Tuesday, June 05, 2012

Dunia tidak akan aman (5/6/12)

Dalam dunia sibuk mengkambing-hitamkan Republik Islam Iran atas alasan mahu membina senjata nuklear, Amerika Syarikat menjangkakan kapal perang termodennya yang tidak dapat dikesan kehadiran dan pergerakkannya, iaitu DDG-1000 yang bernilai RM9.6 bilion sebuah itu siap dibina pada tahun 2014.

Kapal perang yang menggunakan teknologi jet pengebom “stealth” itu dirancang dikeluarkan bagi menangani pengaruh Republik Rakyat Cina di Asia-Pasifik. Ia dijangka dapat menghampiri pulau-pulau yang berteraburan di Asia termasuklah ke pantai Tanah Besar Cina tanpa dapat dikesan oleh mana-mana “radar” pengesan milik Negara Kominis itu.
Ini bermakna Amerika Syarikat tidak yakin dengan keamanan yang ada di rantau ini dan sedang rancak menyediakan diri bagi konflik ketenteraan di rantau sebelah sini.

Sepatutnya semakin kita menjangkau maju dan moden, kaedah kekerasan dan keganasan sewajarnya telah digantikan dengan diplomasi dan perundingan. Bagaimana kita mahu meyakinkan Negara-negara membangun lain sedangkan kuasa besar dunia sendiri seperti AS dan Cinma lebih yakin kepada penyelesaian ketenteraan.

Terakhir yang melihat penjajahan ketenteraan kuasa asing adalah Afghanistan dan Iraq dan kita menyangkakan tiada lagi lah seumpama itu dizaman kita ini, rupanya dengan perkembangan terbaru ini, bersedialah untuk melihat dan mungkin merasai sendiri keganasan yang berpanjangan.

No comments: