Monday, October 10, 2011

Tulis kembali sejarh Kesultanan Melayu Melaka

Sebelum ini saya pernah menulis bahawa rekod dan catatan sejarah tanahair kita khasnya pra penaklukan Portugis 1511 di Melaka sangat berkurangan. Kita seakan bangsa yang teraba-raba tentang asal-usulnya> adalah sedikit sini-sana kita ceduk maklumat dari catatan dan rekod orang lain.

Hari ini dalam akhbar The Star dilaporkan bahawa Prof Madya Abd Rahman Ismail dari USM mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan bahawa Kesultanan Melayu Melaka telah wujud 140 tahun sebelum Parameswara di dakwa membuka Melaka pada tahun 1402. Terdapat penemuan artifak yang menunjukkan bahawa Melaka telah pun wujud sejak 1262.

Sebelum itu dalam satu seminar berjudul :Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka (KMM) anjuran Kerajaan Negeri Melaka yang diselengarakan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)pada bulan Mei 2010 telah diperakui bahawa:

Sehingga kini belum ditemui rekod atau dokumen yang ada mencatatkan tahun 1400 sebagai tahun pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. Tahun itu diperolehi hanya berdasarkan kesepakatan dan keputusan yang dibuat oleh sarjana dan diterima pakai.

Jawatankuasa Penyelidik menolak tahun 1400 sebagai tahun pengasasan Kesultanan Melayu Melaka dan sebaliknya menerima “Sulalatus Salatin” versi Raja Bongsu bahawa Kesultanan itu bermula sebagai entity politik pada 1262 masihi bersamaan 660 hijrah dan Sultan Iskandar Syah merupakan sultan yang pertama

Berdasarkan tulisan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) versi Raja Bongsu, kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada 660 Hijrah bersamaan tahun 1262. Ini secara langsung menolak kesepakatan sarjana Barat sebelum ini termasuk dari Portugal kerana bukan berdasarkan fakta sejarah. Fakta Barat diambil dari Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada tahun 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar cakap.

Semoga usaha bersungguh dan serius diambil untuk mengkaji dan membawa bukti berkenaan perkara ini. Jika kerananya maka sejarah Negara perlu ditulis kembali khasnya dizaman itu, maka biarlah ia ditulis kembali. Sudah pasti banyak khazanah dan pengajaran yang boleh diperolehi darinya.

No comments: