PAS dan PRK Parlimen Bukit Gelugor (11/5/14)

Sunday, May 11, 2014


Esok adalah Hari Penamaan calon untuk pilihanraya kecil parlimen Bukit Gelugor yang diadakan ekoran kematian bekas wakilnya Karpal Singh.
Setakat hari ini MCA yang sepatutunya merupakan wakil BN untuk kerusi berkenaan telah mengumumkan tidak akan bertanding. Bermakna tiada calon BN untuk PRK ini. DAP pula telah mengumumkan bahawa anak mendiang Karpal iaitu Ram Karpal Singh akan bertanding mewakili DAP dan Pakatan Rakyat.

Sekiranya tiada calon lain yang mengemukakan kertas pencalonan bermakna DAP akan menang tanpa bertanding. Walaubagaimanapun adalah dijangkakan beberapa atau sekurang-kurangnya seorang calon bebas akan bertanding bagi memeriahkan suasana.
Saya rasa DAP sudah hampir pasti mengekalkan kerusi majoriti Cina ini.

Apa yang mahu saya sentuh adalah keperluan PAS untuk berhati-hati dalam PRK ini. Benar kesepakatan dan kesepaduan PR penting, namun kita janganlah jadi “Pak Turut”, menurut sahaja walaupun dalam isu prinsip.
Timbalan Presiden PAS telah mengisytiharkan bahawa PAS menganggap Ramkarpal seolah-olah calon PAS dan akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

PAS deputy president Mohamad Sabu today declared the party will support DAP candidate, Ramkarpal Singh in the Bukit Gelugor by-election on May 25.
He said the party considered the DAP candidate as PAS's candidate and would give their undivided support to the son of the late Karpal Singh.

"We will give our full support and tomorrow night we will be launching PAS election machinery to assist DAP in the Bukit Gelugor by-election," he told reporters after DAP announced its candidate, here today. (my sinchew.com)
Dalam waktu yang sama calon DAP itu turut mengisytiharkan bahawa salah satu isu yang akan beliau bangkitkan semasa kempen PRK ini adalah Hukum Hudud PAS:

“I thank the party leaders and members for entrusting me, for giving me this opportunity to defend the seat, which holds a sentimental value to me,” said Ramkarpal, adding that he would focus on two main issues during campaigning – PAS’ hudud law and the persecution of opposition leaders under the Sedition Act. (thestaronline)
Macam mana PAS mahu membantu berkempen sedangkan yang mahu dibantu mahu menyerang Hukum Hudud?

Saya fikir PAS boleh membuat teguran, atau nasihatkan DAP agar tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan PAS. Kalau DAP berterusan mahu menggunakan isu Hudud sebagai bahan kempen mereka, PAS perlu bangkit membuat keputusan.
Samada menggunakan pula platform PRK ini untuk menerangkan secara terperinci perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan ataupun menyatakan pada DAP bahawa PAS akan “berihat” semasa PRK ini. Macam mana PAS nak membantu jika pada waktu yang sama DAP menyerang dan mengkritik Hudud di Kelantan?!

Jika isu ini tidak diselesaikan, dan PAS selamba mengerahkan tenaga dan melancarkan jentera bantuan, PAS akan dilihat memang “Pak Turut” yang tiada prinsip dan lemah dalam mempertahankan dasarnya. Saya benar-benar harap PAS memandang serius isu ini.

 

Antara lobi menolak dan menerima Hudud (7/5/14)

Wednesday, May 07, 2014

Dalam sebuah sidang akhbar selepas majlis forum berkenaan Hudud anjuran akhbar Sinar Harian siang tadi, salah seorang ahli panel iaitu Datuk Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA dilaporkan oleh The Star sebagai berkata kiranya ahli-ahli Parlimen Umno bertindak menyokong “Private Bill” PAS berkenaan Hudud di Parlimen maka MCA akan pertimbangkan semula kedudukan mereka dalam Barisan Nasional.

Nada ini mirip kenyataan seorang pemimpin DAP sebelum ini yang menggesa PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat kiranya mahu meneruskan cita-citanya membentangkan “Private Bill” berkenaan di Parlimen.
Jelas dalam isu ini masing-masing parti politik tidak kiralah samada dari BN mahupun PR sedang bertindak melobi pendirian politik masing-masing bagi mempengaruhi  usaha PAS melaksanakan Hudud di Kelantan. Masing-masing parti memiliki bilangan kerusi tertentu di Dewan Rakyat, melalui lobi ini masing-masing mahu menonjolkan kekuatan politik masing-masing.

Lobi-melobi ini adalah sebahagian dari amalan demokrasi. Suara satu-satu kelompok atau golongan mempengaruhi lobi berkenaan. PAS mahu membawa “Private Bill” ini. Dengan bilangan kerusinya yang ada di Dewan tidak cukup untuk meluluskan bill ini. Tiba-tiba Umno menyatakan bahawa akan memberi sokongan kepada bill itu, maka harapan untuk ia diluluskan cerah oleh kerana jumlah bilangan kerusi Umno dan PAS hampir mencecah “simple majority” dalam Dewan.
Bagi memastikan bill ini gagal, MCA contohnya melalui kenyataan Wee di atas sedang cuba menggunakan kedudukannya dalam BN dengan mengancam akan keluar jika Umno setuju dengan Bill ini, bermakna MCA sedang lobi secara ancaman. Begitu juga DAP terhadap PAS.

Sekali lagi menerusi amalan demokrasi tindakan ini “normal”.
Sentimen apakah yang digunakan oleh MCA, DAP dan beberapa parti kecil lain? Sentimennya bahawa Hudud bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang menurut mereka menjamin sebuah kerajaan yang sekular. Sekular bermakna memisahkan antara kerajaan dan agama.

Sentimen apakah pula terpakai atas PAS dan Umno dan diharapkan beberapa ahli Parlimen Muslim dari parti-parti lain? Sentimen di sini adalah bahawa Hudud sebahagian dari ajaran Islam dan termaktub di dalam al Quran serta dlaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan ini wajib disokong.
Malaysia telah mengamalkan dwi sistem perundangan sejak sebelum Merdeka lagi iaitu dengan wujudnya sistem keadilan Islam melalui Mahkamah Syariah. Kehadiran Mahkamah Syariah sesungguhnya adalah bukti bahawa Malaysia bukanlah Negara sekular, malah Islam sebagai agama rasmi Persekutuan (Artikel 3 (1) Islam is the religion of the Federation) dengan sendirinya membutikan Malaysia mengiktiraf kewujudan Islam dan amalannya dalam masyarakat.

Hudud dalam hal ini adalah “expansion” atau perluasan dari sistem perundangan Islam yang ada. Kelantan mahu “expansion” ini dilaksanakan.
Orang Islam tidak boleh melawan al Quran. Orang Islam dididik menjunjung al Quran. Oleh itu kalau ada lobi yang mahu menolak “Private Bill” ini oleh ahli-ahli Parlimen bukan Islam, (sedangkan Hudud yang mahu dilaksana tidak terkena pun ke atas mereka) maka ahli-ahli Parlimen Islam perlulah bangkit menyokongnya atas sentiment Islam.

Ini bukan hasut-menghasut. Ini bukan seruan memecah-belah perpaduan dan keharmonian rakyat. Tetapi ini “lobi” yang merupakan amalan demokrasi yang dipakai oleh semua Negara demokratik. Di Amerika Syarikat juga ada lobi, lobi paling kuat di sana adalah lobi “Yahudi” sehingga boleh mempengaruhi kepimpinan Negara berkenaan dan bill serta peraturan yang mahu dilulus di sana. Begitu juga di UK dan Eropah. Malah di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga begitu!
Kesimpulannya semoga semua ahli Parlimen Muslim sedar akan tugas dan tanggungjawab mereka masing-masing pertama terhadap Allah swt dan kedua pada Negara dan rakyat. Pertahankanlah maruah dan harga diri Islam. Ini bukan hal PAS atau Umno, tetapi ini berkenaan status Islam dan letak duduknya pada mata rakyat dan Negara.

Semoga Malaysia kekal aman dan Islam sebagai agama rasmi Negara dipertahankan.

