Monday, June 04, 2012

Ambil iktibar dari Singapura (4/6/12)

Berikut adalah keluhan ahli parlimen Singapura dari parti pemerintah PAP, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim:

Dr Muhammad Faishal juga berkongsi peranan AP-AP Melayu dalam semakan skim subsidi yuran tuisyen pengajian peringkat tinggi (TTFS) yang diumumkan lewat tahun lalu. Menurutnya, sejak sekian lama, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, bersama para AP gigih mengetengahkan usul agar skim itu disemak.
"Saya faham mengapa ramai yang mahu satu pendekatan yang lebih terbuka. Tapi hakikatnya, kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan kadangkala pendekatan sedemikian bukanlah pendekatan yang terbaik," tegas Dr Muhammad Faishal.

Justeru, beliau berharap masyarakat dapat memahami bahawa ada kalanya, AP Melayu perlu menangani sesuatu keadaan dengan cara yang adil kepada semua.

"Benar, ramai yang berpendapat TTFS itu adalah hak Melayu tapi kita harus menimbangkan, generasi muda bukan Melayu mungkin tidak dapat menghargai hakikat itu seperti generasi yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika keadaan mereka juga mencabar dan mereka perlukan bantuan.
"Lantas, bagaimana kita menangani keadaan seperti ini tanpa memecah-belahkan masyarakat, tapi tetap mencapai matlamat kita? Inilah cabaran kami," kata beliau sambil memberi jaminan AP-AP Melayu menyedari dan berkongsi keprihatinan masyarakat dan sedang berusaha mencari huraiannya.

Dr Muhammad Faishal menekankan, maklum balas dan cara menangani isu itu tidak seharusnya menyebabkan keretakan dalam masyarakat.
Dr Faishal adalah salah seorang dari 12 orang ahli parlimen Melayu Singapura. Parlimen Republik Singapura diwakili oleh 99 orang ahli parlimen, ini bermakna cuma 12peratus ahli parlimennya berbangsa Melayu, iaitu selaraslah dengan bilangan penduduk Melayu Singapura yang sekadar 13.4% terdiri dari orang Melayu iaitu kira-kira 435 500 dari 3.25juta penduduk warganegara Singapura.

Memang dari pembacaan saya sejak dari kedatangan Brtitish ke rantau sebelah sini Singapura sentiasa dinaungi oleh penduduk majority bukan Melayu.
Apa yang mahu diketengahkan di sini adalah betapa sebagai minoriti orang-orang Melayu di sana sedar betapa tanggungjawab mereka untuk menyesuaikan diri dengan kehendak majoriti. Mereka terpaksa bergelutu danbberkorban atas hakikat bahawa mereka adalah penduduk minoriti.

Yang penting pendekatan yang terbaik perlu diambil demi kepentingan bersama tanpa menjejaskan perpaduan dan keutuhan Negara.

Mungkin banyak yang rakyat Malaysia boleh belajar dari perkembangan di sana, bukan sekadar ke Singapura untuk ber “shopping” atau makan angin!

No comments: