Wednesday, October 12, 2011

Melayu akan berpecah kata Tun Dr M

Dalam The Star Online dikhabarkan bekas PM Tun Dr Mahathir menegaskan di Bangi bahawa orang-orang Melayu akan hilang kuasanya dalam 10 tahun akan datang kiranya mereka tidak bersatu. Menurut beliau lagi kiranya bangsa Melayu berpecah ke beberapa kelompok mereka nanti akan menjadi kumpulan minority dalam Negara.

Kata beliau:

Kumpulan minoriti tidak boleh memerintah Negara dalam kerangka demokrasi yang menetapkan bahawa kuasa diberikan kepada majoriti.

Oleh itu Tun menggesa agar masyarakat Melayu bersatu berdasarkan kesatuan fahaman agama.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Seminar Ekonomi dan Penyatuian Ummah anjuran PERKIM dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Tun berhak berkata apa sahaja sebagaimana kita juga berhak menilai beliau berdasarkan apa yang telah beliau lakukan apabila kuasa berada di tangannya. Apakah usaha Tun menyatukan orang Melayu semasa beliau PM sekiranya benar beliau begitu prihatin darihal isu penyatuan ini?

Apa pun kita berada dalam Negara yang mengamalkan demokrasi berpilihanraya. Dalam dunia demokrasi Malaysia terdapat banyak parti yang bersaing untuk mendapatkan kuasa memerintah melalui mandate rakyat. Parti Melayu sekian banyak, parti Cina begitu juga demikian juga parti India selain parti-parti yang terbuka kepada semua kaum.

Lazimnya calon Melayu melawan Melayu dan bukan Melayu melawan bukan Melayu kecuali dibeberapa kerusi yang bilangan pengundinya bercampur tidak didominasi satu-satu kaum tertentu. Kalau di Kelantan contohnya calon Melayu Umno akan melawan calon Melayu PAS dan di kawasan-kawasan Bandar yang majoriti bukan Melayu, calon bukan Melayu BN akan melawan calon bukan Melayu PR contohnya.

Saya mengira dominasi kaum dalam sistem kita tidak akan banyak berubah sekiranya berlaku perubahan kuasa. Jatuh MB Melayu Umno di Selangor diganti dengan MB Melayu PKR dari PR. Jatuh MB Melayu dari Umno di Kelantan pada tahun 1990 naik MB melayu PAS. Jatuh MB Melayu PAS dari Terengganu tahun 2004 naik MB Melayu Umno.

Demikian juga malah jatuh KM Cina BN Pulau Pinang naik KM Cina dari DAP.

Dimanakah kebimbangan Tun itu kalau benar ia merupakan kebimbangan?

Sesungguhnya banyak peraturan dan undang-undang yang menjamin kuasa politik Melayu selain Institusi yang bertugas memeliharanya contohnya Raja-raja Melayu.Bagi saya kenyataan Tun itu lebih politik baunya dari kenyataan seorang tokoh Negara yang mewakili seluruh rakyat.

Saya walaubagaimanapun setuju gesaan beliau bahawa orang Melayu perlu bersatu atas pegangan agama yakni Islam. Perbezaan politik adalah suatu realiti dan perlu diterima dan diraikan dalam Negara kita yang Merdeka, tetapi perbezaan politik biarlah pada isu-isu politik tidak termasuk isu agama dalam hal ini Islam.

Dalam isu-isu Islam Umno, PAS, selain PKR, DAP, Gerakan, Kita (yang ada ahli dan pemimpin Melayu) perlu berdiri satu mengenepikan perbezaan politik masing-masing. Apabila isu yang dihadapan kita adalah berkenaan nasib dan masa depan agama contohnya, kita semua perlu bersatu senada dan sesuara.

Sekadar renungan umpamanya dalam isu hudud, Tan Sri Muhyuddin berpandangan ia sebahagian dari hukum Islam, Dato Seri Anwar beri pandangan peribadi bahawa beliau bersetuju dan PAS di Kelantan bersungguh mahu melaksanakannya. Apa kata kalau betul geasaan Tun itu kita semua berdiri teguh menggunakan kedudukan masing-masing memastikan ia dilaksanakan, boleh?