Siasat semua yang menghasut (7/5/14)

Pepatah Melayu ada berkata “Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa” pepatah yang halus menasihati orang Melayu agar berhati-hati menggunakan kata-kata kerana berbicara tanpa fikir, berbicara dengan nafsu, berbicara penuh marah, besar kemungkinan akan mengundang bencana yang sudah semestinya akan membinasa diri sendiri.

Sesungguhnya kata-kata nasihat tak kiralah dari sumber Melayu lama, Cina, Barat, yang baik perlu dipungut dan diguna-pakai oleh semua, demi kebaikan bersama.
Kini sedang sibuk berbagai pihak menyerang seorang pemimpin NGO yang telah mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menyakiti satu kelompok kaum di Malaysia.  Presiden Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Abdullah Zaik dilaporkan menyebut:

“Orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.

“Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

“Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melay

Tiada siapa yang berhak untuk menggadai kedaulatan Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini,”
Saya secara peribadi memandang kenyataan beliau agak kasar dan jelas bercampur-baur antara fakta dan imaginasi. Benar masyarakat Cina asalnya berhijrah ke Tanah Melayu atas “jemputan” peluang yang dibuka oleh penjajah Inggeris tetapi untuk melabel mereka sebagai penceroboh dan agenda mereka bersekongkol dengan Inggeris untuk menindas dan membuli orang Melayu agak keterlaluan.

Kalau benar dari pandangan undang-undang kenyataan itu berbaur hasutan, maka wajarlah beliau disiasat dan di bawa kepengadilan.
Siapa pun rakyat Malaysia berhak bersuara namun hak itu terbatas oleh undang-undang demi memelihara keharmonian rakyat berbilang bangsa dan agama di tanahair kita.

Malah bagi saya kenyataan sesetengah pihak yang ghairah menolak cadangan perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan juga perlu disiasat kerana ia seakan berbaur hasutan juga. Menolak atau menerima sesuatu cadangan itu adalah hak masing-masing, akan tetapi apabila ia bercampur baur antara fakta dan imaginasi diselit pula dengan unsur yang kelihatan menghina dan merendahkan sesuatu kepercayaan maka ia juga hasutan dan perlu disiasat.
Nak tolak tolak tapi jangan sampai mengguris perasaan orang Islam apalagi menghina.

Awas ISMA, dan awas juga yang lain-lain yang mengkritik Hudud.

 

 

Jom boikot Bukit Gelugor dan Teluk Intan (2/5/14)

Friday, May 02, 2014


Sebagai seorang ahli PAS kalau diajukan persoalan pada saya, pasti saya akan menjawab bahawa saya akan menyokong 100% perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan sebagaimana sedang diusahakan oleh PAS melalui “Private Bill” di Parlimen. Itu sudah pasti. Kalau ada ahli PAS yang memiliki pendirian atau pandangan selain itu, sewajarnya individu itu dipecat.
Tetapi Hukum Hudud ini bukan idea PAS. Ianya bukan bikinan PAS. Ianya suatu kanun yang di turunkan Allah swt sebagaimana termaktub di dalam al Quran dan dilaksanakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Ia sesuatu yang diwajibkan ke atas umat Islam, dan sekiranya umat Islam memegang kuasa di dalam sesebuah pemerintahan atau kerajaan, maka wajib pemimpin Islam tadi melaksanakan hukum berkenaan.

Oleh itu saya yang menyokong PAS, sebuah parti berteraskan Islam di Malaysia yang bercita-cita memperjuangan perlaksanaan Islam, memanglah akan menyokong perlaksanaan hukum ini, bagaimana dengan yang lain?
Rakyat Malaysia yang bukan Islam tidak kira fahaman politik, samada DAP, Gerakan, MCA, MIC, PKR atau apa sahaja atau tidak berparti, mungkin menolak hukum ini kerana ianya bukan dari agama mereka. Walaubagaimanapun mungkin ada segelintir yang faham dan terbuka boleh menerima.

Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang beragama Islam khasnya berbangsa Melayu yang merupakan penganut Islam majoriti dalam negara?
Sewajarnya usaha PAS ini dianggap sebagai sesuatu yang murni, walaupun berasal dari inisiatif PAS, tetapi ia bermaksud untuk memartabatkan Islam, ia wajib disokong. Kerana itu samada ia bermotif politik atau tidak kita lihat Umno awal-awal lagi melalui kenyataan beberapa pimpinan mereka menyatakan akan menyokong “Private Bill” ini dan perlaksanaan Hudud di Kelantan.

Kalau Umno parti Melayu, maka memang kenalah mereka menyokongnya memandangkan Hudud adalah tuntutan ke atas penganut Islam, dan Umno mewakili orang Melayu yang beragama Islam.
Begitu juga sewajarnya semua ahli Parlimen Melayu dan Islam tidak kira samada dari BN mahupun Pakatan Rakyat termasuklah dua orang ahli parlimen DAP yang berbangsa Melayu beragama Islam!

Kesungguhan perlaksanaan Islam bergantung atas kesatuan ummah. Kesatuan ummah bermula di atas kesatuan pimpinan ummah, yakni pemimpin yang beragama Islam yang mewakili rakyat.
Hari ini selain PAS yang “solid” menyokong, dan Umno yang mengatakan akan sokong, parti-parti politik lain terutama MCA, DAP, Gerakan dan MIC secara terbuka menyatakan tentangan. Ini termasuklah beberapa parti komponan BN di Sabah dan Sarawak. PKR pula berbelah bahagi, ada pemimpinnya yang menyatakan akan menyokong sebagai seorang Muslim, ada juga yang menyatakan akan tentang.

Sehingga hari ini saya tidak nampak ada sekelumit pun logik di atas penentangan pimpinan politik bukan Islam ini memandangkan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan itu hanya terkena ke atas orang-orang Islam sahaja. Dimanakah hak dan kepentingan bukan Islam yang terjejas dan terganggu akibat operlaksanaan Hudud di Kelantan ini?
Bagi saya “devoid of logic” atau dalam ketiadaan logik, maka yang nyata hanyalah penetangan ini kerana tidak mahu kepada Islam. Saya bukan bermaksud mahu membakar semangat atau mencetus ketegangan antara agama, tetapi saya sekadar mahu meniti di atas hak dan kuasa politik di bawah sistem demokrasi yang kita anuti dan amalkan sekian lama.

Baik kiranya kumpulan yang “devoid of logic” ini menentang semata-mata kerana tidak mahu melihat perlaksanaan Islam sesama umat Islam, walaupun pelbagai seminar dan dailog diadakan, maka perlulah suatu pengajaran politik dikenakan ke atas mereka.
Tidak lama lagi akan ada dua pilihanraya kecil Parlimen, satu di Bukit Gelugor Pulau Pinang dan satu di Teluk Intan Perak.

Oleh kerana kesemua penentang Hudud ini seakan tidak peduli di atas sensitiviti umat Islam, kehendak umat Islam untuk mengamalkan agama mereka. Mereka hanya pentingkan kuasa politik mereka, apa kata kita pula beri pengajaran politik kepada mereka.
Dalam kerangka sistem demokrasi kita mahu bertindak secara berakhlak dan terhormat, bukan melalui keganasan atau kacau-bilau. Apa kata umat Islam khasnya orang Melayu di Bukit Gelugor dan Teluk Intan tak kiralah PAS, atau Umno, atau PKR atau DAP Melayu atau NGO atau yang tidak berparti, kesemuanya, boikot kedua-dua PRK ini.

Jangan keluar mengundi kerana yang akan bertanding di Bukit Gelugor nanti adalah DAP dan MCA kedua-duanya menentang Hudud. Demikian juga di Teluk Intan iaitu antara DAP dan Gerakan kedua-duanya menentang Hudud. Demi maruah dan harga diri kita apa kata kita pulaukan kedua-dua PRK ini biar mereka dengan jelas membaca betapa bengkaknya hati umat Islam lantaran komen dan protes mereka terhadap Hudud kebelakangan ini.
Biar ini menjadi mesej bahawa kuasa politik Melayu dan Islam boleh juga digunakan di kawasan-kawasan lain seluruh Malaysia kiranya penentangan ini berterusan.

Gesaan ini terbit dari hati dan fikiran saya sendiri, lama sangat orang Islam bersabar dengan karenah dan sikap enggan bertoleransi dan tolak-ansur kawan-kawan kita ini.