Allah selamatkan mereka.......(28/6/12)
Thursday, June 28, 2012
Raja adil Raja disembah...... (28/6/12)
Kartun yang melampau (27/6/12)
Wednesday, June 27, 2012
Biarkan Rais terjun dengan TOR-TOR nya (25/6/12)
Monday, June 25, 2012
Biarkan Rais terjun dengan TOR-TOR nya, biarkan-biarkan........
Kerana tarian dan gendang pun mahu berperang? (23/5/12)
Saturday, June 23, 2012
Urusan sekolah jangan diganggu (23/6/12)
Ada lagi yang menanggung padah (22/6/12)
Friday, June 22, 2012
Pendapatan Raja-raja Melayu 1870an (22/6/12)
Hidup berjiran (21/6/12)
Thursday, June 21, 2012
Di Negara kita jiran bukan sekadar mereka yang sebangsa atau seagama dengan kita, lebih-lebih lagi kehidupan di pekan atau Bandar malah kadang-kadang di kampung sekalipun, akan berlaku jiran terdiri dari pelbagai kaum dan agama.
Syukur setakat ini kita tidak ada pengalaman di Negara kita dimana kelompok jiran berlainan kaum atau agama bersengketa, berparang-parangan sesama mereka kecuali beberapa innsiden terpencil contohnya Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 dan beberapa yang lain. Itupun dalam peristiwa 13 Mei kita ada mendengar contohnya keluarga Melayu di sempada Kg Baru dan Chow Kit yang memberi perlindungan dan menyelamatkan jirannya yang bukan Melayu.
Jiran tidak bertegur sapa dan tidak mengambil tahu hal masing-masing. Keluar masuk rumah tanpa menoleh ke kiri atau kanan masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Kenduri dan keraian diadakan tanpa mengundang jiran tetangga, insiden seumpama ini sudah menjadi hamper kebiasaan bukan kerana tidak mahu tetapi tidak kenal. Yang dijemput Cuma saudara-mara atau kenalan pejabat tetapi jiran tidak.
Ada insiden dimana jiran tidak tahu ada kematian atau kemalangan di rumah sebelahnya.
Lebih kritikal lagi apabila kita mula rasa terganmggu dengan kehadiran jiran. Bunyi bising, anak-anak jiran, menjadi cetusan yang mebakar darah kita.
Ini semua isu atau sikap peribadi dan inilah yang perlu kita tangani dan ubati. Saya sengaja menulis perkara ini sebab tertarik dengan satu berita dalam kahbar The Star hari ini muka “3” yang berlaku di Singapura di bawah tajuk:
“Singapore flat residents involved in thorny issue”
Bagaimana penduduk rumah pangsa HDB di Moulmein Road bersengketa angkara sebiuah pohon durian yang membuahkan hamper 100 biji durian setiap musim di sana.
Angkara sepohon durian jiran tetangga boleh bersengketa. Ada yang mendakwa pohon itu ditanam oleh keturunannya maka hanya dia yang layak ke atas hasilnya. Ada yang mahu ianya ditebang sahaja, macam-macam jadinya semata-mata kerana sephon durian!
Semasa saya bersekolah di sebuah sekolah yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian di Kota Kinabalu saya ingat akan satu poster di sana yang memetik ayat dari kitab Bible:
“Love your neighbour as yourself”
Atau cintailah jiran anda sebagaimana anda mencitai diri anda sendiri.
Saya percaya semua kaum dan agama mengajar penganutnya agar menghormati jiran tetangga. Menjalin hubungan dan berbaik-baik antara satu dengan yang lain. Sewajarnya kita begitulah tetapi masalahnya ia sukar dalam kehidupan dunia yang serba sibuk dan serba menjaga kepentingan sendiri-sendiri.
Allah swt berfirman di dalam al Quran:
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; “ (an-Nisaa’: 36)
Sabda Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berbuat baik terhadap tetangganya.” (متفق علية )
Kesimpulannya meniti realiti kehidupan hari ini, bukalah mata dan telinga kita dengan menyapa dan menegur serta mengeluarkan kata-kata yang baik-baik terhadap jiran tetangga kita. Jika kita tidak suka kepada bunyi bising yang keluar dari sistem suara atau TV atau apa sahaja alat canggih hari ini pastikan kita juga mengawal peralatan kita sendiri. Jika kita tidak suka persekitaran rumah penuh sampah sarap kita juga jangan membuang sampah sarap sesuka hati. Jangan kita perbuat sesuatu yang kita tidak suka dilakukan ke atas diri kita, ajarkan ia juga pada isteri dan anak-anak kita, insyallah selamat hidup semua.
Jangan berkata kecuali yang baik (20/6/12)
Wednesday, June 20, 2012
Raja dalam Raja Buah: Durian (15/6/12)
Friday, June 15, 2012
Raja dan rakyat berpisah tiada.....(10/6/12)
Sunday, June 10, 2012
Sejak Merdeka Raja-raja Melayu menjadi Raja berperlembagaan
di negeri masing-masing dan demikian juga Yang Dipertuan Agong diperingkat
nasional. Kedudukan ini kekal sehingga hari ini kerana masing-masing Raja dan
rakyat menyedari dan menginsafi hakikat betapa masing-masing perlu-memerlu dan
lengkap-melengkap di antara satu sama lain, terganggu atau tergugat sahaja
hubungan ini maka ianya akan merosak dan meruntuhkan kedaulatan Negara dan
keharmonian yang telah dibina dengan darah dan air mata zaman-berzaman.
