Thursday, September 26, 2013

Semak semula juga peranan ahli-ahli Parlimen PAS (26/9/13)


Saya sedang mendengar perbahasan oleh ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamarudin sekarang ini.
Masyallah, YB PKR ini ketika membahaskan perbelanjaan tambahan untuk TV Al Hijrah menyeru agar kerajaan menggunakan TV ini sebagai satu usaha bagi menyedarkan rakyat tentang perlunya kepada perlaksaan Hukum Hudud dikalangan umat Islam dalam Negara.

Yang menarik perhatian saya, ahli parlimen PKR berhujah mengemukakan sesuatu yang positif ke arah perlaksanaan Hukum Hudud. Dah lama kita tak dengar ahli Parlimen PAS bangkitkan isu ini. Dari pagi sehingga kini dah beberapa ahli Parlimen PAS bangkit termasuklah mencelah, buat lawak, perli dan seumpamanya. Tak dengar pun sesuatu yang kukuh dibangkitkan berkenaan Islam dan perlaksanaannya.
Saya bangkitkan isu ini supaya PAS secara dalaman juga semak semula, selain hubungan dengan PKR dalam Pakatan sebagaimana tuntutan Multaqa Ulamak baru-baru ini, tetapi juga menyemak semula peranan, kedudukan dan akhlak ahli-ahli Parlimen PAS.

Apa peranan mereka di Dewan Rakyat, kita sesungguhnya melahirkan wakil-wakil untuk dibawa ke badan legislatif tertinggi Negara dengan tujuan agar suara Islam kedengaran peringkat tertinggi. Kita mahu dasar dan prinsip perjuangan kita menjadi bahan hujah diperingkat perundangan tertinggi. Kalau sekadar mahu buat bising, buat lawak saya kira ramai lagi boleh main peranan itu.
Saya mohon maaf tetapi saya percaya ramai yang menyaksikan siaran langsung di internet perjalanan Dewan Rakyat akan akui perkara ini (kadang-kadang macam saksikan Maharaja Lawak pula).

Semoga ahli-ahli Parlimen PAS lebih bertenaga, mengemukakan hujah yang lebih bernas, meyakinkan dan mampu membentuk persepsi baik terhadap Islam. Oleh itu selain memberi perhatian pada tuntutan Multaqa Ulamak itu, perhatian serius juga harus diberikan oleh PAS khasnya melalui muktamar akan datang terhadap peranan ahli-ahli Parlimen kita.

4 comments:

Anonymous said...

poyo la

bunbinban said...

itu yg sewajarnya. Tapi masaalahnya, menjadi calon pilihanraya menjadi keutamaan walaupun tau diri tidak layak. Title YB menjadi rebutan. Sekurang-kurangnya ada pencen walaupun tidak ada sumbangan yg boleh di banggakan.

Anonymous said...

betul tu bro ... kalo saya nak listkan, mmg ramai yg kaki troll tapi bila dia diberi peluang berbahas, cakap ntah apa2 ...

Dah macam budak sekolah rendah dah saya tengok ... yang mana kaki suka mengejek time orang lain bercakap tu, saya rasa elok letak balik dia ke sekolah rendah ... itu tempat yg sesuai utk sesi ejek mengejek ...

Anonymous said...

tak sehebat mana pun sesi kerajaang dunia berbahas untuk kebaikan negara
dan rakyat nya diseluruh dunia selagi hukum Allah tidak dimuliakan