Tragedi di Sabah masih mencatatkan kematian di pihak kita.
Terbaru seorang anggota tentera terkorban menjadikan bilangan seramai 9 telah
terkorban.
Telah dua hari saya ikuti laporan khas akhbar NST,
pengalaman wira kita yang berada dalam tragedi di Kg Simunul yang telah
mengorbankan 6 wira kita serta beberapa lain tercedera.
Sayu hati saya membaca pengalaman ngeri mereka, bayangkan
jika kita yang berada dalam situasi cemas itu. Ambillah masa untuk membaca dan
mengikuti sendiri pengalaman sebenar wira-wira kita itu. Betapa dengan ganas
dan tidak berperikemanusiaan mereka diperlakukan termasuklah mayat-mayat yang
terkorban.
"Then there was a lull in the fighting. I looked back
and this was when I saw the terrorists striking my brothers with their barong
(a knife resembling a cleaver used in the Philippines) repeatedly.They were
already badly wounded. I did not hear any sound coming from them as they were
being hacked," the officer, not more than 30, said.
(Kemudian tembak menembak berhenti tiba-tiba. Saya toleh ke
belakang dan ketika itulah saya ternampak para pengganas menetak saudara saya
dengan “barong” (sejenis parang yang berasal dari Filipina) berulang-kali.
Mereka ketika itu sudah luka parah. Saya tidak mendengar sebarang suara dari
merejka ketika mereka ditetatk,” kata pegawai yang berusia tak sampai 30 tahun
itu.)
Ya Allah betapa kejamnya mereka. Dan bayangkan betapa
kacaunya jiwa mereka yang melihat peristiwa ngeri dan menyayat hati itu dengan
mata kepala mereka sendiri.
Tataplah maklumat yang tepat dan benar ini dan jadikanlah ia
iktibar.
Anda boleh ikuti laporannya di http://www.nst.com.my/nation/general/font-color-red-exclusive-from-lahad-datu-font-my-comrades-were-slaughtered-1.233122
Semoga keamanan segera kembali di tanahair kita. Semoga
Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang terkorban dan mententeramkan
jiwa anggota keluarga mereka.
2 comments:
Kjaan BN UMNO harus dipertanggungjawab kerana lembab bertindak, projek IC
begitulah hendaknya perasaan kita bila melihat dimana saja kekejaman berlaku dalam bentuk apa sekali pun situasi apa sekali pun kejam tetap kejam
Post a Comment