Sunday, May 11, 2014

PAS dan PRK Parlimen Bukit Gelugor (11/5/14)


Esok adalah Hari Penamaan calon untuk pilihanraya kecil parlimen Bukit Gelugor yang diadakan ekoran kematian bekas wakilnya Karpal Singh.
Setakat hari ini MCA yang sepatutunya merupakan wakil BN untuk kerusi berkenaan telah mengumumkan tidak akan bertanding. Bermakna tiada calon BN untuk PRK ini. DAP pula telah mengumumkan bahawa anak mendiang Karpal iaitu Ram Karpal Singh akan bertanding mewakili DAP dan Pakatan Rakyat.

Sekiranya tiada calon lain yang mengemukakan kertas pencalonan bermakna DAP akan menang tanpa bertanding. Walaubagaimanapun adalah dijangkakan beberapa atau sekurang-kurangnya seorang calon bebas akan bertanding bagi memeriahkan suasana.
Saya rasa DAP sudah hampir pasti mengekalkan kerusi majoriti Cina ini.

Apa yang mahu saya sentuh adalah keperluan PAS untuk berhati-hati dalam PRK ini. Benar kesepakatan dan kesepaduan PR penting, namun kita janganlah jadi “Pak Turut”, menurut sahaja walaupun dalam isu prinsip.
Timbalan Presiden PAS telah mengisytiharkan bahawa PAS menganggap Ramkarpal seolah-olah calon PAS dan akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

PAS deputy president Mohamad Sabu today declared the party will support DAP candidate, Ramkarpal Singh in the Bukit Gelugor by-election on May 25.
He said the party considered the DAP candidate as PAS's candidate and would give their undivided support to the son of the late Karpal Singh.

"We will give our full support and tomorrow night we will be launching PAS election machinery to assist DAP in the Bukit Gelugor by-election," he told reporters after DAP announced its candidate, here today. (my sinchew.com)
Dalam waktu yang sama calon DAP itu turut mengisytiharkan bahawa salah satu isu yang akan beliau bangkitkan semasa kempen PRK ini adalah Hukum Hudud PAS:

“I thank the party leaders and members for entrusting me, for giving me this opportunity to defend the seat, which holds a sentimental value to me,” said Ramkarpal, adding that he would focus on two main issues during campaigning – PAS’ hudud law and the persecution of opposition leaders under the Sedition Act. (thestaronline)
Macam mana PAS mahu membantu berkempen sedangkan yang mahu dibantu mahu menyerang Hukum Hudud?

Saya fikir PAS boleh membuat teguran, atau nasihatkan DAP agar tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan PAS. Kalau DAP berterusan mahu menggunakan isu Hudud sebagai bahan kempen mereka, PAS perlu bangkit membuat keputusan.
Samada menggunakan pula platform PRK ini untuk menerangkan secara terperinci perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan ataupun menyatakan pada DAP bahawa PAS akan “berihat” semasa PRK ini. Macam mana PAS nak membantu jika pada waktu yang sama DAP menyerang dan mengkritik Hudud di Kelantan?!

Jika isu ini tidak diselesaikan, dan PAS selamba mengerahkan tenaga dan melancarkan jentera bantuan, PAS akan dilihat memang “Pak Turut” yang tiada prinsip dan lemah dalam mempertahankan dasarnya. Saya benar-benar harap PAS memandang serius isu ini.

 

No comments: