Sunday, May 05, 2013

SPR terlepas pandang? (5/5/13)


Baru sebentar tadi “live” di TV3 menunjukkan PM “caretaker” Najib Tun Razak mengundi di Pekan, Pahang bersama isteri beliau.
Saya saksikan betapa ketibaan beliau terus diiringi masuk ke bilik mengundi. Beliau dibawa potong “que”, mengingatkan saya semasa Tun Hussien Onn Perdana Menteri akhir tahun 70an dahulu, betapa beliau dengan bersahaja beratur dengan rakyat kebanyakan tanpa sebarang istimewa kerana meskipun beliau PM tetapi beliau juga adalah pengundi biasa.

Najib tadi dikerumuni pihak media, ini sesuatu yang boleh diterima kerana pimpinan PR juga dijangka akan menerima suasana yang sama semasa mengundi nanti.

Cumanya sesuatu yang dirasakan tidak kena adalah apabila pihak RTM dan TV3 menemuramah beliau terus dalam kawasan mengundi iaitu dalam perkarangan sekolah dicelah-celah pengundi yang sedang beratur.
Sepatutnya pihak SPR menasihatkan agar temuramah itu dibuat di luar perkarangan sekolah iaitu 50 meter di luar, kerana kawasan berkenaan adalah kawasan larangan sepatutnya.

Semoga insiden seumpama ini tidak diulangi pada PRU ke 14 lima tahun lagi sapa pun yang menjadi PM nya nanti.

2 comments:

Anonymous said...

Dimelaka pun mcm tu, aku tgk ali rostam dgn selamba je potong barisan,aku hairanlah,diorang ni dia ingat dia sapa...

otaklunyai said...

Melayu ni merungut je bole harap. tapi tetap undi umgok laknatullah. BAHLOL!!!