Sunday, October 09, 2011

"Sin taxes" terlepas lagi

“Sin taxes” atau cukai ke atas industri maksiat umpama judi, rokok, hiburan dan arak sekali lagi terlepas melalui Bajet 2012 yang dibentangkan kerajaan Jumaat lalu.

Judi yang dilesenkan samada tikam nombor atau nombor ramalan atau kasino diakui umum merupakan aktiviti yang merosakkan masyarakat. Kecenderungan untuk berhutang dan membelanjakan wang kos kehidupan sering tergerak apabila seseorang terlibat dengan ketagihan judi. Pernah dalam blog ini saya membuat posting berkenaan bantahan MB Johor terhadap khidmat bas percuma yang disediakan oleh kasino di Singapura pada rakyat Johor.

Akhbar tempatan terutama yang bukan Melayu sering mendedahkan berkenaan keluarga yang roboh akibat ibu atau bapa termasuklah anak yang ketagihan judi.

Kita akur ia perosak namun kita tidak melakukan apa-apa. Kasino di Genting umpamanya terus-menerus mencatatkan keuntungan ratusan juta begitu juga Magnum, Bigsweep dan Toto tetapi kerajaan terus mengizinkan mereka mengeruk keuntungan atas kesusuahan rakyat.

Mengapa dilepaskan lagi mereka ini?

Begitu juga rokok. Kononnya membahayakan kesihatan. Beratus ribu malah jutaan dibelanja untuk iklan bahaya merokok. Benar harga rokok telah naik sebelum ini, tetapi jika ia benar memudaratkan rakyat, mengapa tidak kita naikkan lagi cukainya agar rakyat kebanyakkan tidak lagi mampu menikmatinya mengapa tidak? Adakah kepentingan para pemilik industry ini kini mengatasi kesihatan dan masalah rakyat?

Begitu juga arak. Dahlah jelas haram disisi Islam, agama lain pun bimbang apabila penganutnya jadi kaki botol, memusnahkan keluarga masing-masing, merosakkan masyarakat, kenapa tidak ada “political will” pada kita untuk bersungguh menaikkan saja cukai ke atas “players” industri ini supaya mereka tiada pilihan melainkan menaikkan harga barangan mereka, mengapa tidak?

Demikianlah yang lain-lain. Selain mahu menjadi kerajaan yang popular kita juga terpanggil untuk melindungi akhlak dan keharmonian institusi keluarga rakyat kita. Kalau kerajaan senyap diharapkan wakil-wakil rakyat yang lain bangkit bersuara, kalau semua senyap, wlahhualam.

No comments: