sukan Kelantan Dr Ramli Mamat kejayaan kejohonan ini akan mendorong Kelantan untuk menganjurkan lebih banyak lagi jenis sukan untuk wanita yang menepati hukum dan kehendak Islam.

Tambah Dr Ramli lagi:
“Apart from getting involved in sports activities, the participants will also save themselves from hellfire if they did not transgress Allah’s laws.”

(Selain dari berpeluang menyertai acara sukan, para peserta (golongan wanita ini) juga telah menyelamatkan diri mereka dari azab api neraka kerana tidak melanggar perintah Allah swt)
Walaubagaimanapun penganjuran sukan seumpama ini dipertikaikan pula oleh sesetengah pihak lain. Akhbar berkenaan turut memberi liputan darihal tentangan yang diberikan oleh beberapa puka bukan Islam.

Antaranya dari Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan yang mendakwa langkah Kelantan itu tidak bijak dan tindakan memisahkan wanita dengan lelaki seumpama itu sesuatu yang wajar ditentang oleh badan-badan sukan.
Lua Choon Hann, AJK PCA Pusat pula mendakwa bahawa Kelantan tidak wajar memperalatkan agama untuk memecahbelahkan masyarakat. Beliau mendesak agar PAS menghentikan dari mengenakan peraturan agama ke atas acara sukan.

Sebelum itu pihak DAP juga telah menyelar rancangan Kelantan itu.
Pada 26 Ogos lalu dalam Roketkini.com Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching dalam kenyataan medianya bertanyakan apa sebenarnya tujuan kerajaan Kelantan di sebalik dasar larangan tersebut?

“Adakah ia semata-mata untuk menghalang penonton lelaki (daripada menyaksikan sukan tersebut)? Atau adakah tujuan Kerajaan Negeri Kelantan ialah untuk menghalang kaum wanita daripada diperhatikan?” soal Ahli Parlimen Kulai itu.
Tindakan mahu melaksanakan Islam bukanlah sesuatu yang mudah apalagi dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia. Tetapi hal Kelantan, ianya dijuarai oleh sebuah parti pemerintah yang diberikan mandat diperingkat negeri yang majoritinya penganut Islam.

Dari segi politik, rakyat telah mengundi parti Islam, bukan sepenggal dua. Sudah tentulah parti yang diamanahkan oleh rakyat yang memperjuangkan agenda Islam, terpanggil untuk melaksanakan agendanya apabila berkuasa.
Pemimpin bukan Islam, bolehlah dimaafkan kerana menentang, kerana mereka sukar mahu memahami tuntutan Islam. Namun mereka perlu difahamkan dan menerima reality dan malah wajar menghormati peraturan dan ajaran Islam sebagaimana rakyat beragama Islam menghormati dan bertolak ansur pada agama dan kepercayaan mereka.

Yang anehnya apabila pemimpin Islam pula yang menentang perlaksanaan Islam!
Dalam akhbar The Star itu turut dilaporkan kenyataan ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed. Menurut pemimpin Umno itu sikap PAS berhubung kejohanan berkenaan mencerminkan kesempitan fikiran dan sikap tidak bertoleransi parti Islam berkenaan.

Kata beliau jika PAS tidak boleh inklusif dalam hal-hal melibatkan gender sukan (percampuran lelaki dan wanita) beliau bimbang apa lagi yang akan dilaksanakan dalam aktiviti lain melibatkan kedua-dua jantina.
Kita kesal apabila orang Islam sendiri memandang rendah usaha mahu memartabatkan Islam. Kalau setakat MCA, MIC dan DAP yang menentang, mungkin kerana mereka bukan Islam dan tidak ada hati kecil langsung buat Islam. Tetapi apabila orang Islam, pemimpin Islam setaraf ahli parlimen seperti Nur Jazlan bersikap demikian, kita bimbang bagaimana moderat dan ringkas-ringkas nanti jadinya Islam bawah tangan mereka yang seumpama ini.

Saya khuatir juga takut-takut lantaran ramai yang dah jadi Islam moderat kebelakangan ini, menganuti faham “matlamat menghalalkan cara” akan ada pula pemimpin Islam yang lain, mungkin dari parti Islam pula yang sealiran dan sependapat dengan Nur Jazlan!
Apa pun langkah kerajaan Kelantan itu harus dipuji. Semoga lebih banyak acara dan aktiviti masyarakat yang selaras dan selari dengan hukum dan peraturan Islam akan dianjurkan demi memberi pendedahan kepada mereka yang belum kenal Islam.

Nota:
Maaf tak baca pula berita ini dalam Harakah......

 

TMI kawan baru Utusan dan TV3 (21/10/14)

Friday, October 24, 2014


Dengan perkembangan teknologi maklumat yang luas terbuka dan pantas hari ini, dunia media juga seakan sudah tidak boleh dibendung dan disekat lagi. Cuma malangnya ia juga memberikan ruang dan peluang kepada laporan yang “setengah masak”, fitnah, adu-domba dan yang seumpamanya laris dan tersebar.
Dua peranggan dalam portal berita “senget sebelah” TMI pagi ini sarat dengan apa yang saya maksudkan.

Pertama:
“Of course. Hadi and his Taliban group is controlling the party,” Tamrin said in an interview on the news portal.

(Sudah pasti. Hadi and kumpulan Talibannya sedang menguasai parti (PAS) kata Tamrin ……)
Kedua:

Accusations of PAS turning "Taliban" in its outlook and approach in cooperating with its PR allies issues have also been leveled by Shah Alam MP and PAS central committee member, Khalid Samad, who said the party's conservatives were out to remove leaders from the professional class.
(Tuduhan mengatakan PAS sedang berubah menjadi “Taliban” terutama dalam pendekatannya berkaitan hubungan dengan rakan-rakan PR turut dilemparkan oleh ahli parlimen Shah Alam dan AJK PAS Pusat Khalid Samad yang mengatakan bahawa puak konservatif (ulamak) dalam PAS sedang berusaha menyingkirkan golongan pimpinan professional )

Kedua-dua petikan ini diambil dari artikel
Pakatan leaders to meet as Anwar prepares for jail, but will Hadi be there?

Dulu media yang dikuasai Umno sering diserang kerana laporan berat sebelah, sarat dengan fitnah dan penipuan, ringkasnya “spin masters” atau “juara putar belit”. Hari ini TMI ternyata mewarisi kehandalan media yang dikuasai Umno itu, apabila berupaya memutar belit berita dan laporan sebagaimana Utusan Malaysia dan seangkatan dengannya.
Kita lihat Buletin Utama TV3 (satu lagi media yang dikuasai Umno) umpamanya, saban hari akan melancarkan serangan ke atas PR. Target “favourite” mereka adalah PKR. Betapa murahnya nilai profesionalisma mereka apabila berita “prime time” menggunakan kenyataan ahli biasa parti. Kalau isu PAS, ahli biasa PAS entah dari mana diberi ruang sehingga 5 minit mengeluarkan kenyataan seolah mewakili keseluruhan suara parti. Begitu juga dalam kes PKR atau DAP.

Inilah cerminan media “sampah” yang tidak menjunjung profesionalisma dalam berkarya dan membuat laporan.
Apa kurangnya TMI?

Tamrin Ghafar menyindir Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan golongan ulamak sebagai “Taliban” seumpama yang di Afghanistan,lalu dipapar dan ditonjolkan seolah itulah yang sahih dan yang sebenarnya berlaku dalam PAS.
Siapa Tamrin?

AJK PAS Pusat? Wakil rakyat PAS? Pesuruhjaya PAS Negeri? AJK Badan Perhubungan Negeri PAS? Yang Dipertua PAS Kawasan?

Tamrin yang sebelumnya melompat dari Umno, masuk PAS sekadar ahli biasa selama 2 tahun, tetapi diberi liputan yang begitu meluas, samalah sebagaimana TV3 mengagungkan ahli biasa PAS,PKR dan DAP yang kecewa.
Hairan pula apabila bekas DAP atau PKR seumpama Wee Choo Keong, Janice Lee, Zaid Ibrahim, Tunku Abd Aziz, Zahrin, Gobalakrishanan, Nalakaruppan, Zulkifli Nordin menghentam dan mencaci DAP dan PKR tak pula TMI menganggap sebagai punya “news value” atau nilai berita.

Tetapi apabila juara lompat parti macam Ibrahim Ali iaitu Tamrin bersuara mengenai Presiden PAS, melompat-lompat TMI pungut dan jadikan berita utama.
Dan untuk menyedapkan bacaan, ditambah rencah dengan kenyataan Khalid Samad yang semua tahu memang “budak nakal” dalam AJK Pusat PAS. Kalau Khalid memuji Anwar Ibrahim atau Kit Siang itu bukan berita tetapi kalau beliau serang dan perlekeh Hadi, Presidennya sendiri, itu berita dan mesti dilaporkan seolah mencerminkan suasana sebenar dalam rumah tangga PAS.

Khalid tuduh kononnya Hadi dan Talibannya mahu menyingkirkan golongan professional dalam PAS, sedangkan ramai golongan professional “istiqomah” taat dan gigih mahu meneruskan agenda perjuangan PAS di bawah kepimpinan ulamak. Beliau seorang dua mungkin ada persepsi begitu, tetapi siapalah beliau seorang dua berbanding dengan majoriti yang tidak beranggapan begitu.
Apa pun jelaslah Utusan dan TV3 punya kawan baru iaitu TMI.

 

 

"Touch a dog" dan bodohkan orang Islam (21/10/14)

Tuesday, October 21, 2014


Program “I want to touch a dog” yang kononnya bermaksud membawa kempen “awareness” atau kesedaran terhadap haiwan anjing kepada masyarakat Islam ternyata telah mengundang kontroversi. Ada yang mengatakan bahawa memang ia sengaja mahu mengundang kontroversi. Ia terus didebatkan sampai hari ini.
Menurut laporan 800 telah hadir dan hampir separuh Non Muslim, hairan juga kempen yang bermaksud memberi kesedaran kepada masyarakat Islam turut menarik minat yang bukan Islam? Atau apa sebenarnya agendanya?

Apa pun sesungguhnya rata-rata masyarakat Islam di Malaysia bukannya asing pun dengan anjing ini. Lantaran Malaysia sebuah Negara berbilang kaum, masyarakat Islam memang telah terdedah kepadanya, ada jiran bukan Islam yang membelanya, anjing-anjing terbiar banyak berkeliaran di ceruk bandar dan kampung, malah pihak keselamatan Polis dan Tentera selain Kastam juga punya Unit anjingnya.
Dan rata-rata masyarakat Islam sedar dan tahu akan hukum-hakam berkaitan dengan haiwan ini. Disekolah rendah lagi, dalam kelas Pengajian Islam mereka sudah diajar, tambah lagi jika ke sekolah agama selain didikan dari ibu-bapa kaum keluarga masing-masing. Lebih-lebih lagi dengan dunia ICT hari ini tiada soalan tanpa jawapan cuma dihujung jari sahaja.

Anggapan seolah-olah program ini telah membuka mata masyarakat Islam berkenaan hukum-hakam anjing ini seakan meletakkan taraf pendidikan masyarakat Islam berkenaan agama mereka sendiri begitu rendah dan jahil sekali.
Penganjuran program ini memberi gambaran seolah umat Islam di Malaysia ini benci anjing dan tidak tahu bahawa Islam sebenarnya tidak mengajar umat Islam berbuat demikian.

Jahil atau tidak seorang Islam, pada asasnya rata-rata mereka tahu pantang-larang berkenaan anjing. Budak kecil di sekolah rendah pun ada pengetahuan berkenaannya. Oleh kerana ianya melibatkan peraturan yang rumit dan boleh mencetuskan kesusahan apabila mahu melaksanakan ibaat ritual harian maka umat Islam yang umumnya bermazhab Syafiee dididik sejak kecil untuk menjauhkan diri dari haiwan ini. Namun tidak seperti khinzir mereka tahu ada kelonggaran yang membenar mereka menyentuhnya dan ada adab yang perlu dipatuhi kiranya berada pada status najis.
Untuk memberi didikan darihal hukum dan peraturan berkenaan menyentuh haiwan ini bolehlah diterima dan malah digalakkan tetapi pada waktu yang sama membawa haiwan-haiwan ini untuk disentuh dan dibelai, seolah menjadikan masyarakat Melayu Islam ini “orang buta” yang tidak mengenali sussuk rupa sang gajah.

Lantaran itu saya faham mengapa ramai yang terpanggil mengkritik penganjuran program ini. Malah difahamkan pihak MAIS dan Ustaz yang diundang memberi penerangan pun rupanya tidak tahu bahawa majlis ini turut melibatkan program menyentuh dan membelai haiwan ini secara terbuka.
Ternyata penganjur sebenarnya telah lebih mencetuskan kontroversi dan meletakkan Islam sebagai bahan senda-gurau dan terbuka untuk diperlekehkan khususnya oleh masyarakat lain hasil inisiatif dangkal beliau. Bijak sungguh penganjur.

 

 

 

Kenali siapa golongan "liberal progresif" dalam PAS (20/10/14)

Monday, October 20, 2014


Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jeng dalam kenyataannya semasa mengumumkan yang DAP Sarawak akan memutuskan semua hubungan dengan PAS dan PKR Negeri Sarawak menyatakan bahawa DAP Sarawak akan terus keluar Pakatan kiranya golongan ulamak dalam PAS terus menguasai parti itu selepas pemilihan parti (PAS) Jun nanti. Beliau menambah (The Star 20/10/14 muka 25):
“If the liberal progressive (faction) controls (the PAS Central Committee) there is no reason for us to leave”

(Sekiranya golongan liberal progresif menguasai (AJK PAS Pusat) tidak ada sebab bagi kami untuk keluar (meninggalkan PR)
Menarik juga kenyataan ini dan ia perlukan penjelasan untuk orang-ramai faham.

Golongan “liberal progresif” dalam PAS itu siapa?
Saya yakin dan percaya ada pemimpin PAS yang memperkenalkan diri mereka sebagai golongan demikian pada DAP jika tidak masakan Chong selaku Naib Pengerusi DAP Pusat boleh tolong membantu berkempen buat mereka. Dalam ertikata lain membayangkan tolonglah undi kawan-kawan saya golongan “liberal progresif” untuk menang dan menguasai PAS, sekurang-kurangnya mereka nanti tidak sibuk mahu berjuang melaksana Hudud dan perkara-perkara lain yang tidak disenangi DAP (contohnya kes arak, kalimah Allah, judi, pergaulan lelaki dan wanita).

Sekaligus kawan-kawan Chong iaitu golongan “liberal progresif” dalam PAS mendapat “push” atau anjakkan dari kenyataan Chong ini dan pastinya ada yang tersenyum lebar.
Ahli-ahli PAS yang mahu PAS merobah haluan, membelakangkan agenda perjuangan Islam, mentransformasi PAS dari sebuah gerakan Islam yang ke hadapan memperjuangkan agenda Islam kepada sebuah parti “liberal progresif” yang menghalalkan cara demi kuasa, bolehlah meminta senarai pemimpin jenis ini yang saya pasti Chong kenali.

Yang pastinya menurut Chong orang-orang PAS mesti tolak golongan ulamak.
Presiden PAS Ulamak (ulamak besar dunia masa kini) beliau wajar ditolak. Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim juga ulamak, beliau pun mesti ditolak. Siapa lagi Nasaruddin Hassan, Nik Abduh, Dr Ridhuan Md Nor, Ustaz Idris Ahmad, seluruh saf Majlis Syura Ulamak, keseluruhan pimpinan Dewan Ulamak PAS semua mesti ditolak. Kenapa? Kerana DAP cuma senang dengan golongan “liberal progresif” dan mereka ini sudah pasti bukan.

Siapa golongan “liberal progresif” itu, mungkin mereka berani keluar angkat tangan dan memperkenalkan diri atau kita tanya Chong, agak-agak demi memenangkan DAP di Sarawak beliau tidak akan keberatan menyenaraikan kawan-kawan beliau itu.
Terima kasih YB Chong.

DAP Sarawak tidak mahu berkawan (20/10/14)


Budaya berkawan menuntut tolak-ansur dan saling faham-memahami. Kawan pun terkadang berbeza pandangan namun kerana menghormati kawan kita tidak menjadikan perbezaan itu sebagai satu punca pertelingkahan dan perbalahan malah sebaliknya menghormati perbezaan itu sebagai hak dan anutan kawan kita. Ia tidak dijadikan isu.
Dengan berkawan kita belajar untuk memahami dan menghormati budaya kawan, perbezaan budaya antara kita diterima lantaran ikatan persahabatan. Budaya yang berbeza tidak dijadikan penghalang.

Kawan juga melindungi dan mempertahankan sesama kawan. Kawan tidak menikam kawan. Kawan tidak memperlekeh dan merendahkan sesama kawan.
Begitu juga kawan tidak memijak kepala kawan. Kawan tidak memaksa kawan menerima pandangannya atau mengancama memutuskan persahabatan.

Dalam akhbar The Star hari ini dilaporkan bahawa DAP Negeri Sarawak telah membuat keputusan memutuskan semua hubungan dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR Sarawak. Sebab utamanya kerana PAS berterusan dengan agenda Hududnya dan PKR pula tidak menjelaskan pendiriannya berhubung agenda Hudud PAS (menerima atau menolak).
Anehnya Pengerusi DAP yang juga ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chien Jeng dalam pendiriannya turut menyatakan bahawa DAP Sarawak akan terus keluar meninggalkan PR sekiranya golongan ulamak di dalam PAS menang dalam pemilihan parti berkenaan Jun tahun hadapan. Sebaliknya jika yang menang adalah kumpulan “liberal progresif” DAP Sarawak akan kekal dalam PR.

Dua perkara dalam isu benar-benar mencerminkan kawan pada perspektif pimpinan DAP.
PAS sejak lebih 60 tahun penubuhannya memang menjuarai agenda Islam dan hampir keseluruhan rakyat Malaysia mengetahui perkara ini. Sudah pastilah dalam agenda Islam itu samada sedar atau tidak termasuklah perlaksanaan hukum-hakam Islam setakat mana yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara.

Pertama, Pengerusi DAP Sarawak sepatutnya telah akur bahawa keputusan partinya berkawan dengan PAS dengan menubuhkan kerjasama politik Pakatan Rakyat, bermakna partinya tahu dan faham matlamat dan dasar perjuangan PAS namun demi menumbangkan BN sanggup berkawan dengan PAS. Takkan hari ini, tiba-tiba Chong baru sedar yang Hudud itu sebahagian agenda PAS?
Dalam ikatan persahabatan isu dalaman parti masing-masing tidak sehararusnya dicampuri pihak lain tambah-tambah isu berkenaan pemilihan parti dan kempen-kempen dalaman. Dalam DAP contohnya ada gerakan KOKS (Knock Out Kit Siang) yang mana antara pemimpin kempen ini yang masih kekal dalam pimpinan DAP adalah sekarang Teng Chang Khim  (EXCO Selangor). KOKS antara lain menyatakan bahawa DAP didominasi oleh anak-beranak Lim, satu dinasti.

Sebagai kawan PAS dan PKR tidak sewajarnya campur dalam kempen ini atau apa-apa isu dalaman melibatkan DAP. Itulah adat berkawan.
Kedua, tiba-tiba Pengerusi DAP Sarawak boleh memeras ugut menyatakan jika golongan ulamak menang dalam PAS ia akan keluar PR sebaliknya jika menang “liberal progresif” mereka akan kekal. Tidakkah satu kenyataan biadap bagi seorang bertaraf Pengerusi DAP Negeri. Sebelum ini tidak pernah seorang pemimpin PAS pun menyentuh isu dalaman DAP tetapi Chong seakan berbesar kepala mahu memeras ugut menentukan siapa dan kumpulan mana yang sepatutnya memimpin PAS, parti kawannya.

Ada pemimpin DAP lain pula (Ong Kian Ming – ahli Parlimen Serdang) yang menyatakan bahawa DAP Sarawak punya otonomi. Keputusan mereka harus dihormati.
Bagaimana dengan keputusan 4 EXCO PAS yang kekal dalam kabinet Tan Sri Khalid tidak berapa lama dahulu? Ketika itu Pengerusi atau Pesuruhjaya PAS Selangor menyatakan bahawa mereka berpendirian demikian kerana mahu mempertahankan kerajaan PR Selangor. Apa kata DAP ketika itu? Bukannya menghormati dan akur bahawa PAS Selangor berhak, tetapi terus bangkit melalak menyatakan yang keempat-empat EXCO PAS itu pengkhianat!

Nilai kawan dimata kawan berbeza nampaknya kebelakangan ini.
Satu ketika dahulu tenaga dan kekuatan keahlian yang ada pada PAS diguna dan digembeling untuk memenangkan semua pihak. Berapa kali BERSIH, tenaga dan kekuatan PAS lah yang dikerah dan diarah. Berapa puluh demo kecil dan besar, orang PAS lah yang taat naik turun, dibelasah, keluar masuk lokap. Berapa kali pilihanraya orang-orang PAS lah yang bekerja, meramaikan perhimpunan dan ceramah.

DAP sekadar menumpang majlis yang diramaikan orang PAS, PAS tidak pernah “komplen” atau mengungkit kerana faham dan menghargai nilai persahabatan.
PAS cuma mahu berkawan. Tetapi dalam berkawan PAS juga tidak boleh sunyi dari mengenengahkan dasar dan prinsip perjuangannya. PAS hormat DAP, susah sangat ke DAP mahu hormati PAS?

Benarlah posting saya sebelum ini bahawa demi mahu mkononnya menang besar dalam Pilihnaraya Negeri Sarawak yang akan dating DAP akan lakukan apa sahaja termasuk membuang kawan.
PAS tidak pernah paksa DAP atau PKR terima dasar dan prinsip perjuangannya. Tetapi sebagai kawan raikanlah perbezaan itu. Kalau tidak boleh, kalau perbezaan sudah dikira penghalang, eloklah jangan berkawan lagi.

 

 

Apa kata si Islamis moderat (17/10/14)

Friday, October 17, 2014


Muka 23 akhbar The Star hari ini memuatkan berita yang mencabar adat dan budaya masyarakat kita.
“Topless women cause a stir at beach”

Dilaporkan 4 orang wanita “Caucasian” (kulit putih) didapati memperagakan diri separuh bogel di Pantai Saujana di Port Dickson kira-kira jam 3 petang. Aksi mereka menarik perhatian orang-ramai yang turut bermandi-manda dan bersantai di kawasan berkenaan.
Pihak Majlis Daerah Port Dickson memberitahu akhbar berkenaan bahawa mereka tidak menerima sebarang laporan walaubagaimanapun akan menghantar pegawainya untuk menyiasat.

Di sinilah kita sesungguhnya berhadapan dengan delima. Krisis pertembungan budaya.
Bagi kita orang Malaysia sudah pastilah aksi ini sangat bertentangan dengan adat dan budaya masyaralat kita. Orang Islam tambah-tambah lagi, dan saya yakin masyarakat Cina dan India dari pelbagai agama juga tidak dapat menerima perlakuan seumpama ini.

Tetapi bagi sesetengah kita yang menganuti fahaman liberal, tak kiralah orang Melayu atau bukan Melayu, hatta orang Umno dan PAS pun ada yang berserabut moderat liberal benaknya, menjuarai hak kebebasan tanpa had dan sempadan, bagaimana agaknya mereka melihat insiden ini.
Meningatkan saya pada Pesta Oktoberfest baru-baru ini.

Ahhh…. ini kan dibenarkan oleh agama mereka, oleh budaya mereka. Asal orang Islam tak buat sudah.
Jadi dalam insiden ini bagaimana agaknya mereka yang pragmatis otaknya?

Boleh terima?
Demikianlah apabila akal dan fikiran kita bukannya tidak dipandu oleh ajaran dan nilai agama tetapi hambatan kepentingan dan nafsu, mahu popular mahu jadi juara, mengatasi segala-galanya. Kerana itu walau kita mewakili gerakan Islam, menang atas tiket Parti Islam, namun kita sanggup menggadaikan hakikat itu, demi kerana mahu tegak disanjung dan dipuja sebagai pemimpin “versatile” hebat, progresif, Islamis yang moderat.

Saya tunggu-tunggu apa agaknya komen mereka dalam insiden ini.

 

Rugikah PAS tanpa Tamrin? (15/10/14)

Wednesday, October 15, 2014


Anak bekas TPM Malaysia, Tamrin Ghaffar dilaporkan telah mengemukakan surat menarik diri dari menjadi ahli PAS hari ini. Beliau yang dahulunya Umno, menyertai PAS pada bulan Ogos 2012 dahulu dan kini dilaporkan akan bergerak melali sebuah NGO.
Tamrin dilaporkan tidak senang dengan keputusan kepimpinan PAS kebelakangan ini terutama dalam isu yang melibatkan krisis MB Selangor.

PAS mungkin tidak sesuai buat beliau, 2 tahun sebagai ahli barangkali tidak membangkitkan kepuasana di dalam hatinya.
Sesungguhnya jangankan beliau yang tidak berjawatan pun dalam parti, mengikut sejarah PAS Presidennya, Setiausaha Agungnya, pun pernah memilih untuk keluar PAS apabila merasakan gerakan Islam ini sudah tidak sesuai buat mereka. Alhamdulillah PAS kekal meneruskan agenda perjuangan menegakkan Islam walau siapapun datang dan pergi.

Dalam sebuah portal berita dilaporkan yang pemergian Tamrin bagaikan satu kehilangan besar buat PAS, benarkah begitu? Saya kira Tamrin keluar Umno, Umno tak rugi, lantas keluar PAS pun rasanya tidak terjejas apa-apa pun.
Kita yakin dan percaya selagi mana PAS istiqomah memperjuangkan Islam, ia akan kekal relevan sampai bila-bila. Terima kasih Tamrin, dan selamat maju jaya.

PASMA duri dalam daging PAS (13/10/14)

Monday, October 13, 2014


Majlis Syura Ulamak PAS dilaporkan telah bersidang semalam.
Selaras dengan tanggungjawabnya sebagai badan tertinggi dalam PAS yang memastikan setiap gerakan dalam PAS menepati hukum dan perlembagaan serta dasar parti, MSU yang bermesyuarat semalam telah memutuskan bahawa:

Selaras dengan peringatan Presiden Pas dalam penggulungan Muktamar PAS 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya jamaah dalam jamaah, parti dalam parti, maka MSU memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melbatkan diri dalam sebarang aktiviti PASMA
Apakah PASMA?

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia yang didakwa di pengerusikan oleh bekas EXCO PAS Kedah yang juga ADUN PAS Pengkalan Kundor, Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi kononnya mempunyai matlamat untuk menyelamatkan PAS agar PAS terus berada dalam PR.
Dengan keputusan terbaru MSU ini bermakna tidak ada seorang pun ahli PAS dibenarkan menyertai, menyokong apalagi mengetuai NGO ini. Sekiranya berdegil MSU menasihatkan agar PAS Kawasan atau Badan Perhubungan Negeri membuat laporan agar tindakan dapat diambil.

Sebelum ini PASMA kelihatan ghairah menganjurkan forum dan program-rpogram pelancarannya ke seluruh negeri-negeri. Forum-forum ini turut disertai oleh pimpinan kanan PAS termasuklah kalangan YDP Kawasan.
Jika PASMA sudah dikenal-pasti oleh MSU sebagai anasir yang mencetuskan jamaah dalam jamaah, parti dalam pati maka seharusnya ahli-ahli PAS menjauhkan diri darinya. Dan mana-mana yang enggan, yang masih terus mahu bersama merancakkan agenda gelap PASMA ini sewajarnya dilaporkan aktiviti mereka, tak kiralah mereka itu pimpinan kanan PAS atau ahli biasa.

Lebih baik mereka yang yakin dan percaya dengan agenda PASMA ini memilih lantaran keputusan MSU itu samada mahu terus bersama PAS, atau jika sayang sangat pada PASMA, elok terus menyertainya dan putuskan sahaja hubungan dengan PAS.
PAS tidak perlu pada jamaah dalam jamaah apalagi parti dalam parti.

Samada kamu bersama kami atau kamu memilih menentang kami.

Akibat curang dalam perjuangan (131/0/14)


Dalam apa juga kes, seseorang samada didapati tidak bersalah dan dibebeaskan dari pertuduhan ataupun didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.” Guilty or not guilty” .
Semalam kita dimaklumkan bahawa PAS Pusat telah menggantung keahlian dua orang ADUN nya di Selangor iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun sebagaimana dilaporkan Harakahdaily:

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu keputusan tersebut diambil mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS.
"Hari kita bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Presiden PAS telah membincangkan mengenai dua Adun PAS mengenai krisis di Selangor tempoh hari.

‎"‎Laporan telah kita bentangkan dan Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan mengenakan tindakan tatatertib dengan menggantung keahlian kedua-dua mereka selama setahun bermula hari ini,"
Ini bermakna tindakan kedua-dua ADUN berkenaan memutuskan hubungan dengan blok ADUN-ADUN PAS Selangor dengan menandatangani akuan bersumpah dengan menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor, mendahalui keputusan parti dan Majlis Syura , adalah merupakan satu kesalahan tatatertib lantas mereka dijatuhkan hukum kerananya.

Inilah akibat kita mendahului pemimpin dan ketua. Gerakan Islam ini bukan kita yang punya secara peribadi, ia dimiliki oleh jemaah dan keputusan jemaah bersandar kepada kebijaksaan kepimpinan. Apa pun, setelah kita duduk dan berada dalam gerakan ini maka kita perlu akur dan taat pada nakhoda yang satu selagi mana nakhoda tadi tidak membawa kita ke jurang api neraka.
Ternyata kedua mereka dalam mebuat keputusan telah mengikut naluri dan nafsu peribadi, bacaan politik dilakukan membelakangkan jemaah, hasilnya jadilah ia bukan sekadar sumbang malah akibatnya merugikan perjuangan.

Siapakah MB Selangor hari ini? Wan Azizahkah? Tidakkah gelagat mereka akhirnya dilihat bagai kera sumbang, menang sorak, hangus begitu sahaja.
Jika tidak kerana tindakan curang mereka, PAS akan tetap memiliki suara besar iaitu melalui 15 kerusi dalam PR. Akan tetapi akibat gelojoh mereka, PAS kini dikira rakan kongsi terkecil dan lantaran itu dari 4 kerusi EXCO, PAS hilang satu tinggal 3 semuanya gara-gara kedua-dua mereka ini.

Orang yang melanggar disiplin dan pendirian parti memang wajar dihukum. Padanlah mereka digantung, malah jika terpacul lagi suara-suara sumbang dari mereka selepas ini sehingga terus merugikan jemaah dan perjuangan maka lebih baik mereka dipecat sahaja.
Semoga insiden ini menjadi iktibar buat semua. PAS Kawasan Gombak dan Kuala Langat perlu mengenal pasti calon-calon baru bagi menggantikan mereka ini yang kira-kiranya sudah tidak layak lagi mewakili gerakan Islam dimasa yang akan datang. Biarlah wakil-wakil rakyat PAS selepas ini terdiri dari kalangan mereka yang taat dan patuh pada parti, pemimpin dan perjuangan.

DAP terus menyerang dan menghukum PAS (8/10/14)

Wednesday, October 08, 2014


Saya telah sebutkan sebelum ini dan hari ini terbukti serangan DAP ke atas PAS masih berterusan.
The Star Online melaporkan bahawa Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang masih lagi ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) namun beliau telah dikeluarkan dari menganggotai beberapa jawatankuasa dalam MPPP iaitu Jawatankuasa Pembangunan dan Perancangan, Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Pelesenan.

Ahli EXCO Kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin turut menjelaskan bahawa peruntukkan kewangan Iszuree turut dibekukan dan disalurkan ke ahli majlis PAS yang lain.
Sementara itu portal senget sebelah, TMI melaporkan Ketua Menteri PP Lim Guan Eng sebagai berkata bahawa:

“He had made that lie against the Pakatan Rakyat state government. He had made the attack and he had made a lie.”
Kononnya Iszuree berbhong berkenaan kerajaan PR pulau Pinang ketika berucap dalam Muktamar PAS baru-baru ini dan bahawa Lim menganggap kritikkan Iszuree itu sebagai satu serangan dan pembohongan.

Setiausaha Agung DAP menghukum seorang pemimpin negeri PAS yang mengkritik kerajaan pimpinannya dalam satu forum, mesyuarat agung tahunan parti. Kerana menyentuh dan mengkritik kerajaannya, Lim begitu tersinggung dan menggunakan kuasanya menyentap apa saja kuasa yang ada pada Iszuree selaku ahli majlis, tinggallah beliau berjawatan tetapi tiada kuasa.
Dulu ketika Pairin Kitingan menang sebagai calon Bebas di Tambunan, tahuan 1980an  (sebelum kemudiannya menubuhkan PBS), Datuk Haris Salleh yang ketika itu Ketua Menteri BN Sabah telah bertindak menarik balik status Tambunan sebagai sebuah pentadbiran daerah menjadi sebuah daerah kecil (sub district). Menghukum rakyat kerana mengundi Pairin.

Jahat sungguh Harris ketika itu. Itulah perangai BN, malah di Kelantan, di Terengganu hingga kini dan hari ini kita lihat perangai jahat BN menghukukm seumpama itu turut ditauladani oleh Guan Eng.
Sudahkah Iszuree diberi hak untuk didengar (right to be heard), saya difahamkan perwakilan di muktamar turut mempertikaikan tentang tiadanya perbincangan tertinggi peringkat PR di Pulau Pinang yang kerap dan berjadual.

Sepatutnya Lim berjiwa besar, jika Iszuree benar seperti makna dakwaan beliau telah berbohong berkenaan kerajaannya, mengapa Lim sebagai ketua pentadbir negeri tidak memberikan penjelasan, penerangan dimana Iszuree silap.
Sebagaimana ketika beliau ditegur oleh ahli Parlimen Temerloh dan AJK PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan, berkenaan pemberian projek terowong Pulau Pinang. Mengapa tidak berjiwa besar dengan menjelaskan dimana Nasaruddin silap, mengapa perlu saman?

Sejak bila DAP lebih mengambil pendirian melenting dan menyerang balas bila ditegur. Kalau ia pun ianya datang dari kawan-kawan, kalau silap sila betulkan, mengapa mesti menghukum? Atau barangkali di sana ada sekelumit kebenaran atau bagaimana?
Dalam laporan TMI itu Lim terus menyerang PAS dengan mendakwa terdapat dua aliran dalam PAS, satu yang mahu terus bekerjasama dengan PR manakala satu lagi mahu bekerjasama dengan Umno, kata beliau:

“You want to work with Umno, you go and work with Umno. You want to work with PR, you come out and show your sincerity you are working with PR.”
Bagi saya ini satu kenyataan yang jahat yang cuba menggambarkan bahawa PAS sudah mahu keluar PR bahawa PAS sudah mahu berbaik dengan Umno.

Benarlah bahawa DAP memang sedang merancang untuk menendang PAS keluar dari PR. DAP mahu dilihat “champion”, DAP mahu menang besar dalam PRN Sarawak. Bagi mereka PAS ini liabiliti, PAS ini satu bebanan. Lupa sudah PAS lah yang dahulu bekerja kuat membawa PR disenangi dan diterima rakyat. Tenaga dan kudrat ahli-ahli PAS dignakan sepenuh-penuhnya untuk memperkenalkan PR, hari ini bila habis madu, maka PAS lebih baik disepak keluar sahaja.
Sekurang-kurangnya begitulah yang kita lihat DAP hari ini atau bagaimana?

Lagi-lagi Oktoberfest (7/10/14)

Tuesday, October 07, 2014

Posting saya berkenaan “Oktoberfest” bukanlah bermaksud saya rela ia  dianjurkan.

Sebenarnya posting berkenaan lebih kepada mahu mematahkan persepsi yang terbentuk hasil dari kenyataan seorang ahli Parlimen PAS Selangor berhubung “Oktoberfest” itu.

Mesej saya dari beliau sibuk “menghalalkan” pesta arak itu kerana kononnya memenuhi hak dan kehendak bukan Islam di Selangor, lebih baik beliau tumpu masa pada membela dan menjaga nasib anak-anak Islam yang bekerja cari makan dala industri haram, arak, berkenaan.
Sebagai seorang Islam, sudah pasti kita tidak akan senang dengan penganjuran apa sahaja majlis yang berbentuk maksiat dan ditegah oleh Allah swt. Jika dahulu di Selangor, PAS tidak punya kuasa politik, lantas pertanggungjawaban moral berkenaannya cukup sekadar teguran dan protes. Hari ini PAS sebahagian dari kerajaan, dengan panji-panji Islam di tangan, sudah pasti PAS akan dipertanggungjawabkan atas apa sahaja yang berkenaan hal pengurusan negeri yang turut diberi amanah kepadanya.

Kita punya ahli Parlimen, maka ahli-ahli Parlimen PAS wajib bawa mesej Islam dan dalam hal ini wajib menunjukkan ketidak –senangannya atas penganjuran pesta ini. Kita punya EXCO yang duduk dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri, maka EXCO tadi perlu bersuara menyatakan sensitiviti dan ketidak senangan terhadap pesta itu. Kita punya ADUN-ADUN, maka mereka juga perlu bersuara, kita punya ahli-ahli majlis PBT termasuk dalam kawasan PBT pesta berkenaan akan dianjurkan, mereka wajib bersuara, diam bermakna redha.
Benar pesta ini hanya diraikan oleh bukan Islam tetapi sejauh manakah penganjurannya tidak sama-sekali menganggu kepentingan masyarakat Islam dan tidak sama-sekali melibatkan masyarakat atau individu dan kumpulan Islam?

Pada 26 September lalu ia diadakan RP Saujana Hotel (kalau tak silap dalam Parlimen Subang), siapa dapat mengesahkan tidak ada seorang pun Muslim yang terlibat? Pekerja, pelayan, petugas semua bukan Islam kah? Tarikh sama ia juga dianjurkan di Setia Walk dalam Parlimen Puchong, benarkah tiada kepentingan Islam yang terlibat? Tidak terganggukah orang Islam yang hadir lalu-lalang?

3 Oktober lalu di Sunway Giza, Petaling Jaya, bagaimana?
Dan 10 hingga 12 ini, Grand Finale nya di One Utama Petaling Jaya, bolehkah ahli Parlimen PASyang berkenaan turun memastikan tidak ada seorang pun orang Islam terlibat?

Memamg meminum arak dibenarkan oleh agama dan kepercayaan selain Islam, tetapi apabila ia dipestakan sedemikian rupa, tambah di negeri Selangor ini suka atau tidak pasti akan melibatkan kepentingan masyarakat Islam, sekurang-kurangnya akan ada juga orang Islam yang nanti terlibat .
Melainkan penganjur menganjurkannya di pusat komuniti bukan Islam, di tokong, di gereja, kuil atau seumpamanya. Namun saya pasti gereja dan kuil pun tidak akan sanggup menjadi tuan rumah.

Kerana itulah apabila ada suara mengizinkan penganjuran ini, tambah ianya datang dari parti yang memerintah, apa lagi mewakili PAS pula, sudah pasti ramai khususnya masyarakat Islam akan beri reaksi negatif dan mengkritik. Adalah mungkin sekerat dua yang memuji, itu pasti datangnya dari yang bukan Islam yang akan memuji apa sahaja yang terpacul dari mulut wakil rakyat parti Islam yang menguntungkan mereka.
PAS perlu menerapkan Islam, lantaran ia sebahagian kerajaan pada tahap kemampuannya. Di Selangor dimana PAS merupakan anggota kerajaan campuran, maka sekurang-kurangnya wakil-wakil PAS disetiap peringkat perlu bersuara dan menyatakan perubahan yang mahu PAS bawa khasnya dalam aspek melibatkan masyarakat Islam di sini.

Jika dahulu masyarakat boleh terima jika PAS sekadar melaungkan teguran dalam bentuk protes dan kenyataan media, tetapi hari ini ia sebahagian kerajaan. Sudah pasti masyarakat yang mendukung PAS khasnya masyarakat Islam mengharapkan sesuatu yang lebih efektif dan bermakna dari PAS dalam aspek Islam ini berbanding dengan Umno.
Lantas apabila tercetus kontroversi “Oktoberfest” ini, maka kuasa politik kecil manapun yang ada pada PAS perlu digembelingkan bagi mendidik dan memahamkan masyarakat akan kedudukan Islam dalam bab pesta arak ini. Masyarakat Islam tidak boleh didedahkan apalagi terlibat dengan aktiviti ini secara langsung atau tidak langsung.

PAS perlu melindungi kakitangan kerajaan, penduduk Islam dan rakyat Selangor beragama Islam dari sebarang aktiviti dan kerja-kerja maksiat serta kesan daripadanya. Jika masyarakat bukan Islam memikirkan mahu dan perlu menganjurkan apa juga majlis atau pesta seumpama ini, demi menghormati masyarakat Islam, maka pastikan ia dianjurkan atas sepenuh pertanggungjawaban mereka tanpa menjejaskan sedikit pun masyarakat dan komuniti Islam.
Semua peringkat dan proses aktiviti berkenaan perlulah hanya melibatkan yang bukan Islam.

PAS perlu pertegaskan perkara ini kerana kegagalan bertahan dan mendesak sedemikian akan mengakibatkan PAS dipandang serong dan malah lari dari prinsip dan dasar perjuangannya.
Ringkasnya PAS perlu tegas menolak sebarang penganjuran majlis maksiat di atas bumi yang ia diberi amanah untuk perintah, tetapi jika mahu dianjurkan juga oleh masyarakat bukan Islam maka PAS perlu tegas mengenakan syarat dan peraturan.

Hak orang bukan Islam dihormati dan pada waktu yang sama hak serta kepentingan Islam terpelihara.

PAS liabiliti buat DAP (7/10/14)


Orang kuat DAP, bapa kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Lim Kit Siang hari ini dilaporkan oleh media sebagai mempersoalkan, masih relevankah Pakatan Rakyat? Beliau mendesak agar diadakan suatu mesyuarat tergempar pimpinan tertinggi PR bagi menilai semual sejauh manakah PR relevan dalam kontek politik di Malaysia.
Saya menerima satu “signal” dari seorang rakan dari media bahawa DAP sedang merancang sesuatu demi menghadapi Pilihanraya Umum Negeri di Sarawak.

PRN Sarawak dijangka diadakan samada penghujung tahun ini atau awal 2015. DAP yang sebelum ini memenangi 12 dari 71 kerusi DUN di Sarawak (PKR menang 3) bercita-cita besar mahu melonjakkan lagi kedudukannya di negeri tersebut malah begitu ghairah mahu menawannya dengan bantuan rakan-rakannya di sana setelah mencapai kemenangan besar di Semenanjung dalam PRU ke 13 baru-baru ini (DAP punya 5 kerusi Parlimen dari Sarawak).
Apakah rancangan itu?

Kalau kita perhatikan desakkan Kit Siang di atas ternyata DAP telah merancang sesuatu.
Sejak kebelakangan ini serangan DAP bukan hanya kepada musuh tradisinya BN termasuklah MCA dan Gerakan. Akan tetapi kalau dilihat secara teliti DAP lebih banyak menghala dan menghabiskan pelurunya dalam menyerang rakannya sendiri iaitu PAS kebelakangan ini.

Dalam isu pemecatan Tan Sri Khalid sahaja, DAP antara yang menonjol menyerang dan membelasah PAS. Tidak cukup dengan melabel 4 EXCO PAS yang kekal dalam kabinet Tan Sri Khalid sebagai pengkhianat, DAP melalui Setiausaha Agungnya turut mahu menyaman AJK PAS Pusat yang juga AP Temerloh, Ustaz Nasaruddin Hassan kerana menegurnya berhubung projek terowong di Pulau Pinang.
Tidak berhenti disitu, DAP turut menuntut agar 2 EXCO PAS iaitu Dr Halimah dan Ustaz Sallehen tidak dilantik semula sebagai EXCO. Dr Halimah kononnya dikatakan lewat mengagihkan bantuan sekolah Cina manakala Ustaz Sallehen dikritik dalam kes “Bible”.

DAP turut mengangkat dua ADUN PAS Selangor yang dilabel “pengkhianat” oleh PAS sebagai “wira” dalam majlis terbukanya. DAP enggan menghantar pimpinan tertingginya dalam majlis perasmian Muktamar PAS di Johor dan juga enggan membantu PAS dalam PRK Pengkalan Kubur di Kelantan.
Terbaru DAP turut memecat ahli majlis PAS di Pulau Pinang.

Apakah yang dapat dibaca dari semua ini?
Sesungguhnya ia berkait rapat dengan PRN Sarawak. DAP begitu yakin bahawa ia mampu membawa kejutan di sana. Ia akan berhabis-habisan di sana tambahan pula ia percaya sentimen anti Malaysia yang terpendam dalam jiwa sebahagian rakyat Sarawak boleh dibakar dan dieksplotasi ke arah kepentingannya.

Jika DAP mampu tumbangkan BN di Sarawak laluan buatnya ke Putrajaya bakal terbentang luas, sekurang-kurangnya itulah kepercayaannya buat masa ini.
Apa kena mengena dengan PAS?

Kit Siang sendiri menyebut bahawa krisis MB  Selangor telah menghakis kepercayaan rakyat pada PR dan malah ia merupakan krisis paling pahit buat PR dalam tempoh  6 tahun penubuhannya. Sesungguhnya Kit Siang walaupun tidak “direct” tetapi mahu menuding jari pada PAS. Dan persitiwa-persitiwa di atas adalah bukti betapa pada mata DAP, mengambil kira harapannya di Sarawak, PAS adalah satu liabiliti besar.
DAP melihat ia tidak perlu bantuan PAS untuk menang di Sarawak. Malah PAS pada perkiraannya tidak punya harapan pun di Sarawak. Mendukung PAS dalam PRN Sarawak baginya bagaikan mendukung biawak hidup.

PAS dengan agenda Islam pada perkiraan DAP sangat tidak sesuai untuk mahu menang Sarawak.
Lantas sesuatu perlu dilakukan agar PAS tidak duduk dalam satu bakul dengan DAP apabila ia melancarkan serangannya ke Sarawak.

Bayangkan PAS dengan isu Hudud dan Negara Islam, dengan isu kalimah “Allah”, semuanya ini bagi DAP tidak disenangi pengundi Sarawak yang pelbagai, lebih-lebih lagi pengundi bukan Islam yang merupakan sasaran DAP.
Atas itu, sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan cita-cita bernafsu DAP di Sarawak akan terkabul. Tidak mustahil dengan senario yang ada,mengambil kira  tahap kebencian DAP terhadap PAS, besar kemungkinan DAP akan mendesak agar PAS dikeluarkan dari PR. Mungkin ada rakan-rakan baru dari Sarawak yang berminat menyertai PR, mungkin DAP sudah terima lampu hijau dari kawan-kawannya dalam PASMa (yang kononnya boleh ganti PAS dengan iemj liberal islamis)  yang mahu menyertai PR.

Kit Siang sudah berkokok. Mungkinkah fajar baru sedang mahu menyingsing, PR tanpa PAS atas kehendak DAP?

 

 

 

 

Oktoberfest dan kepentingan Islam (6/10/14)

Monday, October 06, 2014


Pesta Arak “Oktoberfest” yang berasal dari Wilayah Bavaria di Munich, Jerman memang telah diraikan di Malaysia khasnya di Lembah Kelang sejak zaman berzaman. Syarikat-syarikat arak, khasnya bir, samada dari jenama antarabangsa termasuklah yang punya kilang di sini sering ke hadapan menjadi penaja pesta berkenaan.
Ia diraikan di kelab-kelab dan pusat-pusat hiburan (pub) yang menyajikan arak termasuklah di restoran dan hotel tertentu. Malah pusat-pusat mebeli-belah juga ada yang terlibat menganjurkannya.

Ia tidaklah kedengaran di Pantai Timur, samada di Kelantan atau Terengganu, barangkali kerana negeri-negeri ini majoriti penduduknya orang Melayu beragama Islam, akan tetapi di Lembah Kelang, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu, Sabah dan Sarawak ianya popular dan sering mendapat sambutan para peminum arak.
Jika dahulu pesta ini berlalu begitu sahaja, tetapi hari ini dengan perubahan lanskap politik dalam Negara, suka atau tidak ia telah diangkat sebagai isu politik sehingga mencetuskan satu kontroversi hangat.

