Terlaksanalah hudud di Kelantan

Friday, September 30, 2011

Hudud di Kelantan. Terbaru keputusan pihak Pakatan Rakyat pun telah diketahui.

Yang jelas MB Kelantan semalam berterima kasih dan bersyukur di atas laluan yang diberikan oleh pimpinan PR terutama kerana menghormati hasrta rakyat negeri Kelantan.

Hari ini dalam akhbar The Star lanjutan kenyataan Tok Guru itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga EXCO negeri Ustaz Dato Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan:

We thank DAP and PKR for respecting our ideology

(Kami berterima kasih kepada DAP dan PKR kerana menghormati ideology kami)

Menurut Mohd Amar kerajaan negeri akan meneruskan rancangan untuk melaksanakan hukum berkenaan dengan mengambil kira situasi semasa.

Dengan perkembangan ini ternyatalah undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan itu lebih 20 tahun lalu serta mendapat perkenan Tuanku Sultan akan terus dilaksana sekaligus menolak tohmahan sesetengah pihak bahawa hasrat rakyat Kelantan itu telah digagalkan atau ditolak.

Ini bukan hudud PAS atau bikinan orang politik, ini hukum Islam yang diluluskan oleh rakyat Kelantan melalui suara wakil mereka di Dewan Undangan Negeri yang ketika itu diwakili PAS dan Umno untuk diguna pakai di negeri berkenaan. Sewajarnya perlaksanaan ini disokong oleh semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

Semoga segalanya berjalan lancar demi Islam.

Hudud tenggelam dengan letupan di Empire

Wednesday, September 28, 2011

Isu Hudud terus mendominasi ruang akhbar dan media tempatan walaupun saya yakin esok peristiwa letupan di Empire Gallery Subang Jaya akan menyelubungi yang lain.

Apa pun dalam sibuk menceduk berita perkembangan letupan itu saya tertarik dengan tweet seorang bekas ADUN MCA Lee Hwa Beng yang berbunyi:

Like other religions got certain practices that others cannot accept, it is d right of Muslims 2 practice Hudud as long don't affect others

(Sebagaimana agama lain beberapa amalan tidak boleh diterima oleh pihak lain, ianya menjadi hak orang Islam mengamalkan Hudud selagi mana ianya tidak menjejaskan yang lain)

Malah beberapa hari lalu saya terbaca juga seorang ADUN PKR berbangsa Tionghua dari Pulau Pinang turut mengeluarkan kenyataan yang lebih kurang sama bunyinya.

Ternyata sudah ada kalangan masyarakat Malaysia yang bukan Islam yang sudah boleh menerima perlaksanaan hukum Allah ini selagi ia tidak menjejaskan kehidupan dan kepentingan mereka. Masalahnya tinggal masyarakat Malaysia yang Islam, bagaimana ya? Siapa yang mampu merongkai tandatanya ini?

Menghargai versi sahih Memali

Tuesday, September 27, 2011


Tiba-tiba kebelakangan ini media arus perdana memainkan kembali sejarah hitam Peristiwa Memali 1985. Peristiwa 19 November 1985 yang mengorbankan 18 nyawa di Kampung Memali, Baling, Kedah tiba-tiba menarik minat orang-orang politik. Lalu berlakulah tuduh-menuduh sekaligus mengingatkan kita kembali kepada peristiwa yang berlaku lebih 26 tahun lalu itu.

Ada yang mungkin belum lahir ketika itu, ada yang masih kecil atau di sekolah rendah. Saya yakin sebagaimana ramai yang masih mengingati peristiwa pahit itu ramai juga yang teraba-raba tak ketahuan hujung pangkal.

Saya tidak berminat mengambil bahagian atau terjebak dalam sepak-terajang politik yang membangkitkan isu itu kembali hari ini sebagaimana dimainkan media arus perdana. Saya lebih berminat mengulas dari sebuah buku terbaru berkenaan peristiwa ini.

“Memali: A policeman remembers” karangan Tunku Muszaffar Tunku Ibrahim bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Baling, bagi saya adalah satu rekod sejarah yang sangat berharga dan penting. Ia datang dari luahan hati dan perasaan seorang pegawai kanan polis yang terlibat secara langsung dalam persitiwa ini.

Penulis bukannya penyokong pembangkang atau parti kerajaan. Penulis akan kita kenali (bagi yang membaca buku ini) sebagai seorang pegawai kanan polis yang professional, yang menjalankan tugas sebagaimana beliau dilatih oleh profesyion kepolisian. Sebagaimana beliau nukilkan dalam buku ini:

I am a police officer and not a young second lieutenant in the Army. I am sworn to protect life and property, and not destroy them.

(Saya seorang anggota polis dan bukannya seorang leftenan dalam tentera. Saya telah memegang sumpah mempertahankan nyawa dan harta bukannya menjahanamkannya)

Penulis bukan bermain politik melalui penulisannya. Bukan mahu mempertahankan parti pemerintah BN mahupun PAS yang ketika itu pembangkang di Kedah. Penulis bukan mahu mengagungkan Almarhum Ibrahim Libya mahupun mengkritik dan menuduhnya.

Beliau sekadar mahu meluahkan pengalamannya betapa dalam saat-saat genting profesionalismanya sebagai seorang pegawai polis yang terlatih dicabar dan tercabar. Beliau berhujah akan apa yang sepatutnya dilakukan oleh pihak polis dan apa yang telah silap dilakukan tanpa menyebelahi mana-mana pihak politik.

Dan dicelah luahan hati itu beliau turut nukilkan betapa seorang insan bernama Yusuf Husin kini YB Senator Yusuf Husin, telah muncul menyelamatkan bukan hanya suasana tegang tetapi nyawanya yang terancam kira-kira sebulan sebelum peristiwa hitam itu iaitu pada 20 Oktober 1985.

Penulis merasai dan melihat sendiri apa yang berlaku sehingga terkorbannya 4 anggota polis dan 14 penyokong PAS termasuk Ibrahim Libya pada hari yang memilukan itu yang pada pengakuannya dimulai dengan renjisan hujan panas dan kemuncaknya hujan lebat (seolah langit turut menangis menyaksikan persitiwa berkenaan).

Saya akan berkongsi lagi kandungan buku yang sungguh menyentuh jiwa saya ini. Syabas, tahniah dan yterima kasih kepada penulis kerana kekal berani untuk terbit dengan buku ini buat tatapan semua.

Agaknya dalam sibuk-sibuk kita berpolitik hari ini siapa yang sokong siapa yang tentang, lebih baik kita berpijak pada fakta lihat dan teliti versi sahih mereka yang terlibat.

Semoga Allah swt merahmati roh mereka yang terkorban dan menyeret mereka yang bertanggungjawab dalam kamar pengadilan Nya di hari kemudian nanti.

Bajet 2012 jangan menghampakan rakyat lagi

Bajet 2012 akan dibentangkan pada 7hb Oktober 2011 ini oleh Menteri Kewangan yang juga PM untuk kelulusan Parlimen.. Bajet seperti biasa akan menggariskan dasar fiskal Negara mendedahkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan bagi seluruh tahun 2012.

Diperingkat ini selain menunggu pembentangan bajet berkenaan banyak pihak telah turut menyuarakan pandangan dan tuntutan masing-masing. Terbaru pihak CUEPACS menuntut bonus 2 bulan gaji untuk kakitangan awam serta pengstrukturan semula tanggagaji kakaitangan awam. Dengan kos hidup yang semakin mendadak naik sudah pastilah rayuan mereka perlu diberi pertimbangan.

Selain kakitangan awam pihak kerajaan perlu juga melihat nasib para pesara kerajaan. Dengan kos hidup yang meningkat itu bukan hanya kehidupan kakitangan kerajaan dan pekerja swasta terlibat saya pasti lebih-lebih lagi mereka yang telah bersara yang tiada lagi hubungan penggantungan hidup selain berharap pada pencen bulanan mereka. Sedihnya ada yang menerima pencen bulanan di bawah RM500!

Biarlah kita dahulukan nasib dan kebajikan rakyat dari kita mendahulukan kemegahan infra . Apa guna kita mengah dengan bangunan yang mencakar langit, sistem pengangkutan yang sleaju angin sedangkan rakyat hidup sengsara.

Selain tuntutan berkenaan baru-baru ini sebuah akhbar tempatan mendedahkan darihal tuntutan syarikat pengilangan rokok. Mereka ini yang kesemua syarikatnya tersenarai dalam bursa saham Malaysia menuntut agar kerajaan tidak lagi menaikkan cukai ke atas mereka dalam bajet ini.

Dalam hal ini saya berharap jangan pula tuntutan mereka ini yang masuk ke telinga kerajaan tetapi rakyat dikebelakangkan.

“Sin taxes” atau cukai kemungkaran adalah istilah yang digunakan terhadap cukai ke atas industri rokok, arak dan perjudian selain pusat-pusat hiburan. Dalam keadaan gawat dan sempit sebegini sepatutnya mereka yang terlibat dalam industri yang merosakkan kesihatan dan akhlak rakyat ini lah yang diperas dan ditekan.

Biar naik harga rokok, harga arak dan naik cukai perjudian serta kelab-kelab malam dari naik harga barangan ruji yang digunakan rakyat. Saya difahamkan cukai ke atas perjudian telah lama didiamkan tanpa naik-naik, tekanan seharusnya dibuat agar mereka ini jangan dibiarkan gembira meraih untung atas kesusahan rakyat.

Tunggulah bajet ini nanti.

Buku mnearik untuk dibaca

Saturday, September 24, 2011


Tambah lagi satu koleksi buku saya beli yang belum habis baca. Tadi semasa di kedai buku perhatian saya terus ditarik oleh buku karangan bekas OCPD Baling YM Tuan Tunku Muszaffar Shah bin Tunku Ibrahim berjudul “Memali: A policeman remembers”.

Ia mengisahkan pengalaman Tunku semasa persitiwa berdarah Memali di Baling ketika beliau bertugas sebagai Ketua Polis Dewah Baling dan terlibat secara langsung dalam operasi berkenaan.

Membaca sinopsis dan beberapa helai awal buku berkenaan saya yakin ia pasti menarik dan panas.

Tunku adalah adik kepada YBM Senator Tunku Abdul Aziz. Insyallah saya akan kongsi bersama pengunjung blog ini isi buku berkenaan setelah selesai membacanya.