Dalam sejarah Negara lantaran Raja-raja Melayu terus
berperanan demikianlah maka rakyat terus menerus memberikan taat setia tidak
berbelah bahagi.Tahniah Senator Syed Shahir (8/6/12)
Friday, June 08, 2012
* foto (atas) YB Tuan Syed segak mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi tadi (ikhsan dee)
** terkini The Star online:
FIVE NEW SENATORS SWORN IN:
KUALA LUMPUR: Pahang MCA Wanita chief Datuk Lim Nget Yoon was one of five first-time Senators sworn in at Parliament on Friday.
Lim, 56, is also MCA Wanita deputy organising secretary and has been a Raub District Council member since 2000.
The otheres were Marang Umno Wanita chief Toh Puan Zaitun Mat Amin, 55, Bentong Umno Wanita chief Roslin Abdul Rahman, 52, National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers executive secretary Syed Shahir Syed Mohamud, 60 and Universiti Pertahanan Nasional Malaysia lecturer Dr. Ariffin S.M. Omar, 62.
The Senators were sworn in before Senate president Tan Sri Abu Zahar Ujang for a term of three years.
Dr Ariffin, and Syed Shahir were selected after Penang chief minister Lim Guan Eng tabled a motion in the state assembly to replace former senators Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim and Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff whose terms ended on May 30.
Met by reporters after the ceremony, Syed Shahir said he and his colleagues would continue to highlight worker-related issues in the country.
Syed Shahir, who is Kelana Jaya Parti Keadilan Rakyat branch chief, was appointed on the basis of his experience as an activist in the Malaysian Trade Union Congress since 1977.
Meanwhile, Zaitun said she was grateful to the government for having faith in her and promised to be more active in voicing the opinions of women in the Senate.
"A Senator's job is not to be taken lightly as we have been entrusted with the responsibility of defending the peoples' well being. I will work towards this, especially in ensuring the rights of women are protected ," she emphasised.
Apart from holding the post of Terengganu Umno wanita treasurer, the native of Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu is also active in various community activities and has been awarded the 2005 'Belia Wanita' title.
In his speech, Abu Zahar urged the Senators to work towards understanding, appreciating, defending and upholding the Federal Constitution.
He also advised them to never disobey the oath they had taken as it was of utmost importance for the good of the people. - Bernama
Sia-sia "menjenayahkan" peperangan (7/6/12)
Thursday, June 07, 2012
Saya tertarik dengan tulisan seorang pembaca dalam akhbar
The Star hari ini : Dr A Soorian dari Seremban http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/7/focus/11430035&sec=focus
yang mengeluarkan pendapat bahawa “menjenayahkan” (criminalising) peperangan
adalah sesuatu yang sia-sia.
Beliau merujuk kepada usaha bekas PM Tun Dr Mahathir yang
mahu mentakrifkan peperangan sebagai satu jenayah dan sesiapa yuang
mencetuskannya sebagai “penjenayah”.
Tanda-tanda kekusaan Allah swt (6/6/12)
Wednesday, June 06, 2012
Baru sahaja kita mengalami gerhana bulan kini iaitu hari ini
dari jam 6.10 pagi sehingga 12.40 tengahari nanti beberapa kawasan di bumi akan
dapat menyaksikan transit planet Zuhrah atau Venus melintasi matahari.
Demikianlah betapa banyaknya kejadian-kejadian “luarbiasa” hasil dari kuasa Allah swt yang berlaku kebelakangan ini terlalu kerap gerahana, gempa, tsunami dan kini ini, mungkin petunjuk dari Allah agar kita jangan lupa dan terus-terusan mengingati dan meperbesarkan Nya. Ayuhlah kita perbanyakkanlah mengingati dan membesarkan Allah swt, jangan bongkak, sombong, takbur dan lupa diri.
(pembetulan: The last Venus transit occured on June 8, 2004 and the next one will happen on Dec 10-11, 2117)
Dunia tidak akan aman (5/6/12)
Tuesday, June 05, 2012
Dalam dunia sibuk mengkambing-hitamkan Republik Islam Iran
atas alasan mahu membina senjata nuklear, Amerika Syarikat menjangkakan kapal
perang termodennya yang tidak dapat dikesan kehadiran dan pergerakkannya, iaitu
DDG-1000 yang bernilai RM9.6 bilion sebuah itu siap dibina pada tahun 2014.
Sepatutnya semakin kita menjangkau maju dan moden, kaedah kekerasan dan keganasan sewajarnya telah digantikan dengan diplomasi dan perundingan. Bagaimana kita mahu meyakinkan Negara-negara membangun lain sedangkan kuasa besar dunia sendiri seperti AS dan Cinma lebih yakin kepada penyelesaian ketenteraan.
Gerhana bulan (4/6/2012)
Monday, June 04, 2012
Rebutlah peluang ini bagi mereka yang berkesempatan:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1042.
Ambil iktibar dari Singapura (4/6/12)
Berikut adalah keluhan ahli parlimen Singapura dari parti
pemerintah PAP, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim:
Justeru, beliau berharap masyarakat dapat memahami bahawa ada kalanya, AP Melayu perlu menangani sesuatu keadaan dengan cara yang adil kepada semua.
Mungkin banyak yang rakyat Malaysia boleh belajar dari perkembangan di sana, bukan sekadar ke Singapura untuk ber “shopping” atau makan angin!













