Friday, August 01, 2014

MB Selangor bukan isu wanita (1/8/14)


Apakah sebenarnya isu di Selangor hari ini? Bahawa PKR mahu tukar MB Selangor, bahawa DAP setuju dengan hasrat PKR itu dan bahawa PAS khasnya PAS Negeri Selangor, Presiden PAS, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulamak PAS lebih selesa MB sekarang dikekalkan hingga hujung penggal.
Saya terkejut membaca The Star Online sebentar tadi yang memetik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai berkata bahawa isu penting yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat 10 Ogos nanti adalah samada boleh atau tidak seorang wanita menerajui Selangor sebagai MB. Benarkah itu isunya?

Lim dipetik sebagai berkata:
“We intend to "clear the first hurdle" by obtaining a stand from all political leaders that there would be no objection to a woman being a mentri besar.”

PAS (sekurang-kurangnya PAS Selangor, Presiden dan Mursyidul Amnya) telah menegaskan isunya bukan siapa ganti Tan Sri Khalid, isunya adalah bahawa tidak sesuai kerusi MB ditukar pada waktu dan ketika ini, sebagaimana kenyataan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang:
SAYA menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor.

Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS) di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.
Kedua, kita tidak boleh membelakangi Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan kita (PAS) serah kepada bagindalah untuk menentukan dan tidak boleh dibelakangi baginda dalam isu (MB) ini, itu (keputusan) terpulang kepada baginda (Sultan).

Ketiga, alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak kukuh. Di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Jika sekiranya, beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu boleh kita tukar. Tapi, jika alasan yang lain itu boleh kita urus dan bukan dengan tukar Menteri Besar. Ini kerana, kita anggap masih dalam 'perjalanan' dan tidak boleh 'dipintas' dalam perjalanan, kena tunggu hingga habis tempoh penggallah. Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat dari Pesuruhjaya PAS negeri Selangor dan rakan-rakan Exco (kerajaan) Selangor dan wakil-wakil rakyat Dun Selangor dari PAS.
Kenyataan Presiden PAS ini kemudiannya disokong oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dato Mohammad Yakub yang juga MB Kelantan.

Tidak berbangkit langsung isu wanita jadi MB sebagaimana dibayangi oleh Guan Eng.
Memang PKR mahu Khalid digantikan oleh Dr Wan Azizah, namun bagi PAS bukan siapa pengganti isunya, isunya adalah kesesuaian masa dan ruang. Diketika ini adalah difikirkan Tan Sri Khalid sesuai dikekalkan, kalau perlu sangat tukar maka biarlah sehingga ke penghujung penggal.

Silap Guan Eng tu.

1 comment:

Putra IJ80 said...

Cer berlapang dada..mereka DAP penyokong kuat utk tukar MB sbelum nie jdi satelah byk yg menentang mlh mungkin membwa perpecahan PR mereka guna alasan itu utk bincang wpun nmpak. Janggal tpi ckup lh di jadikan alasan bgi mereka selari dgn pandangan UMNO..dan sya yakin akhirnya DAP stuju kekalkan TSKI bukan ganti Azmin kah kah kah..(politik)