Monday, June 25, 2012

Biarkan Rais terjun dengan TOR-TOR nya (25/6/12)


Secara peribadi memang saya merasakan isu ini tidak sepatutunya meletup. Sebanyak mana saya bersentimen mahu pertahankan Negara namun bagi saya dalam hal ini yang perlu dipertanggungjawabkan adalah Menteri berkenaan yang dirasakan terlalu drastik dalam langkahnya membuat percaturan sehingga mendedahkan Negara kepada pelbagai tohmahan dan mencetuskan konflik.
Apalah sangat tarian tor-tor dan gordang sambilan tu yang saya pasti sebelum tercetusnya isu ni ramai termasuk saya sendiri tak pernah dengar pun.

Kini dua Negara berkonflik akibatnya.
Menurut akhbar The Star hari ini ramai rakyat Malaysia sesungguhnya tak maklum pun darihal tarian dan gendang berkenaan. Contohnya:

@RueShenLee: It is awkward when Indonesians said Malaysians stole their Tor-tor dance and Malaysians are like – “what on earth is a Tor-tor dance?”
@Syakee: Hello, we Malaysians DON’T even know what Tor-tor menas


@NabyllahZin: If Tor-tor dance is yours, it will always be yours. You will be wasting your time insulting Malaysia”
Oleh itu bagi saya dari perspektif Malaysia, rakyat Malaysia terjebak ke dalam peperangan yang mereka sendiri tak tahu asal-usulnya. Semua angkara Menterinya yang terlalu bijak dan pandai-pandai sendiri. Lontarkan sahaja Menteri itu ke warga Indonesia yang merusuh di Jakarta itu, biar beliau lawan sendiri peperangan bikinan tangannya sendiri.

Biarkan Rais terjun dengan TOR-TOR nya, biarkan-biarkan........

No comments: