Salam Eidul Adha

Sunday, November 06, 2011

Korban membawa maksud menghampir atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dillakukan demi mendekatkan diri dengan Allah swt.

Sempena Hari Raya Eidul Adha ini kita diunjurkan untuk berkorban dengan menyembelih haiwan ternakan tertentu samada lembu atau kambing kerana bertaqarub atau mendekatkan diri kepada Allah swt.

Rasulullah saw bersabda nataranya:

Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan (Tarmidizi)

Hai Fatimah berdirilah di sisi korban mu dan saksikanlah ia sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pegampunan bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu

Allah swt berfirman;

Sesungguhnya Kami telah member engkau (wahai Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhan) (al Kauthar 1-2)

Sesungguhnya dalam menempuh Hari Raya Korban ini kita jangan hanya terlibat mengorbankan atau membantu mengorbankan haiwan ternak semata-mata.. Itu sudah kewajaran. Lebih dari itu sepatutnya adalah menghayati falsafah dan mesej korban itu dalam hidup dan jiwa kita seharian.

Korbankan lah ego kita niscaya kita lebih dekat dengan Tuhan. Jangan bongkak, sombong dan membesar diri. Kita sahaja yang betul dan bijak yang lain tidak.

Korbankan sifat suka memburukkan orang lain, mencari kesalah orang lain, menjatuhkan orang lain. Kita anggap diri kita bagaikan malaikat sedangkan orang lain semua sebaliknya.

Kadangkala kita tidak sedar atau terlalu seronok dan khayal dengan pencapaian atau kedudukan kita. Mentang-mentang kita duduk dalam rumah kaca orang lain kita pandang kecil dan remeh, Kita lupa jika yang di luar melontar kita dengan batu akhirnya terkorban rumah kaca kita itu.

Seorang yang bijak pernah mengingatkan saya jangan sampai kita terlalu bangga dan besar diri merempuh dan menempuh apa sahaja di hadapan tidak sedar di sana ada tembuk besar tetiba terhantuk kepala kita, ahhhh baru tersedar rupanya ada tembuk batu!

Kita mungkin mampu ambil satu bahagian dalam ibadat korban pagi ini atau mungkin juga seekor atau lebih haiwan ternak, tetapi mampukah kita korbankan sifat dan perangai di atas yang sedia selesa bertapak di hati kita?

Selamat Hari Raya Eidul Adha semoga korban kali ini benar-benar bermakna buat kita dunia dan akhirat.

Seksualiti Merdeka dikuburkan

Friday, November 04, 2011

Alhamdulillah akhirnya atas desakan berbagai pihak Seksualiti Merdeka telah diharamkan oleh pihak polis berkuatkuasa serta-merta.

Kata Tok Guru Nik Abd Aziz:

Tidak ada kebebsan mutlak atas nama hak asasi manusia kerana setiap kebebasan itu perlu datang dengan syarat (dan peraturan). Jika hak asasi manusia bermakna mengizinkan seks sejenis maka wajarlah kita juga memberikan hak untuk mencuri, merompak dan membunuh sesame manusia.

Cuma seperti biasa satu-satunya badan yang membawa nama Islam yang menyokong program songsang ini seperti biasa adalah SIS (Sisters in Islam). Kononnya cara menangani Seksualiti Merdeka ini dengan mengharamkannya terlalu kasar dan menyekat hak mereka.

Pengharaman ini menurut SIS adalah suatu corak sekatan yang menindashak dan kebebasan bersuara di Malaysia.

Begitulah dalam setandan kelapa pasti ada satu yang rosak dan buruk..............begitulah SIS.

Tahniah atas keprihatinan semua sehingga punah agenda songsang ini.

Kuburkan sahaja Seksualiti Merdeka

Thursday, November 03, 2011

Alhamdulilah ramai yang bangkit bersuara menentang Seksualiti Merdeka yang songsang dan sesat itu. Saya menharapkan ia dihapuskan sahaja.

Jangan dibiarkan budaya buruk ini menular dalam masyarakat kita walau atas nama kebebasan kerana tiada makna kebebasan sekirianya meruntuhkan segala moral, adab dan kesopanan yang ada.

Pemuda PAS tentang, para ulamak tentang, NGO Islam pun tentang terbaru ada pimpinan kerajaan pun yang tentang (kalau dah pimpin kerajaan jangan tentang haramkan terus), termasuklah beberapa tokoh dan individu, tak terkecuali Dr Asri Zainal Abidin.

Janganlah siapa yang menetang nanti di cap sebagai TALIBAN pula. Terpesona dengan tulisan adinda Nik Abduh:

Jika anda di depan saya, saya terus bagi penumbuk di mulut, biar pecah berdarah gusi itu. Sebelum anda mengesatnya, saya akan berkata, “Inilah cara Taliban berterima kasih!”

Mekah tempat yang dijanjikan selamat.........

Ada sahabat memuatkan gambar di atas dalam facebook nya.

Alagkah bertuah mereka yang diberikan Allah swt kesempatan bertawaf di sekeliling rumah Nya dalam bulan Zulhijjah yang mulia ini.

Cuma yang menarik perhatian dalam gambar ini adalah puluhan pengawal keselamatan yang mengawal delegasi ini. Pasti kalau ada Saidina Umar al Khatab akan berang beliau melihat keadaan ini kerana ketika utusan (spy) dari Rom (Syam) mengintip Kahlifah Umar yang ketika itu ketua Dunia Islam, dilihatnya pemimpin kuasa dunia ini tidur beralaskan lengannya di bawah pohon tamar tanpa seorang pun pengawal.

Allah swt berfirman:

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali". (al Baqarah 125-126)

Semoga beroleh Haji Mabrur dan diperkenankan segala doa hamba-hamba Allah yang kini berada di Tanah Suci menunaikan ibadah Haji.

Jangan punahkan budaya, bangsa dan agama

Wednesday, November 02, 2011

Kami percaya bahawa setiap rakyat Malaysia berhak untuk bebas dari sebarang diskriminasi, gangguan dan keganasan berkaitan amalan seksnya dan identity gender. Kami percaya bahawa adalah hak kita masing-masing untuk memiliki tubuh kita masing-masing. Kami percaya bahawa setiap orang berhak kepada kebebasan dalam kebebasan dalam amalan kaih sayang memilih samada menjadi gay, lesbian, seks dua jenis, .........

Demikian terjemahan dari petikan dari laman seksualiti meredeka. Sebuah badan yang bersungguh mahu menganjurkan sebuah festival Seksualiti Merdeka 2011 bertemakan “Queer without fear” dari 1 hingga 13 November di The Annexe Gallery, KL yang dijadual diresmikan oleh Datuk S Ambiga pada 9 November jam 8 malam.

Sudahkah kita bersedia meloloskan segala pegangan dan amalan serta kepercayaan kita selama ini semata-mata atas nama hak dan kebebsan? Demi mengejar kemajuan dan kebebasan serta menjuarai keadilan sudahkah kita bersedia melewati batasan yang selama ini kita pelihara dan pertahankan?

Setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum atau kepercayaan saya yakin tidak menerima nilai Barat yang menghalakan amalan songsang yang jelas bertentangan dengan budaya Timur dan amalan kepercayaan kita masing-masing.

Kita akur ada segelintir kecil dikalangan kita yang punya naluri dan pembawaan yang berbeza, kekadang semulajadi ada juga yang sengaja didorong nafsu, apa pun yang jelas iaya tidak pernah diterima sebagai satu budaya yang boleh di halalkan dan diberi pengiktirafan sebagai sesuatu yang biasa.

Saya secara peribadi menyokong sebarang perjuangan menuntut kebebasan dan keadilan dalam kerangka amalan demokrasi yang kita anuti, namun saya sedar di sana tiada yang mutlak dan terbuka berterus-terusan. Kepercayaan, amalan dan adat mengatur hidup kita dengan peraturan demi menyusun hidup yang selamat dan bertamaddun.

Kiranya semua ini tidak lagi penting atas nama kebebsan maka punah ranahlah budaya, bangsa dan paling berbahaya agama, terlacur atas nama perjuangan kebebsan yang mutlak tanpa ada batasan.

Katakan tidak pada Seksualiti Merdeka

Seksualiti Merdeka sebagaimana boleh dibaca di laman webnya http://www.seksualitimerdeka.org/

adalah suatu perkembangan yang perlu kita beri perhatian dan peka terhadapnya.

Sebagaimana dituntut:

Democracy belongs to all. Let’s demand for equal rights and human dignity not just for ourselves, but also for those who are different, whether straight, gay, lesbian, bisexual, intersex, transgender, asexual, unsure or simply fabulous. Let’s be queer without fear.

Inilah cabaran zaman kini yang sebelum ini tidak pernah terlintas di benak pemikiran kita. Kalau sekadar tuintutan terhadap kebebasan berhimpun, kebebasan bersuara, itu sesuatu yang lazim sejak sebelum Merdeka, tetapi kebebasan dan hak untuk menjadi gay dan lesbian serta mengamalkan cara hidup songsang adalah sesuatu yang diluar adat dan budaya apalagi agama dan kepercayaan kita.

Memang kita sedar ada dalam masyarakat hari ini mereka yang mengamalkan gaya hidup demikian samada secara terang-terangan atau bersembunyi walaubagaimanapun memberi kebebsan bagi mereka menuntut agar diizinkan cara hidup sedemikian adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat kita.

Di sinilah tahap toleransi kita diuji. Kalau mahu jadi liberal dan bebas mutlak ayuh kita sokong dan songsangkan terus apa yang kita amalkan selama ini, pergi jahanam dengan anutan, budaya, adat dan apa sahaja.

Tetapi kalaulah ada sekelumit kesedaran dan keinsafan bangkit dan katakan tidak kepada “Seksualiti Merdeka”!