Aquino kutuk pengganas Suluk (5/3/13)

Tuesday, March 05, 2013


Setakat ini pihak keselamatan masih dalam proses “mopping up” di Lahad Datu. Kemungkinan besar seluruh angkatan pengganas di sana telah dipatah dan dimusnahkan. Dalam pada itu menurut laporan berlaku tunjuk perasaan di luar Kedutaan Besar Malaysia di Manila. Semoga semua kakitangan kita selamat.
Sementara itu saya terbaca laporan berikut dari Manila Bulletin yang memetik kenyataan Presiden Republik Filipina, Beningno S Aquino III:

Aquino bersama 6 orang Gabenor Mindanao menyelar tindakan
pengganas Suluk di Lahad Datu
“When you have an armed group that goes into an area administered by a different nation, can that not be considered an act of war by some of our citizens? And the Revised Penal Code has a specific law that penalizes people who incite others to war amongst other things,”
(Apabila terdapat kehadiran gerombolan bersenjata yang memasuki kawasan pentadbiran kita dari Negara lain, tidakkah itu dianggap suatu tindakan melancarkan peperangan oleh kalangan rakyat kita? Dan Kanun Siksaan yang telah dipinda melarang secara jelas mereka yang menghasut peperangan, antara lain.)

Ternyata tindakan pengganas Suluk ini bukan hanya dikutuk rakyat Malaysia malah tidak mendapat sebarang bentuk sokongan langsung dari Negara mereka sendiri.
Sekali lagi Predien Aquno membuktikan beliau lebih menghargai hubungan baik antara kedua-dua Negara Malaysia dan Filipina berbanding melindungi atau mempertahankan satu dua kerat warganya yang bertindak ganas semupama pengikut Sultan Kiram ini.

Malaysia bermusuh dengan “pengganas Suluk” ini kerana mereka melancarkan perang di atas bumi kita. Namun demikian bangsa Sulu dan Moro yang merupakan saudara kita tetap dihormati sebagai kawan lebih-lebih lagi rakyat Filipina yang selama ini telah berjiran dengan kita dalam keadaan aman dan tenteram.

2 comments:

hemisfera said...

Memang tiada rasa permusuhan pun dengan tribe Sulu dan Moro. apa yang boleh kita bantu, kita akan bantu. Jika terdaya bagi pihak kita nak membantu membentuk wilayah merdeka untuk mereka sekalipun, kita akan usahakan.
Namun, jangan sampai pencerobohan dan pembunuhan anggota Polis kita tidak berbalas. Siapa yang dah buat silap, maka haruslah dihukum, walaupun mereka itu adalah civillian negara asing. jadi, marilah kita sama2 pastikan pemimpin kumpulan penceroboh ini samada yang sudah ada di Malaysia (jika mereka survive serangan hari ini) ataupun yang masih ada di Filipina, dapt dibawa ke Malaysia, diadili dan dihukum dengan Undang2 Malaysia.

roslan sms said...

Saya setuju dengan anda hemisfera terima kasih atas komen yang sungguh bernas