Wednesday, April 24, 2013

JATI kempen untuk MCA? (24/4/13)


Saya menghromati Dato Dr Hasan Ali, malah dalam PAS dahulu saya berkhidmat di bawah beliau yang saya anggap sebagai “bapa” saya sendiri. Banyak yang telah saya timba ilmu dan pengalaman dari beliau. Namun apabila beliau mengambil keputusan meninggalkan PAS (tanpa mahu merayu kepada Majlis Syura PAS setelah dipecat), saya turut memutuskan hubungan fahaman dengan beliau. Saya masih menghormati beliau namun tidak lagi berkongsi fahaman dan ideologi.
Hasan, Juanda, Muhyiddin dan Tan Kok Eng

Beliau menubuhkan sebuah NGO yang dikenali JATI atau Jalur Tiga yang mahu memperjuang dan mempertahankan Islam, Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu.

Itu hak beliau.
Setelah keluar dari PAS beliau juga punya hak untuk kritik dan menyerang PAS kerana beliau bukan lagi ahli dan tidak lagi terikat dengan disiplin parti.

Beliau telah menjelajah segenap pelusuk tanahair, mendedahkan kelemahan PAS, mendedahkan keburukan DAP dan PKR dan mendesak agar orang Melayu kembali kepada Islam dan perjuangan bangsa. Itu pun hak beliau.
Namun dalam PRU ini apabila beliau lebih cenderung kepada BN bermakna beliau bukan lagi “non partisan” tetapi beliau menzahirkan kecenderungan ideologi kepartian beliau kini iaitu pro BN.

Itupun hak beliau.
Cuma baru-baru ini apabila beliau berceramah atas tajuk “Selamatkan Aqidah umat Islam” di Bandar Tun Razak, tetapi dalam waktu yang sama hadir bersama Timbalan Pengerusi BN Muhyiddin Yassin dalam kempen BN untuk calon Parlimen Bandar Tun Razak, saya rasa beliau telah mendedahkan gagalnya beliau istiqomah dalam perjuangan “JATI” nya itu.

Parlimen Bandar Tun Razak menyaksikan calon PR dari PKR iaitu Tan Sri Abd Khaliid Ibrahim “anak jati Melayu Bugis” (sebagaimana Dato Hasan dan saya) bertanding mempertahankan kerusinya yang mempunyai 52.5% pengundi Melayu. Dato Hasan hadir berkempen bersama Timbalan Presiden Umno untuk calon BN-MCA Tan Kok Eng!
Tidakkah beliau berada di majlis yang salah ?!?

7 comments:

C++ said...

Bhai Roslan...

Memang nampak dah jauh hanyutnyer Hassan Ali nih... sebegitu hanyutnya jugak Jalur Tiga (JATI)...

Pening aaa

Unknown said...

dia bukan orang jawa ke

Anonymous said...

bro. jom la ceramah kat pasal ni kat Meru

amirul said...

Salam, saya selalu mengikuti blog abg lan... Setelah diperlakukan pelbagai benda yg saya rasa abg lan jauh lebih mengetahui... Saya hampir pasti abg lan akan mengikut jejak langkah dr Hasan Ali, terutamanya lama abg lan membisu di dunia blog... Tetapi Allah Maha Menyaksikan, saya silap, teramat silap. Pohon maaf saya pada abg lan dan saya berdoa agar Allah memperbanyak pimpinan PAS seperti abg lan yg berlapang dada dengan apa jua ujian yg ditempuhi... INI KALILAH, KITA UBAH KEPADA NEGARA BERKEBAJIKAN...TAKBIR!!

Anonymous said...

salam saudara..saya juga amat meminati tulisan saudara sebelum ini..saya juga sedih dgn dr hassan ali yg menyimpang dari perjuang islam..saya amat gembira saudara tidak mengikuti jejak langkah beliau...marilah sama2 kita istiqamah dalam perjuangan ini kerana keredhaan allah swt yg paling utama...teruskan berjuang jgn undur..ini kalila..takbirrr

roslan sms said...

Terima kasih Amirul dan anony.....tidak ramai dianatara kita bertahan apabila diuji, semoga kita menjadi sebahagian dari mereka itu, insyallah.

amd duron said...

Saya pun dulu sama juga dengan amirul..tahun 2008 mmg kerap menjenguk blog abang lan..tapi bila hassan ali keluar jemaah tulisan abang lama tak diupdate..insyaa Allah ini kali kita kasi bungkus umno bn di selangor