Friday, November 04, 2011

Seksualiti Merdeka dikuburkan

Alhamdulillah akhirnya atas desakan berbagai pihak Seksualiti Merdeka telah diharamkan oleh pihak polis berkuatkuasa serta-merta.

Kata Tok Guru Nik Abd Aziz:

Tidak ada kebebsan mutlak atas nama hak asasi manusia kerana setiap kebebasan itu perlu datang dengan syarat (dan peraturan). Jika hak asasi manusia bermakna mengizinkan seks sejenis maka wajarlah kita juga memberikan hak untuk mencuri, merompak dan membunuh sesame manusia.

Cuma seperti biasa satu-satunya badan yang membawa nama Islam yang menyokong program songsang ini seperti biasa adalah SIS (Sisters in Islam). Kononnya cara menangani Seksualiti Merdeka ini dengan mengharamkannya terlalu kasar dan menyekat hak mereka.

Pengharaman ini menurut SIS adalah suatu corak sekatan yang menindashak dan kebebasan bersuara di Malaysia.

Begitulah dalam setandan kelapa pasti ada satu yang rosak dan buruk..............begitulah SIS.

Tahniah atas keprihatinan semua sehingga punah agenda songsang ini.

1 comment:

Anonymous said...

SISTER adalah panggilan sesama paderi wanita Kristian yang mereka panggil sesama mereka.

SISTERS in Islam .... boleh digambarkan sebagai pengikut-pengikut kristian yang berselindung disebalik nama Islam. Mereka adalah SISTERS ... bukannya Muslimah

Oleh sebab "sisters" dalam omputih juga nermaksun saudara perempuan, Sisters In Islam boleh juga diterjemah sebagai saudara-saudara perempuan dalam Islam.

Kalimah SISTERS ini ada 2 makna..... ada makna tyu kata bapa mertua P Ramlee dalam madu 3