Masalahnya Tun lah juga yang menolak dan memberi ancaman keras terhadap hudud semasa PM dahulu. Jadi bagaimana nak bersatu atas nama agama kalau Tun pun dahulu tidak begitu?

Mungkin Tun dah berubah, sukar dipercayai tetapi tak salah kita mencuba kalau benar jujur dan ikhlas.

2 comments:

Anonymous said...

dah terasa mukriz tak dapat jadi pm,
bercakaplah lu macam tu.
dah terasa poket lu akan kosong,
berkokoklah lu macam tu.
bn/umno dah goncang, pru13 pasti terbarai.
itu yang lu sangat2 bimbang, kan.
jesteru itu lu suruhlah melayu bersatu.
supaya senang najib jadikan mereka lembu korban.
dulu lu juga pecah2kan melayu.
melayu dalam umno berpecah pun kerana lu.
tengok apa jadi melayu kelantan,
royalti minyak mereka lu tahan, lu songlap.
ertinya lu suruh melayu kelantan mampus.
terbaru, melayu kampung baru. bersuara pun tidak, lu.
lagi pun lu bukan melayu, lu pundek kutty.
macam mana lu boleh jadi ahli umno, gua heran juga.
samada melayu nak bersatu atau tidak,
biarlah melayu sendiri tentukan.
tak usahlah lu nak memandai2 dan susah hati.
pergi duduk kat masjid bertobat lagi baik.
pergi jahanamlah lu mahathir.

- 6 jahanam.

Anonymous said...

Huaargh!!!
Mengantuk gua bc komen tun M ini..
Gua pye alasan senang jer..tp klu lu org x dpt kejar gua pye idea,nasib la..
Ini lah yg dikatakan kecelaruan dlm berfikir,melihat dan bertindak..
Setelah Tun M memasukkan pemikiran Falsafah barat dlm sistem pendidikan,Dia nak membetulkan semua yg telah dia jahanamkan sendiri..
Dia masukkan teori berfikir secara Kreatif dn kritis dlm sistem pendidikan yg menyebabkan lahirnya kelompok manusia yg kritis terhadap nilai2 hidup sehingga melahirkan golongan yg berani mencela agama,berkeyakinan tahap egosentrik sehingga tak peduli akibat dlm tindakan krn sudah terbentuk sikap mementingkan diri dan pendapat sendiri lalu menterjemahkan objektif falsafah Sains dan Matematik yg memuja kuasa akal sehingga melahirkan generasi yg telah membebaskan diri dari agama maka masyarakat kita sudah mencapai matlamat Falsafah Humanism yg ingin bebas dari Agama..
Tetiba pendita tua neh nk suruh kelompok yg datang dari hasil acuan pemikirannya mendustakan hasil eksperimen Falsafah Modennya sendiri..
Lu tgk kiri dan kanan lu la otai,budak2 tetap rosak wlw sebanyak manapun kelas pengajian agama dibuka,masalah kerosakkan akhlak tetap berlaku..
Sebabnya lu dh rosakkan personaliti anak2 dgn pendekatan Falsafah Barat lu dlm mendidik mereka..
Kritical dan kreatif thingking neh sebenarnya melahirkan sisi gelap yg menakutkan yg mana doktrin Humanism dlm membentuk keyakinan diri telah menyebabkan generasi skrg lbh pentingkan diri sendiri lalu diterjemahkan dgn kpd perlakuan utk memenuhi kehendak(Needs) melampui keperluan(Deeds)..So agama pd diorang telah bertukar menjadi Dogma yg mengongkong mereka..
Kata nk maju sgt kan?
Inilah hasil tgn musuh2 agama kamu yg kamu syok pakai selama neh..
Maka terhasillah masyarakat yg mengalami gangguan kecelaruan dlm setiap aspek kehidupan..
Nk cerita bersatu???
Itu semua retorik yg x berkesan sbb aproach yg lu guna selama ini utk mendidik masyarakat berlawanan dgn ucapan retorik lu tu..
Tu psl gesaan lu dianggap hanya retorik,kenyataan yg berlaku adalah lebih rumit dari apa yg lu lihat..
Tahniah lah pd Tun M krn akhirnya dia menyedari kecelaruannya sendiri..