Konflik di Sabah masih belum reda tiba-tiba kita terdengar
kenyataan dari bekas Pengerusi MNLF (Moro National Liberation Front) Nur
Misuari bahawa beliau bersedia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan
ketegangan ini.
Cuma yang kita tidak senangi, adalah apabila kenyataan itu
turut diselitkan dengan beberapa elemen ugutan. Beliau dilaporkan oleh sebuah
portal berita sebagai meminta agar PM Malaysia:
“…please tone down his voice”
Kata beliau lagi:
“The blood of our brothers in Sabah is sacred. I hope Najib
will not persecute our civilians in Sabah as it will trigger bigger trouble and
it will drag us into war, and I don’t like that.”
Beliau merujuk kepada kononnya tindakan yang dikenakan oleh
kerajaan terhadap warga Filipina di Sabah ekoran ketegangan di sana.
Misuari ini asalnya adalah pejuang bangsa Moro sewaktu zaman
Marcos. Apabila Marcos tumbang beliau menerima perjanjian damai di zaman
Presiden Fidel Ramos dan terus dilantik sebagai Gabenor Wilayah Autonomi
Mindanao, dengan kuasa dan kedudukan. Apabila Aroyo mejadi Presiden ditahun
2001 beliau dipecat dari jawatannya dan pada tahun 2007 beliau didakwa di
mahkamah atas tuduhan mengganas. Pada tahun 2008 kedudukan beliau sebagai
Pengerusi MNLF diganti oleh Datuk Bandar Cotabato Muslimin Sema.
Misuari jangan mengugut rakyat Malaysia! Bumi berdaulat kami
diceroboh oleh pengikut Sultan Sulu dengan tujuan mahu mengisytiharkannya
sebagai sebahagian bumi Sulu. Mana mungkin kami serahkan walau seinci bumi
berdaulat kami. Jangan ancam kami dengan peperangan!
Sekarang mereka bukan sekadar menceroboh malah telah
membunuh dan mencederakan wira-wira kami yang bertanggungjawab menjaga
keselamatan kami. Keselamatan rakyat Sabah, warga Malaysia kini terancam.
Kalau Misuari benar menghargai darah pengganas Suluk itu, arah
sahaja mereka menyerah diri tanpa untuk menghadapi proses kehakiman kami.
Sekarang bukan masa untuk berunding atau bertolak ansur. Tempoh itu telah luput apbila mereka melepaskan tembakan terhadap wira-wira kami. 7
orang wira Negara gugur angkara tindakan biadap mereka. Serah diri atau terima
padahnya.
No thank you Mister Misuari we don’t need your assistance or help.
2 comments:
Well better than nothing.. As long as pertolongan tu ikhlas tanpa apa2 prasyarat..
Kalau boleh selesai cara baik apa salahnya.. Anwar Ibrahim kawan baik Nur Misuari, mungkin dia blh tlg..
Sebenarnya blh je terus eliminate diaorg terus tapi fikir akibatnya kalau diaorg buat guerilla warfare nk balas dendam..
Kita takpe lah senang lenang ada banyak duit, keluarga kita org senang berpangkat.. Saudara2 kita kat Sabah tu dh lah susah tambah lg nnt kena hidup dlm suasana berperang.. apatah lg pegawai2 keselamatan kita disana..
Anon March 04, 2013 10:13 PM,
Ko nak pecaya si Misuari penipu tuh?
Post a Comment