Wednesday, December 12, 2012

Terkini: Karpal cabar Hadi (12/12/12)


Suka tak suka kita perlu bertanya adakah isu yang sedang bergolak di Kota Bharu, iaitu yang melibatkan tindakan MPKB-BI (Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam) terhadap salon unisex dan mereka yang berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai, akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk melonjak menang dalam PRU ke 13 ini.
Setidak-tidaknya itulah yang berada dalam kepala Pengerusi DAP Karpal Singh.

Menurut berita terkini The Star Online, Karpal mencabar Presiden PAS agar menyatakan pendirian PAS terhadap isu “gender segregation” atau pemisahan antara jantina lebih tepat lagi isu aurat dalam Islam menurut pegangan PAS.

Karpal mendakwa:
"The last that the DAP would want to do would be not to scuttle efforts by the opposition pact in its quest to capture Putrajaya in the coming election," Karpal said.

Sekali lagi PAS berhadapan dengan isu prinsip. Adakah matlamat menghalalkan cara atau bagaimana.
Nampaknya alasan bahawa orang bukan Islam akan diberi penerangan, mereka tidak jelas kerana mereka tidak faham sudah tidak boleh diguna lagi mutakhir ini. Pimpinan PAS perlu bijak memberikan penjelasan agar:

1. Ajaran Islam sebenar difahami bukan hanya oleh bukan Islam termasuklah oleh yang Islam
2. Rakan-rakan dalam Pakatan boleh faham dan terima PAS sebagai rakan
3. Peluang PAS dan Pakatan menang cerah
Diharapkan setelah memberi penjelasan di atas Karpal khasnya tidak lagi mengeluarkan kenyataan terbuka yang sedimit sebanyak mencederakan Islam dalam komentarnya yang pedas-pedas itu.

Semoga Allah memberikan bimbingan kepada pimpinan PAS dalam usaha mempertahankan prisnip dan dalam waktu yang sama berdakwah melalui politik.

 

3 comments:

kampong lad said...

soalan: m'sia adalah negara sekular. calon2 & pemilih2 terdiri dari islam & bukan islam serta melayu & bukan melayu. jadi penggubal2 undang (negeri & federal) diwakili oleh 2 kumpulan ini. kita tak boleh lari dari fakta atau sistem ciptaan british. melayu/islam tak boleh perintah sendiri2 tanpa sokongan bukan melayu/islam. kalau pas teringin nak dudok kat putarjaya bersama 'rakan2 seperjuangan', behave yourself la!

roslan sms said...

Terima kasih kampong lad atas pandangan anda. memang masing2 kita punya banyak pandangan berbeza. sekular atau tidak msia itu juga masih belum muktamad statusnya sehingga kini.

Benar calon2 dan pemilih2 kita terdiri dari pelbagai agama begitu juga penggubal undang2 kita namun bukankah sistem ciptaan British yang melahirkan dua sistem undang-undang dalam negara kita iaitu mahkamah sivil dan syariah dan dalam hal Sabah dan Sarawak ada pula mahkamah anak tempatan.

Perlembagaan Negara tidak statik malah kuasa dua pertiga mengatasinya bermakna ia boleh dipinda.....tidak seperti kitab suci yang mukatamad....

Adakah sdr merasakan bahawa PAS perlu melonggarkan prinsipnya, biarkan matlamat menghalalkan cara maka ketika itu ia telah "behave itself" dan boleh menang ???

Sdr lupa bahawa "power base" PAS adalah dikalangan pengundi Melayu khasnya di luar bandar contohnya di Utara dan Pantai Timur, kalau ia "behave itself" sebagaimana pandangan sdr mungkin tidak tercapailah impian semua kita

Anda Sendiri Fikir said...

Bagi gua politik Karpal sudah ketinggalan zaman memandangkan Cina/India Kelantan sudah lama menerima apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri. Ini bermakna mereka telah diberi penerangan tentang kebaikkan yang dilakukan oleh PAS. Yang buat bising adalah bini-bini Umno yang sanggup menghina kaum mereka sendiri tanpa ada apa-apa bantahan dari Umno. Disini kita boleh melihat bagaimana Umno sanggup menjual agama yang mereka anuti demi kepentingan politik mereka. Gua pun tak tahu mana pergi ulama muda Umno yang mengatakan jihad tidak ada di Palestin dan menboikot product Israel adalah kerja bodoh sedangkan jihad dihadapan mata pun mereka buat-buat tak nampak.