PAS, satu-satunya parti Islam dalam Negara sesungguhnya bukan baru tetapi telah sejak dari zaman penubuhannya ke hadapan dalam isu-isu melibatkan pencegahan perkara-perkara mungkar yang melibatkan masyarakat. Jika dahulu mungkin suara PAS sayu-sayu sahaja terdengar, tambahan dengan liputan media yang kurang, tetapi hari ini dengan media yang terbuka suaranya semakin menonjol, tambahan memerintah Kelantan dan bersama memerintah Selangor selain punya 21 wakil di Dewan Rakyat dan 85 kerusi DUN di 10 negeri
Sebagai sebuah parti Islam sudah pastilah kerja-kerja amar makruf nahi mungkar menjadi agenda perjuangan PAS.

Kerana itu tidak mustahil jika PAS menentang sebarang rancangan atau promosi berunsur maksiat dan bertentangan dengan Islam.
Walaubagaimanapun, oleh kerana Malaysia merupakan sebuah Negara berbilang agama dan kaum, maka perkara-perkara yang melibatkan hak orang-orang bukan Islam, khasnya dalam amalan dan tabiat yang dibenarkan oleh agama, kepercayaan dan budaya mereka, perlulah dihormati PAS.

Di Kelantan contohnya, arak lantaran merupakan minuman yang tidak diharamkan oleh agama dan kepercayaan bukan Islam, maka ia dibenarkan tetapi dengan beberapa syarat dan peraturan yang memelihara kepentingan masyarakat majoriti yang beragama Islam.
Judi pula diharamkan, oleh kerana ia membawa mudarat sosial bukan hanya ke atas umat Islam tetapi juga yang bukan Islam.

Berbalik kepada isu Pesta Octoberfest, di Selangor beberapa kenyataan politik terbit dari pelbagai parti khasnya dari PAS dan juga Umno. Seorang ahli Parlimen PAS yang seringkali laju dan ringan mulut mengeluarkan kenyataan antara lain menyebut bahawa pesta berkenaan tidak boleh dihalang kerana Malaysia sebuah Negara majmuk dan ia dianjurkan oleh orang bukan Islam. Beliau dipetik menyebut:
“Islam mengiktiraf yang arak bukan sesuatu yang haram mengiktu ajaran agama mereka (bukan Islam). Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakan di Petaling Jaya itu di kawasan majoriti bukan Islam”

Dari segi permukaannya mungkin ada kebenaran kenyataan ahli Parlimen PAS dari Selangor ini, memang Malaysia Negara majmuk dan memang arak ini tidak haram buat yang bukan Islam. Walaubagaimanapun wajarkah kita ambil secara borong begitu? Adakah kerana Malaysia Negara majmuk maka Kelantan contohnya yang duduk dalam Malaysia walaupun majoriti rakyatnya lebih 90 peratus Melayu Islam juga perlu berikan kebenaran? Terengganu bagaimana? Perlis? Kedah?
Bagaimana pula dengan Sabak Bernam, Gombak dan Shah Alam sendiri contohnya yang pengundi Islamnya jauh lebih besar dari yang bukan Islam? Adakah bermakna Petaling Jaya boleh tapi Gombak Shah Alam haram atau bagaimana?

Oleh kerana PAS ini parti Islam, disitulah pentingnya isu-isu berkenaan hukum dan pentafsirannya khasnya yang melibatkan Islam dan kepentingan bukan Islam ini dirujuk dan mendapat pandangan para ulamak. Bukan bermakna mentang-mentang kita ini ahli Parlimen atau EXCO atau MB PAS kita punya lesen besar dan boleh ikut sedap hati dan mulut kita untuk keluarkan kenyataan khasnya yang melibatkan Islam dan kepentingannya.
Benar orang bukan Islam punya hak minum arak dan anjur pesta seumpamanya, tetapi syaratkanlah pada mereka agar menghormati juga orang Islam. Jangan libatkan orang Islam. Ahli Parlimen PAS Selangor itu benar dalam menghalakan orang bukan Islam ber “Octoberfest” tetapi sudahkah ia ambil prihatin tentang masyarakat Islam? Sudahkah ia guna kuasa politik dan pengaruhnya memastikan yang tiada orang Islam terlibat, bukan hanya sebagai perserta, tetapi sebagai pekerja, penghidang, penganjur.

Kilang arak terletak dalam kawssan Parlimen Shah Alam yang diwakili PAS, memang kerana suasana politik semasa, tiada pengaruh politik yang berkuasa menutup kilang tersebut, samada semasa BN memerintah dulu termasulah kini zaman PR, sekurang-kurangnya pada waktu ini. Tetapi sudahkah ahli Parlimen berkenaan mengambil berat dan inisiatif menyelamatkan pekerja-pekerja Islam di kilang berkenaan? Itu belum lagi sebuah kilang lain di Parlimen PJ Selatan di Selangor.
Memang susah tanggungjawab dan kerja ini tetapi itulah tugas pemimpin Islam yang diberi kuasa dan amanah, bukan sekadar keluar kenyataan demi menyedapkan hati pihak-pihak tertentu sahaja.

Dari kita ringan sangat mulut menyedapkan hati bukan Islam demi kerana “Octoberfest”, ringan-ringankanlah juga mulut dan tangan memelihara dan menjaga kepentingan Islam.
Bagaimana pula dengan anak-anak Melayu yang bekerja di pusat-pusat hiburan yang menghidangkan arak di seluruh Selangor? Sudahkah beliau ambil inisiatif dan prihatin akan nasib mereka?

Memang “Octoberfest” itu hak yang bukan Islam, tetapi jangan sampai lupa akan hak dan kepentingan Islam pula. Biarkanlah mereka berpesta sampai “pecah perut” sekalipun, meminjam kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz (semasa beliau MB Kelantan) ketika satu pesta yang hampir sama mahu dianjurkan oleh masyarakat bukan Islam di Kelantan satu ketika dahulu, tetapi pastikan tiada orang Islam yang terlibat.
Hak orang bukan Islam kita pelihara dan pada waktu yang sama orang-orang Islam dijaga hak mereka dengan melarang mereka terlibat samasekali samada sebagai promoter, penganjur, penghidang, pelayan, penghibur atau apa sahaja kerana pesta itu “haram” dari segi Islam.

Kalau kita gagal, apa beza kita dengan Umno? Umno dulupun sekadar beri “lip service” terhadap Islam dan kepentingannya. Bab-bab pencegahan kemungkaran ini tidak masuk dalam agenda dan keutamaan mereka. Noh Omar mungkin berkokok bising dalam hal “Octoberfest” di Selangor, tetapi di zaman ia memerintah bagaimana?
Kerana itu PAS biarlah dilihat berbeza dan sepatutnya pun wajib berbeza.

Biarlah nampak di Selangor ini melalui usaha PAS, setelah ada kuasa ini, anak-anak Islam dapat diselematkan dari industri maksiat, suatu tugas yang berat dan besar, tetapi wajar digerak dan dimulakan. Itu lebih baik pada pengamatan saya dari kita sibuk berbahas bab “Octoberfest” yang memang “halal” pun buat mereka yang menolak Islam, asalkan jangan menjejaskan kepentingan Islam dan masyarakatnya dan tidak melibatkan walau seorang warga Islam