Lahad Datu: Jangan lekas jatuh hukum (6/3/13)

Wednesday, March 06, 2013


Seluruh rakyat Malaysia saya percaya sedang menunggu dengan memberi perhatian penuh kepada perkembangan di Lahad Datu. Pastinya berbagai anggapan timbul dan membuak di dalam hati tetapi yang pentingnya diperingkat ini kita perlu beri perhatian dengan meletakkan kepentingan dan kedaulatan Negara diperingkat teratas.
Jangan lagi prejudis dan celupar dengan pelbagai spekulasi sedang kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di “ground zero”. Berilah keyakinan kepada pasukan keselamatan kita. Biarlah pengganas Suluk dari luar tempat kejadian khasnya Sultan Kiram dan kerabatnya keluar dengan kenyataan mereka, kita berlapang dadalah dahulu.

Saya terbaca komen seorang pengunjung di sebuah portal berita menyebut:
Wow..how come an airstrike with bomb pounding on them can't manage to kill at least 5 - 10 gunmen instead only 1 was killed?? Every time a bomb was released from the plane it cost $100,000 plus and it not a small amount of money and it tax payer money. So is the bomb faulty or the pilot missed their target or the onboard equipment faulty?? Malaysia spend billion of USD to buy sophisticated weapon and train the personnel and this is the result. Malaysia boleh!!

Ini masalah keselamatan dan pertahanan Negara yang melibatkan nasib dan masa depan kita khasnya rakyat di Sabah. Tidak bolehkah kita buat seketika berikan keyakinan kepada pihak yang bertanggungjawab. Bagaimana kita boleh tergamak menghamburkan maki dan kata nista sedang kenyataan akhir secara rasmi belum dikeluarkan.
Ingat ketika Amerika Syarikat menjejaki Osama ben Ladin di pergunungan Tora Bora, ratusan bom dan peluru digugurkan dengan kecekapan ketenteraan dunia berpusat di sana, namun Osama lolos jua. Tetapi tidak pula rakyat Amerika mengutuk dan mengata nista tentera mereka sebaliknya terus berdiri teguh dan memberikan sokongan.

Kita di sini, baru sehari pihak keselamatan kita berjuang “all out” terus kita perlekehkan begitu sahaja.
Saya yakin semua yang terlibat bersungguh-sungguh mahu mengakhiri episode hitam ini, darah wira kita yang gugur tempuh hari perlu dibela, kedaulatan Negara dipertahankan. Tidak ada seorang pun mahu pengganas Suluk ini bebas lolos, berilah keyakinan kepada yang bertanggungjawab selain berdoa kehadrat Allah swt. Sabar.

4 comments:

Unknown said...

Agaknya En Roslan terlepas pandang sumpah seranah sebahagian daripada rakyat US ke atas Presiden-Presiden yang menghabis duit dan nyawa rakyat US dalam menceroboh Afghanistan.

roslan sms said...

Unknown:
Tidak saya tidak terlepas pandang memang ada yang anti perang di US tapi saya sebenarnya sekadar melontarkan senario. Walaubagaimanapun berbalik dalam kes kita mengapa kita perlu begitu....operasi pun belum selesai sudah ada yang melompat.

Saya sebagai blogger sekadar menyatakan pandangan saya bahawa tindakan mengkritik pihak berkuasa kita dalam kes ini keterlaluan dan tidak harus disokong.

Anonymous said...

masalahnya cakap pemimpin berubah-ubah.. cuba ingat balik..sejak peristewa ni berlaku.. ..diluar negara ceritanye lain dlm negara cetita nye lain..ramai tidak yakin dgn kejujuran dan kecekapan pemimpin negara mahu pun tentera atau polis..ini semua berdasarkan cerita cerita sebelum ni...yg kesiannye yg bawahan terpaksa ikut arahan ..kalau betul tak pe tapi kalau salah anaiya le mereka..ya

amirul said...

Salam, bersetuju atas kapasiti bahawa usaha pihak keselamatan tidak boleh sama sekali dipandang lekeh, namun dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu bertanggungjawab kiranya peralatan yang dibekalkan pada anggota keselamatan kita tidak menepati spesifikasi. Budget yg diperuntukkan berbillion, namun facilities ketenteraan masih di takuk lama, nuri, m16 dan lain-lain. Ini yang paling mengecewakan. Tok Guru Haji Hadi pernah membahaskan dalam parlimen tentang peri pentingnya perbelanjaan tentera diurus tadbir dengan baik tanpa dipolitikkan.. namun nampaknya setakat ni, yg kita dapat, cuma SUMPAH DI BUMI KOMISEN!... Macam mana rakyat tak marah.... Ini Kalilah bah..